Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tetiba dapat idea nak buat status Facebook dengan tajuk “Apa Hajat Blogger yang belum tercapai” dan sambutan sangat menggalakkan sehinggalah terhasilnya entri tajuk yang sama “Hajat Blogger yang belum tercapai“. Memang banyak hajat-hajat blogger yang dikongsikan ada yang kecik dan ada yang besar. Ada yang mudah dibantu ada hajat besar yang memang susah aku nak bantu.
Kalau setakat nak minta top blogger Ben Ashaari komen di blog atau minta buatkan review blog insyaa Allah boleh aku bantu untuk blogger berkenaan mencapai hajat murni tersebut. Kepada yang berhajat nak iPhone 5s tu kenalah ikut cabaran iPhone 5s sehingga tamat.
Tanpa diduga aku mendapat hajat khas dari top blogger siapa lagi kalau bukan Dr. Fatin Liyana di ruangan komen entri “Sepatutnya jadi dokor macam Dr. Fatin Liyana”
Salam, Appreciate the article tapi mintak jasa baik untuk delete gambar selfie saya diatas dan juga mana mana gambar yang kurang sesuai pada entry sebelum2 ini. Semoga Allah membalas jasa baik bro denaihati. Terimakasih
Selain daripada komen di atas, beliau juga ada PM kepada aku di Facebook yang tidak perlu dipaparkan di sini. Kesimpulannya beliau minta aku padamkan semua gambar-gambar selfie yang ada di blog Denaihati kerana katanya semua gambar-gambar tersebut adalah gambar masa jiwa muda. Sekarang pun Dr. Fatin masih muda tetapi sudah melangkah ke alam pekerjaan profesional yang ada batas dan tata susila yang perlu dijaga.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Nak buat duit dengan blog? Nak tahu asas cara? Klik Sini
Jana Duit Tanpa Modal. Hanya perlukan kemahiran untuk dapatkan duit online. Klik Sini
Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]
Aku pernah menulis tiga entri menggunakan nama Dr. Fatin Liyana sebagai tajuk iaitu :
- Fatin Liyana top blogger Denaihati
- Fatin Liyana top blogger Malaysia
- Sepatutnya jadi doktor macam Dr. Fatin Liyana
Di dalam ketiga-tiga entri ini memang aku ada tampal beberapa gambar Dr. Fatin Liyana tetapi aku sangat berhati-hati memilih gambar tersebut untuk menghormati beliau sebagai seorang pelajar perubatan UKM ketika itu. Gambar pelajar dengan gambar sudah berkerjaya tetap ada bezanya. Sebagai menghormati hajat Fatin Liyana semua gambar selfie dan gambar-gambar lain yang kurang sesuai telah dipadamkan. Aku hanya akan kongsikan gambar Dr. Fatin Liyana yang sesuai dengan kerjaya beliau sebagai seorang doktor.
I grew up with this blog. Mula menulis ketika berumur 19 tahun. Zaman zaman jiwa kacau, hati memberontak dan masih keliru mencari identiti diri. Sekejap nak jadi Ayumi Hamasaki, sekejap nak jadi Miranda Kerr. Malu betul miahaha. Amatlah mengarut isi kandungan blog aku yang dulu-dulu ya, tiada isi langsung. Asyik selfie je walaupun takde front camera. I am so ashamed of my previous self. Aku tahu, kita semua pernah merasai zaman-zaman mengarut tu dulu. Bezanya aku ada blog, aku tunjuk kat semua orang – Dr. Fatin Liaya
Mungkin ramai tidak tahu yang blogger Fatin Liyana telah memadam beratus-ratus entri dan gambar-gambar selfie masa remaja di blog beliau. Blog Honeykoyuki.blogspot.com juga sudah tampil dengan wajah baru. Aku menyokong perubahan yang sedang diusahakan oleh Dr. Fatin Liyana dan semuga ALLAH permudahkan semua urusan dan niat yang murni tersebut.
Bagaimana pulak dengan kita .. Sudahkah berubah?
