Assalamualaikum dan salam 1Dunia, alhamdulillah setiap hari ada sahaja berita hijrah artis lelaki dan wanita Malaysia. Yang terbaru giliran Sharifah Sofia berhijrah. Baru-baru ini seorang Ustaz sahabat lama bercerita suatu maghrib beliau berkongsi ilmu di sebuah surau di Gombak.
Ada seorang pemuda berserban duduk di hadapan mengadap beliau. Jemaah yang lain seperti biasa duduk dibelakang bersandar di dinding dan tiang. Selepas majlis pemuda tersebut datang bertanya samada ustaz kenal beliau ke? Ustaz dengan pantas menjawab tak kenal.
Rupanya pemuda tersebut suatu masa dahulu terkenal sebagai penyanyi dangdut tersohor. Ustaz cakap tak masuk TV manalah nak tahu.
Selain penyanyi dangdut ramai juga penyanyi rock yang telah berhijrah penjadi pendakwah antaranya mael xpdc yang sekarang anaknya belajar di Madrasah An Nuur, Muar. Sejak tahun 1970 an sudah ramai artis Malaysia yang berhijrah tetapi tidak diumumkan dalam media masa seperti sekarang.
Sekadar pendapat peribadi aku memang gembira dengan hijrah artis Malaysia tetapi kurang suka menggunakan platform politik. Politik ini banyak sepak terajangnya. Politik sentiasa sahaja berubah kepimpinan. Hari ini artis yang berhijrah menggunakan platform politik diusung ke sana-sini untuk meraih sokongan.
Penyanyi akan diangkat menjadi penceramah menyanyi ketika berceramah. Apabila berlaku perubahan kepimpinan maka artis tersebut akan diketepikan, dikutuk dan diangkat pulak artis yang lain. Politik memang begitu banyak liku-likunya bukannya lurus seperti kayu.
Ujian hijrah itu sendiri sudah terlalu besar dicampur dengan ujian politik pasti lebih hebat. Walaubagaimanapun semua itu pilihan sendiri. Semuga yang berhijrah dengan platform politik akan dapat istiqamah seperti ramai artis yang berhijrah sebelum ini dan masih kekal dalam jemaah dakwah.
Dua hari sebelum majlis persandingan Irma Hasmie aku terserempak dengan beliau bertudung labuh bersama ibunya. Antara hijrah artis Malaysia yang terbaik daripada pandangan mata aku. Semuga rumahtangga yang dibina kekal sehingga ke Syurga.
212 Comments
memang tak sesuai la artis yang baru setahun jagung..nak jadi penceramah.. lainlah macam abang mus yang dikenali sebagai ali setan tu..itupun dia mendalami agama terlebuh dahulu sebelum menjadi penceramah.. biar ada ilmu dulu barulah nak ngajar orang..
betul tu, ilmu kena ada secukupnya baru ler nak ajar org…kalau tak nanti orang mengata mcm2 pulak…
Curahan rasa Nana @ ..Ayah Lari, Perbuatannya Rogol Anak Sendiri Diketahui Isteri
Setiap orang pasti ingin berbuat lebih banyak kebaikan untuk orang lain dan memperbaiki kehidupannya
Curahan rasa Mas Gie @ ..Fairbet88.com dukung fairplay EURO 2012
Semoga Allah memberikan yg terbaik bg mereka yg mau berhijrah ke arah kebaikan …
Curahan rasa Leukemia @ ..Leukemia
Amin, semoga saja akan membawa kebaikan bagi dirinya sendiri dan banyak orang2 disekitarnya
Curahan rasa Mas Gie @ ..Fairbet88.com dukung fairplay EURO 2012
syukur alhamdulillah utk mereka yg berhijrah tu…
Curahan rasa eryati @ ..Maharku Untukmu
kalau join politik untuk berdakwah memang susah …lebih baik jadi pendakwah bebas …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Pangkor Laut Resort
nak join politik tu hak peribadi cuma aktif berceramah tu yg menjadi persoalan untuk yang baru berhijrah.
ya mudah2 mudah2 han saja apayan di lakukanya itu karen sang pencipta bukan karen yang lain.
Curahan rasa sepriyanto @ ..PegiPegi.com : Booking Hotel Murah & Mudah di Indonesia
Satu dua muka yg ditunjukkan dlm entri ni aku kenal gak. Tapi ramai yg aku tak kenal.
Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..Mini Legoland
Semoga Allah memelihara cahaya keimanan dalam hati mereka
Curahan rasa smp3lembang @ ..Profil of Katie Holmes
Aaamin..aaminn turut mengamini doanya Bang Munir
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Macam Jenis Penyakit Jantung
Amin bang, semoga saja akan memberi banyak berkah dan rahmat bagi dirinya dan orang lain
Curahan rasa Mas Gie @ ..Fairbet88.com dukung fairplay EURO 2012
Artis yang berhijrah ni sudah cukup layak ke beri ceramah agama di masjid dan surau? saya mushkil tentang kelayakan mereka…
Curahan rasa Nanatron @ ..Rokok Elektronik – Electronic Cigarettes – Smoker Haven
Hijrah itu sendiri byk pengertian, pengertian yg mendalam utk dibina di dlm diri seseorang.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Final Euro 2012 : Sepanyol vs Itali
Berhijrah atas kesedaran sendiri lebih murni drp berhijrah kerana atas pandangan atau galakan atau hasutan drp …..??tertentu.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Final Euro 2012 : Sepanyol vs Itali
Berhijrah kenapa perlu masuk pertubuhan berasaskan politik, kenapa tidak aja masuk di mana2 pertubuhan Islam (NGO) lain selain parti politik. Masih keliru dgn penghijrahan ini….??? buntu..buntu… memikirkannya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Final Euro 2012 : Sepanyol vs Itali
Semoga ramai lagi artis yg berhijrah ke arah kebaikan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Final Euro 2012 : Sepanyol vs Itali
Semoga penghijrahan artis tidak lari daripada landasan keimanan, malahan lebih beriman terhadap Allah taala.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Final Euro 2012 : Sepanyol vs Itali
Benar sekali sahabat, semoga saja
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Macam Jenis Penyakit Jantung
Semoga yg dihijrahkan itu betul2 mendapat hidayah dari Ilahi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Final Euro 2012 : Sepanyol vs Itali
Comments are closed.