Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tetiba dapat idea nak buat status Facebook dengan tajuk “Apa Hajat Blogger yang belum tercapai” dan sambutan sangat menggalakkan sehinggalah terhasilnya entri tajuk yang sama “Hajat Blogger yang belum tercapai“. Memang banyak hajat-hajat blogger yang dikongsikan ada yang kecik dan ada yang besar. Ada yang mudah dibantu ada hajat besar yang memang susah aku nak bantu.
Kalau setakat nak minta top blogger Ben Ashaari komen di blog atau minta buatkan review blog insyaa Allah boleh aku bantu untuk blogger berkenaan mencapai hajat murni tersebut. Kepada yang berhajat nak iPhone 5s tu kenalah ikut cabaran iPhone 5s sehingga tamat.
Tanpa diduga aku mendapat hajat khas dari top blogger siapa lagi kalau bukan Dr. Fatin Liyana di ruangan komen entri “Sepatutnya jadi dokor macam Dr. Fatin Liyana”
Salam, Appreciate the article tapi mintak jasa baik untuk delete gambar selfie saya diatas dan juga mana mana gambar yang kurang sesuai pada entry sebelum2 ini. Semoga Allah membalas jasa baik bro denaihati. Terimakasih
Selain daripada komen di atas, beliau juga ada PM kepada aku di Facebook yang tidak perlu dipaparkan di sini. Kesimpulannya beliau minta aku padamkan semua gambar-gambar selfie yang ada di blog Denaihati kerana katanya semua gambar-gambar tersebut adalah gambar masa jiwa muda. Sekarang pun Dr. Fatin masih muda tetapi sudah melangkah ke alam pekerjaan profesional yang ada batas dan tata susila yang perlu dijaga.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Nak buat duit dengan blog? Nak tahu asas cara? Klik Sini
Jana Duit Tanpa Modal. Hanya perlukan kemahiran untuk dapatkan duit online. Klik Sini
Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]
Aku pernah menulis tiga entri menggunakan nama Dr. Fatin Liyana sebagai tajuk iaitu :
- Fatin Liyana top blogger Denaihati
- Fatin Liyana top blogger Malaysia
- Sepatutnya jadi doktor macam Dr. Fatin Liyana
Di dalam ketiga-tiga entri ini memang aku ada tampal beberapa gambar Dr. Fatin Liyana tetapi aku sangat berhati-hati memilih gambar tersebut untuk menghormati beliau sebagai seorang pelajar perubatan UKM ketika itu. Gambar pelajar dengan gambar sudah berkerjaya tetap ada bezanya. Sebagai menghormati hajat Fatin Liyana semua gambar selfie dan gambar-gambar lain yang kurang sesuai telah dipadamkan. Aku hanya akan kongsikan gambar Dr. Fatin Liyana yang sesuai dengan kerjaya beliau sebagai seorang doktor.
I grew up with this blog. Mula menulis ketika berumur 19 tahun. Zaman zaman jiwa kacau, hati memberontak dan masih keliru mencari identiti diri. Sekejap nak jadi Ayumi Hamasaki, sekejap nak jadi Miranda Kerr. Malu betul miahaha. Amatlah mengarut isi kandungan blog aku yang dulu-dulu ya, tiada isi langsung. Asyik selfie je walaupun takde front camera. I am so ashamed of my previous self. Aku tahu, kita semua pernah merasai zaman-zaman mengarut tu dulu. Bezanya aku ada blog, aku tunjuk kat semua orang – Dr. Fatin Liaya
Mungkin ramai tidak tahu yang blogger Fatin Liyana telah memadam beratus-ratus entri dan gambar-gambar selfie masa remaja di blog beliau. Blog Honeykoyuki.blogspot.com juga sudah tampil dengan wajah baru. Aku menyokong perubahan yang sedang diusahakan oleh Dr. Fatin Liyana dan semuga ALLAH permudahkan semua urusan dan niat yang murni tersebut.
Bagaimana pulak dengan kita .. Sudahkah berubah?
333 Comments
Biasalah . Mase muda muda tak fikir panjang sangat sebab jiwa pon masih muda , Hehe , Cakap macam dah tua >.< Respect dengan beliau . Blogger yang jadi true self . Bila semakin meningkat usia semakin matang 🙂
Curahan rasa Cikk Mira @ ..Portfolio : Fyra , The Travelover
betul tu, pengalaman dan masa akan mendewasakan kita, lambat atau cepat je.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Review: Novel Bukan Cinta Secondhand
Impian saya yang saya tak include dalam sini, iaitu nak masuk surat khabar, dah pun tercapai.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Boleh baca Berita Harian edisi 1 oktober 2014 dalam bahagian sisipan skor yang dalam pendidikan tu.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
seronok tengok dr fatin ni muda-muda lagi dah berjaya..dengan usaha yang lebih sapa-sapa pun boleh ikut jejak dia kan comel pulak tu orangnya..untung siapa kah yang jd suami dia nnt..
