Assalamualaikum dan salam 1Dunia, alhamdulillah setiap hari ada sahaja berita hijrah artis lelaki dan wanita Malaysia. Yang terbaru giliran Sharifah Sofia berhijrah. Baru-baru ini seorang Ustaz sahabat lama bercerita suatu maghrib beliau berkongsi ilmu di sebuah surau di Gombak.
Ada seorang pemuda berserban duduk di hadapan mengadap beliau. Jemaah yang lain seperti biasa duduk dibelakang bersandar di dinding dan tiang. Selepas majlis pemuda tersebut datang bertanya samada ustaz kenal beliau ke? Ustaz dengan pantas menjawab tak kenal.
Rupanya pemuda tersebut suatu masa dahulu terkenal sebagai penyanyi dangdut tersohor. Ustaz cakap tak masuk TV manalah nak tahu.
Selain penyanyi dangdut ramai juga penyanyi rock yang telah berhijrah penjadi pendakwah antaranya mael xpdc yang sekarang anaknya belajar di Madrasah An Nuur, Muar. Sejak tahun 1970 an sudah ramai artis Malaysia yang berhijrah tetapi tidak diumumkan dalam media masa seperti sekarang.
Sekadar pendapat peribadi aku memang gembira dengan hijrah artis Malaysia tetapi kurang suka menggunakan platform politik. Politik ini banyak sepak terajangnya. Politik sentiasa sahaja berubah kepimpinan. Hari ini artis yang berhijrah menggunakan platform politik diusung ke sana-sini untuk meraih sokongan.
Penyanyi akan diangkat menjadi penceramah menyanyi ketika berceramah. Apabila berlaku perubahan kepimpinan maka artis tersebut akan diketepikan, dikutuk dan diangkat pulak artis yang lain. Politik memang begitu banyak liku-likunya bukannya lurus seperti kayu.
Ujian hijrah itu sendiri sudah terlalu besar dicampur dengan ujian politik pasti lebih hebat. Walaubagaimanapun semua itu pilihan sendiri. Semuga yang berhijrah dengan platform politik akan dapat istiqamah seperti ramai artis yang berhijrah sebelum ini dan masih kekal dalam jemaah dakwah.
Dua hari sebelum majlis persandingan Irma Hasmie aku terserempak dengan beliau bertudung labuh bersama ibunya. Antara hijrah artis Malaysia yang terbaik daripada pandangan mata aku. Semuga rumahtangga yang dibina kekal sehingga ke Syurga.
212 Comments
Semasa jadi artis, katanya tiada nur Islam dlm diri, abaikan suruhan agama, bila berhijrah dpt nur dari Ilahi, syukur Alhamdulillah..Amin…!!! 🙂
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Final Euro 2012 : Sepanyol vs Itali
Memang ramai skrg ni, artis berhijrah, iaitu bertukar dari artis ke pendakwah, semoga Allah berada dlm kalangan org2 yg benar.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Final Euro 2012 : Sepanyol vs Itali
Hijrah itu murni dan suci, jgn berhijrah ke arah jalan yg hina.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Final Euro 2012 : Sepanyol vs Itali
Berhijrahlah kamu ke arah kebaikan, iaitu ke jalan yg benar serta diredhai.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Final Euro 2012 : Sepanyol vs Itali
Adakah hijrah perlukan publisiti…jgn publisiti murahan sudah lah….???
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Final Euro 2012 : Sepanyol vs Itali
Ia satu perkembangan baik dan artis selalu menjadi ikutan.
Curahan rasa akubiomed @ ..Wordless Wednesday – # Jurugambar tegar
artis juga manusia biasa.apabila sudah tiba hidayah,pasti tergerak hati mereka untuk berhijrah.
Curahan rasa khairil @ ..10 Tempat Paling Unik Seluruh Dunia Yang Akan Membuatkan Anda Terpegun!
Hidayah ini terlalu mahal harganya kerana itu mesti diuruskan dengan betul.
Alahmdulillah puji syukur hanya kepada Allah ta’ala..itulah ucapkan bila ada saudara kita berhijrah dalam kebaikan
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Mendeteksi Kehamilan Kembar
Semoga hijrahnya kerana Alllah semata dan bukan karena yang lain
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Mendeteksi Kehamilan Kembar
Bukan pula untuk kepentingan pribadi termasuk juga untuk kepentingan politik
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Mendeteksi Kehamilan Kembar
Ikhlas Lillahi Ta’ala hanya kepada Allah tujuan hijrahnya
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Mendeteksi Kehamilan Kembar
persoalannya kenapa fikir hanya PAS perjuangkan ISlam, bukannya semua melayu itu islam, dan kenapa pula fikir kerajaan x perjuangkan islam, benda benda mcm ni yg pecahkan melayu dan islam itu sendiri
Curahan rasa Juan @ ..Cik Ika Yang Pandai Main
semoga perubahan kearah kebaikan berkekalan…dan semoga bukan atas niat yang lain…
itulah yang kita harap2kan…
artis dangdut tu
bukankah Iwan?
popular dulu..siap
berduet dengan
kerabat raja sebelum
ini 🙂
Curahan rasa Bro Zulkbo @ ..Gambar Majlis Nikah Kahwin Irma Hasmie Dan Reza Syah Azmeer
Betul lah tu.
sekarang dia sudah tak macam dulu…
Curahan rasa Nana @ ..Lagi tentang Bujang Seblak
Salam..
Alhamdulillah..
semoga hijrah mereka di jalan Allah
ikhlas dan kekal hingga akhir hayat..
amin!
Curahan rasa Bro Zulkbo @ ..Bila Cicak Menyerupai Spiderman (Cicak Agama Mwanzae)
semoga lebih ramai manusia berhijrah ke arah islam yg sempurna..bukan hanya artis sahaja..
ramai yang ajak berhijrah ni orang politik. so bile tengok kawan tu aktif di parti tu, dia pon TERjoin sama. ada kes
Curahan rasa joegrimjow @ ..Budak 19 tahun, RM 10 000 dan Zero2Hero
Syukur alhamdulillah.
Semoga mereka terus berdakwah.
Comments are closed.