Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kehidupan seseorang manusia tidak lepas daripada ditimpa ujian, dugaan dan cabaran. Bentuk ujian yang menimpa itu berbeza ke atas seorang dengan seseorang yang lain. Ada yang Allah berikan ujian kecil dan ada pula ujian yang besar. Ada yang Allah singkatkan ujiannya dan ada yang berpanjangan.
Segala apa yang berlaku dalam kehidupan kita sama ada kesusahan ataupun kesenangan, semuanya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan. (Surah Al Anbiya: 35)
Ujian datang pelbagai bentuk
Ujian-ujian yang dihantar oleh Allah itu datang silih berganti dalam pelbagai rupa dan bentuk. Setiap kita diuji olah Allah berbeza-beza mengikut tahap kemampuannya. Allah telah menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran bahawa DIA tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah tidak sayang kepada kita tetapi percayalah Allah menguji kita kerana DIA sangat mengasihi kita. Cuma adakalanya kita sebagai hambaNya, adakala tidak mampu bersabar dan bertahan dalam menghadapi ujianNya.
Allah nak lihat ke mana kita pergi apabila ujian menimpa. Adakah dengan merungut tanpa arah? Atau terus mendekatkan diri kepada Maha Kuasa?
Hikmah di sebalik ujian
Kita sebagai manusia biasa pastinya tidak akan dapat menjangka bilakah ujian itu akan muncul tiba dan berakhir. Apabila perkara ini berlaku, setiap ujian yang datang seharusnya akan mendekatkan lagi diri dan pergantungannya kepada Allah. Hendaklah kita yakin bahawa tidak akan berlaku sesuatu musibah itu kecuali dengan kehendak Yang Maha Pencipta.
Bila merenung kembali, aku telah diuji sudah beberapa bulan lamanya. Pembedahan untuk ayah di Institut Jantung Negara, menguruskan pemindahan rumah yang berlarutan, kehilangan ibu saudara dan sepupu yang tidak pernah bersua beberapa minggu lepas dan yang terbaru dengan berlaku pendarahan dalam kepala anak kedua tersayang.
Aku yakin dan percaya setiap apa yang berlaku adalah ketentuan dari Allah SWT. Waima sehelai dedaun yang gugur dari pohon pun adalah dengan izin Allah SWT.
Di saat sukar ini, Allah telah jentik hati ramai orang, Allah telah hadirkan sahabat-sahabat lama 10 dan 20 tahun yang lalu, untuk bersama-sama kami sekeluarga. Yang jauh dan dekat serta yang baru mengenali tidak putus-putus mendoakan. Aku sangat bersyukur dan sedikit demi sedikit membuka mata dan hikmah di sebalik kejadian.
Ujian kesabaran dan ketabahan
Baru-baru ini juga bagi penduduk di sekitar lembah klang di mana berlaku ketiadaan air, kerosakan yang perlu dibaiki untuk beberapa hari.
Itu juga satu bentuk ujian dan dugaan yang Allah berikan kepada kita semua. Dari situ, pelbagai kisah dan peristiwa yang berlaku tidak kira di kawasan perumahan mahupun di laman sosial. Ketabahan, kegigihan dan kesanggupan yang menanggung apa yang berlaku membuatkan kita lebih tabah dan sabar. Di akhir zaman juga kita akan di uji dengan ketiadaan air atau kemarau.
Ayuh kita semua bermuhasabah dan menilai kembali segala prasangka buruk yang mungkin pernah bermain di fikiran kita kala kita diuji. Inilah saat dan waktu kalian yang membaca, merubah fikiran kita dan mula memandang ujian-ujian yang telah dan akan kita lalui sebagai sebuah ‘hadiah’ dari Allah dan bukan lagi satu bebanan.
Akhir sekali, doakan untuk kesembuhan Muhammad Farhan bin Hisyamudin yang telah menjalani pembedahan Burr Hole iaitu mengeluarkan darah beku dalam kepala. Yakin dan percaya perubahan positif akan berlaku serta keajaiban doa sebagai senjata orang mukmin.
#DoaUntukFarhan
60 Comments
Tanda Allah sayang pada kita dengan ujian yang di berikannya. Semoga Allah beri jalan keluar untuk tuan
Curahan rasa nasa azman @ ..Kenal Pasti Kontraktor Anda Kompeten Atau Tidak!
Rasa tersentuh baca.. dalam tak sedar , kadang kita lupa betapa besarnya nikmat yg Allah pernah beri.. kaya jg ujian..susah jg satu ujian.. smoga kita smua tak lupa akan kebesaran Nya . Smoga urusan tuan di permudahkan.