Curahan rasa adna2029 @ ..Segmen : Jom Tingkatkan Follower Sampai Puas
Masa muda inilah generasi muda perlu banyakkan usaha untuk membuat kemakmuran terhadap negara.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Tapi ada segelintir yang suka menghabiskan masa muda dengan perkara yang tak membawa manfaat langsung.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Budaya melepak. Clubbing, dating, selalu menjadi isu sosial remaja yang tak punya wawasan diri yang kukuh.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Blog seperti diari.. Dulu dan sekarang pasti berbeza.. Kak Kep lebih suka memilih untuk berkongsi tentang diri, tentang anak anak dan tentang kisah travel dalam bentuk bersahaja.. Lebih santai dan menjadi diri sendir ;-))
Curahan rasa Kak Kep @ ..Doa Memudahkan Urusan – Rabbi Yassir Wala Tu’assir
cantik gambar dr fatin bersama Prof. Dato’ Dr. Raymond gambar ini ambil semasa persidang atau masjils apa ya
Curahan rasa cahayacinta @ ..Kisah Tiga Tetamu Yang Hadir Majlis Keraian
RASANYA NI GAMBAR MASA ANNUAL DINNER FAKULTI DR FL ATAU MAJLIS LEBIH KURANG MACAM TU NAMANYA.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Review: Novel Bukan Cinta Secondhand
masing-masing ada hajat yang teringin kalau tercapai macam cik fatin rasa lega agaknya.kalau impian itu pula boleh buat kita tersenyum sebab sudah berjaya mencapainya
Curahan rasa cahayacinta @ ..Cara Membuat Pau Kukus Atau Pau Bakar Dalam Oven
Apapun impian kita, semoga impian kita itu akan dipermudahkan Allah untuk kita capai.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
sesuatu perlu di lakukan jika inginkan perubahan kata orang ini mungkin penggorban katanya
Curahan rasa cahayacinta @ ..Cara Membuat Jubah Princess Cut Polka Dotku Renungan Matanya Tajam
Pengorbanan itu memang akan wujud dalam mana-mana impian yang mahu kita capai.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
ramai orang berani ambil langkah mudha untuk buang gambar salah satu cara untuk elok orang buat perkara yang tidak elok
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 19/2014_RWG – Ice Age Adventure
Bukan sahaja Fatin Liyana sahaja yang telah membuat perubahan begini, ade juga blogger yang di kenali telah membuat perkara yang sama. Kalau hal tersebut ke arah kebaikan mengapa tidak untuk kita berubah kan. Dewasa telah mematangkan kita 🙂
Curahan rasa Azhafizah @ ..BeautyOAT ( Collagen Plus+ Oat ) Untuk Cantik dan Sihat
benar itu semua seseorang buat mesti ada perkara fikirkan ke arah hadapan. kalau mampu kita buatlah kalau tak buat itu pilihan masing-masing
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 19/2014_RWG – Ice Age Adventure
untuk tempoh setahun dua ada juga sebahagian blogger buang gambar tertentu dalam blog.satu langkah harus kita buat juga kalau mahulah
Curahan rasa cahayacinta @ ..Kisah Tiga Tetamu Yang Hadir Majlis Keraian
Kalau gambar tu tak elok dan macam buka aib kita sendiri, memang patutlah kita buang.
Manusia berubah. kita pun sama. pernah ‘nakal’, tapi kalau ada inisiatif untuk berubah tu memang dah baik sangat.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Review: Novel Bukan Cinta Secondhand
bukan dalam blog tapi ada juga cuba bersihkan benda ini dalam laman muka buku.rasanya lagi banyak dan sukar nak kawal.paling tak seronok bila ada tag gamabr yang melampau.