333 Comments
saya amat kagum dengan fatin liayana ini. selain drp mempunyai wajah yang comel, perkongsiannya penuh ilmu walaupun penyampaiannya bersahaja
Curahan rasa sohoque @ ..7 Sebab Kenapa Seminar Facebook Marketing Firdauz Azizi Mantap
alhamdulillah. sy setuju sangat dengan tindakan yang diambil oleh beliau. gambar-gambar lama banyak yg dedahkan aurat
Curahan rasa sohoque @ ..7 Sebab Kenapa Seminar Facebook Marketing Firdauz Azizi Mantap
semoga dia berjaya selalu..cantik dr fatin ni rupanya..sayang jugak semua pos2 lama sudah dibuang.
Curahan rasa dfe @ ..Dead Rising 3 Download PC Free
tp kan saya itu semua kenangan..sayang je nak buang..moga Dr.fatin sentiasa berjaya dimasa akan datang.
Curahan rasa oh kiji @ ..Tutorial cara pakai shawl gambar dan video
Pernah satu masa dulu godek godek entry lepas diblog baca entry mula mula berblog memang ada terfikir macam Dr. Fatin Liyana ni rasa malu sangat bila baca entry dulu dulu.. saya tak delete sbb nak jadikan kenangan. Apa yg saya buat ialah edit semula menjadi ayat yg lebih bagus. 🙂
Curahan rasa Syazwanie Afandi @ ..Beauty Talk: Cerah dalam Masa 3 Hari – Radiance Signature™
saya tak sanggu nak baca entry lama di blog. malu betul tengok zaman kolej
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Kasih Berbisik di Tv3
bila sebut fatin liyana ni, memang populariti dia memang tak dapat dinafikan lagi.. kadang-kadang tertanya juga, apa resepi kejayaan dia dalam dunia blog ni
Curahan rasa Zamani 84 @ ..Kek Keju Leleh.. Di Malam Hari
Air dicincang takkan putus,
Sesama kita kena bersatu,
Apa yang baik kena tulus,
Agar perubahan semakin maju.
– Selamat maju jaya buat Fatin Liyana.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Oh Azizah Popular Di Ampang
Fatin Liyana blogger Denaihati,
Dia juga blogger Malaysia,
Siapa saja terasa irihati,
Tapi jangan suka mengata.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Oh Azizah Popular Di Ampang
Tanah gersang ditimpa kemarau,
Hujan tak turun berbulan-bulan,
Ada masa bolehlah tinjau,
Blog honeykoyuki boleh ditinjau,
Banyak ilmu boleh disedutkan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Oh Azizah Popular Di Ampang
Fati Liyana orangnya lawa,
Blognya ramai yang berminat,
Entri yang dihasilkan bersahaja,
namun banyak pengajaran kita dapat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Oh Azizah Popular Di Ampang
Apa dilakukan mesti baik,
Perubahan diri atas kehendak,
Jangan sombong dan bongkak,
Perlu selari dengan bertindak.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Oh Azizah Popular Di Ampang
Hebat tidak semestinya cantik,
Pandai tidak semestinya bijak,
Apa dilakukan mesti baik,
Perubahan diri atas kehendak.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Oh Azizah Popular Di Ampang
Yang bulat tidak datang bergolek,
Yang pipih tidak datang melayang,
Yang hebat tidak semestinya cantik,
Tapi yang berjaya tentunya usaha berterusan.
– Moga Fatin Liyana lebih matang selepas ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Oh Azizah Popular Di Ampang
amboiiii… banyak berpantun bro ni… dahsyat… mesti selalu masuk pertandingan pantun masa sekolah dulu.. ke guane?
Curahan rasa Zamani 84 @ ..Balik Dari Bon Odori
Sekali air bah sekali pantai berubah,
Sekali kita rebah bukan selamanya kita rebah.
Penghijrahan yang patut dilakukan setiap insan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Oh Azizah Popular Di Ampang
Jadi blogger dan jadi doktor. Dua kerjaya berbeza tapi boleh disatukan. Beliau boleh kongsi penyakit atau kesihatan di blog beliau.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Oh Azizah Popular Di Ampang
Comments are closed.