Curahan rasa Kakak @ ..Wonderful March Giveaway by Raydah Alhabsyi
begitulah kehidupan,
tanpa ujian kita tidak tahu betapa kuatnya iman kita kepada Allah SWT.
orang beriman akan sentiasa tenang dan redha dengan apa yang menimpanya,
Curahan rasa mrhanafi @ ..Petros Mercu Kejayaan Masa Depan Sarawak
Allahumma antassalam.
Nikmat anak anak sihat dan selamat pun dah besar kalau kita bersyukur kan
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Tempat Makan Best Di Melaka? Kedai makanan sedap buat air liur kita meleleh!
Bertabahlah menghadapi ujian Allah, kuatkan diri ye farhan dan keluarga , semoga sentiasa kekal sihat dalam menjalani kehidupan sehari-hari.
Kami selalu mengikuti perkembangan Farhan di FB ayahnya, semoga cepat sembuh. Semoga ada sinar di esok hari.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Penolong Penguasa Kastam WK29
Saya sentiasa mengikuti perkembangan anak syurga ni di facebook, semoga Farhan sembuh dengan segera.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41
selalu baca perkembangan farhan pada status FB kid. alhamdulillah dah ada perubahan positif.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Honor 9 Lite – Berbaloi Pada Harga RM749
Hairan bagaimana bayi seawal 4 bulan boleh mengalami pendarahan otak, apa pun ini semua berlaku dengan izin Allah SWT.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Penolong Penguasa Kastam WK29
Ujian yang bersilih ganti memang tanda Allah sayang kepada hambanya ..
moga dengan ujian tersebut hambaNya yang bersabar akan merasa bahawa Allah itu dekat,
Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
semoga bro terus bersabar dan redha dengan ketentuan dari Allah SWT..
saya juga berdoa semoga semuanya beransur pulih dan urusan dipermudahkan
Curahan rasa mrhanafi @ ..Motivasi Irfan Khairi Terbaik 2018
Betul, dalam sekolah pun ada ujian, bila lulus barulah kita dinaikkan ke peringkat yang seterusnya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Usahawan Internet Susah Nak Jadi Jutawan
harap farhan diberi kesembuhan dan kembali seperti dulu. bukan senang utk parents tgk anak dia dalam keadaan macam ni. terutamanya masih baby. stay strong Kid and wife.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Honor 9 Lite – Berbaloi Pada Harga RM749
Aamiin dan semoga Farhan kembali pulih.
sentiasa bersabar dan ingat Allah itu Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu dimuka bumi ini.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Motivasi Irfan Khairi Terbaik 2018
Semoga diberi kesembuhan. tetap tabah, kuat, sabar dan ikhlas. tetap tawakkal. terimakasih blognya bagus banget sangat bermuatan konten yg full meaning for life and social. kabar beritanya menggugah hati sesama untuk saling mendoakan kebaikan.
Curahan rasa RENTAL MOBIL JOGJA 24 JAM @ ..SEWA MOBIL MURAH JOGJA-0815.4866.8776
bila hendak naik tingkat keimananan maka meski diuji dulu sama dengan disekolah namun ujian pasti akan sesuai dengan kekuatan kita, semoga Farhan segera di beri kesembuhan
Curahan rasa jalan dan makan @ ..Resep Cone Pizza
tiap-tiap ujian sesuai dengan tahap kemampuan para hambaNya.
yang kesianya juga..
orang yang tidak beriman tetap akan kena juga ujian.
tetapi mereka agak sukar untuk menerima keadaan tersebut
Curahan rasa mrhanafi @ ..Motivasi Irfan Khairi Terbaik 2018
Allah menguji hambaNya kerana dia sayang..semoga tuan dan isteri sentiasa kuat untuk anak tersayang. Semoga si comel cepat sembuh yerr…
Curahan rasa Hamidah Ahmad @ ..Apa Itu Detoks Dan Kebaikannya
Sentiasalah bersangka baik dan fikir yang baik baik sahaja dalam hidup ini..
in shaa Allah yang baik juga akan datang.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Motivasi Irfan Khairi Terbaik 2018
Salam kid…kami dok tgk ja update2 tkini dr kid tntg farhan cuma jrg komen sbb bnda mcm ni penah jd kt ank sepupu kami. Kami jd tkut tmbh2 kami tgh mengandung lani lg la btmbh tkut. Hrp kid n isteri kuat n tabah dgn ujian yg dihadapi. Semoga farhan kembali sihat seperti sediakala….aamiin….
fikir yang baik -baik dan hasilnya akan baik baik juga.
percayalah setiap ujian ada maknanya yang tersendiri..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Petros Mercu Kejayaan Masa Depan Sarawak
Doa itu senjata utama kita. Kuatkan kebergantungan pada Allah, walau ujian berat macam mana sekali pun, kita tetap akan menjadi manusia yang sabar. Ujian Allah itu indah.
Semoga bb farhan kembali sembuh… fights dear fights… papa hisyamudin kena kuat k.. doa berterusan tuk bb farhan & family….
Comments are closed.