Curahan rasa cahayacinta @ ..Selamat Menyambut Hari Satu Malaysia Dan Aktiviti Kami Sekeluarga
cantiklah busana dr fatin liyana ini.mungkin cara dia untuk menjadi lebih baik setelah bergelar doktor
Curahan rasa cahayacinta @ ..Cara Membuat Pau Kukus Atau Pau Bakar Dalam Oven
Setelah membaca blog Fatin Liyana, hati saya terbuka untuk menjadi blogger. Memang bersahaja penulisannnya tetapi kena di jiwa. Apapun, semoga kak Fatin terus sukses dalam bidang yang diceburi… 🙂
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
blogger perlu menulis dalam keadaan tenang, berfikir dan ikhlas dari hati.kalau tak susahlah nak capai apa tulis dalam blog nanti sampa kepada pembaca
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 17/2014_Lactacyd Love Your V
semua blog ada niche masing-masing jadi tak pelik pun jika sebuah blog ada cerita santai, serius ada benar-benar maklumat sahaja.ia bergantung pada admin itu sendiri
Curahan rasa cahayacinta @ ..HILANG dan gILA
Dah lama saya tak masuk membaca di laman blog Fatin Liyana…semoga terus maju yer Fatin..ehh Dr. Fatin..hehe
Curahan rasa Pondok Kecil @ ..Hargai Wang Dan Masa Sebaiknya
ada masuk tapi lama suka masuk blog cik epal itu tersesat cari tajuk apa dah lupalah.mereka berjiwa berani dan maju ke depan tak mahu ke belakang
Curahan rasa cahayacinta @ ..HILANG dan gILA
begitu banyak barisan anak muda yang berjaya dengan apa hajati.perkembangan blogger rata-rata bagus walaupun tidak semua berkerjaya yang duduk rumah pun sudah boleh jana wang dari blog serta kenali
Curahan rasa cahayacinta @ ..Kisah Tiga Tetamu Yang Hadir Majlis Keraian
bukan semalam pk ada tinggalkan beberapa komen di blog fatin liyana ke.amboi ada niat nak ke sana lagi ya
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 20/2014_ SENHENG Online Store One
jangan main-main sudah ada gelaran dr fatin. cukup tegas dan cantik juga orangnya.
Curahan rasa cahayacinta @ ..Selamat Menyambut Hari Satu Malaysia Dan Aktiviti Kami Sekeluarga
KalAu untuk kebaikkan, memang kita patut hormat keputusan mereka,
harap kita juga sama-sama berubah kearah kebaikkan. amin
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Review: Novel Bukan Cinta Secondhand
tak dinafikan fatin liyana ni mempunyai pakej yg cukup lengkap. cantik dan bijak.
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Yup..saya terpaksa bersetuju dengan pernyataan ini..haha..sayangnya jodoh saya bukan dengan beliau..haha
Curahan rasa Pondok Kecil @ ..Hargai Wang Dan Masa Sebaiknya
Haaaa… tapi jangan risau bro, kalau belum berjodoh insyaalah allah amakan hadirkan jodoh yang tepat ubtuk bro.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 28 | Andainya…
eh bukan bro pondok kecil kacak ini telah berpunya eh.jodoh ikat sama si dia tetap di hatikan pk.amin
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 19/2014_RWG – Ice Age Adventure
itulah kalau lambat seru jodoh wajin baca doa percepatkan jodoh.moga jodoh baik akan pertemukan nanti
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 20/2014_ SENHENG Online Store One
harap akan jaga diri dan nama keluarga.suka baca hal orang bijak pandai mereka sering perhatikan
Curahan rasa cahayacinta @ ..Cara Membuat Jubah Princess Cut Polka Dotku Renungan Matanya Tajam
Untung nasib sesorang bergantung pada usahanya. In Shaa Allah berkat azam dan iltizam yang tinggi akan sampai ke tahap ini.
Curahan rasa AbahBZ @ ..Inspirasi Dari Seorang Isteri : Li Na Dan Tenis
kalau ada usaha semua perkara boleh capai macam nak buat duit jugalahkan semua perlu ada keazaman dan kekuatan
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 19/2014_RWG – Ice Age Adventure
saya sendiri masih berusaha memadam kan gambar2 lama dekat blog … mohon tuan blog juga boleh memadam gambar2 lama saya kalau ada ya
Curahan rasa namiacinta @ ..Kenapa Perlu Baca Blog Parenting
saya pun nak delete post lama di blog. rasa malu bila baca balik
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Tak apa…jadikan ia sebagai panduan dan kenangan untuk kita senyum sendiri suatu hari kelak…hehe
Curahan rasa Pondok Kecil @ ..Hargai Wang Dan Masa Sebaiknya
haa betul tu nik.. saya pun ada gambar yang tak sesuai kat blog.. tapi dah delete sikit demi sikit.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Review: Novel Bukan Cinta Secondhand
Bagusla Dr Fatin Liyana amik tindakan untuk memadam gambar-gambar atau post yang tidak sepatotnya..semoga beliau sukses di masa hadapan
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Comments are closed.