Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tetiba dapat idea nak buat status Facebook dengan tajuk “Apa Hajat Blogger yang belum tercapai” dan sambutan sangat menggalakkan sehinggalah terhasilnya entri tajuk yang sama “Hajat Blogger yang belum tercapai“. Memang banyak hajat-hajat blogger yang dikongsikan ada yang kecik dan ada yang besar. Ada yang mudah dibantu ada hajat besar yang memang susah aku nak bantu.
Kalau setakat nak minta top blogger Ben Ashaari komen di blog atau minta buatkan review blog insyaa Allah boleh aku bantu untuk blogger berkenaan mencapai hajat murni tersebut. Kepada yang berhajat nak iPhone 5s tu kenalah ikut cabaran iPhone 5s sehingga tamat.
Tanpa diduga aku mendapat hajat khas dari top blogger siapa lagi kalau bukan Dr. Fatin Liyana di ruangan komen entri “Sepatutnya jadi dokor macam Dr. Fatin Liyana”
Salam, Appreciate the article tapi mintak jasa baik untuk delete gambar selfie saya diatas dan juga mana mana gambar yang kurang sesuai pada entry sebelum2 ini. Semoga Allah membalas jasa baik bro denaihati. Terimakasih
Selain daripada komen di atas, beliau juga ada PM kepada aku di Facebook yang tidak perlu dipaparkan di sini. Kesimpulannya beliau minta aku padamkan semua gambar-gambar selfie yang ada di blog Denaihati kerana katanya semua gambar-gambar tersebut adalah gambar masa jiwa muda. Sekarang pun Dr. Fatin masih muda tetapi sudah melangkah ke alam pekerjaan profesional yang ada batas dan tata susila yang perlu dijaga.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Nak buat duit dengan blog? Nak tahu asas cara? Klik Sini
Jana Duit Tanpa Modal. Hanya perlukan kemahiran untuk dapatkan duit online. Klik Sini
Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]
Aku pernah menulis tiga entri menggunakan nama Dr. Fatin Liyana sebagai tajuk iaitu :
- Fatin Liyana top blogger Denaihati
- Fatin Liyana top blogger Malaysia
- Sepatutnya jadi doktor macam Dr. Fatin Liyana
Di dalam ketiga-tiga entri ini memang aku ada tampal beberapa gambar Dr. Fatin Liyana tetapi aku sangat berhati-hati memilih gambar tersebut untuk menghormati beliau sebagai seorang pelajar perubatan UKM ketika itu. Gambar pelajar dengan gambar sudah berkerjaya tetap ada bezanya. Sebagai menghormati hajat Fatin Liyana semua gambar selfie dan gambar-gambar lain yang kurang sesuai telah dipadamkan. Aku hanya akan kongsikan gambar Dr. Fatin Liyana yang sesuai dengan kerjaya beliau sebagai seorang doktor.
I grew up with this blog. Mula menulis ketika berumur 19 tahun. Zaman zaman jiwa kacau, hati memberontak dan masih keliru mencari identiti diri. Sekejap nak jadi Ayumi Hamasaki, sekejap nak jadi Miranda Kerr. Malu betul miahaha. Amatlah mengarut isi kandungan blog aku yang dulu-dulu ya, tiada isi langsung. Asyik selfie je walaupun takde front camera. I am so ashamed of my previous self. Aku tahu, kita semua pernah merasai zaman-zaman mengarut tu dulu. Bezanya aku ada blog, aku tunjuk kat semua orang – Dr. Fatin Liaya
Mungkin ramai tidak tahu yang blogger Fatin Liyana telah memadam beratus-ratus entri dan gambar-gambar selfie masa remaja di blog beliau. Blog Honeykoyuki.blogspot.com juga sudah tampil dengan wajah baru. Aku menyokong perubahan yang sedang diusahakan oleh Dr. Fatin Liyana dan semuga ALLAH permudahkan semua urusan dan niat yang murni tersebut.
Bagaimana pulak dengan kita .. Sudahkah berubah?
333 Comments
ni pun saya sedang buka blog nya , dah la FL ni antara fast rising people yang dinobatkan oleh google
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Who want to exchange bloglist with me?
Saya memang admire Fatin Liyana sangat sangat cerita dia memang best
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Who want to exchange bloglist with me?
memang malu bila baca entry lama pada blog rasa macam lempang diri sendiri. haha
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014
Alhamdulillah… Perubahan ke arah yang lebih baik… Semoga Allah merahmati Fatin dan kita semua… Amin….
Curahan rasa Nursimatun @ ..Bahaya Demam Di awal Kehamilan
semoga ramai yang mencontohi fatin liyana ni. seorang yang bercita cita tinggi
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014
ya alhamdullillah semua ingin berubah ke arah yang lebih baik kan insyallah
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Who want to exchange bloglist with me?
Menjadi seorang muslimah sudah semestinya banyak benda yang kita perlu jaga
Curahan rasa mrsfiza @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
ya betul tu , insyallah kita bleh berubah kepada muslimah yang baik sekiranya diri kita sendiri yang tekad
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Who want to exchange bloglist with me?
sis Fatin Liyana very the humble person, wajarlah ramai orang adore her
Curahan rasa misz aa @ ..physics
ya benar kata awak isz aa dia memang humble kan jadi tak hairanlah
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Who want to exchange bloglist with me?
Semoga dr fatin akan berjaya dalam hidupnya. Semua orsng pernah alamo situasi seperti beliau…. mencsri identiti.
Curahan rasa daddydee @ ..Kasihnya Ibu
YA SEMOGA DR. Fatin membuat pilihan yang tepat . insyallah seperti yang kita tengok memang tepat
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Who want to exchange bloglist with me?
perubahan yg positif, patut dapat sokongan semua.. betullah tu kalau perlu delete gambar-gamba lama yang tidak bersesuaian…
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..Kenapa Saya Suka Minum Cinch Tea
bagus la beliau buat mcm tu. harap ramai blogger yang tiru tindakan fatin liyana
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014
ya tidak mengapa jika kita berubah menjadi yang lebih baik kan lagi bagus
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Who want to exchange bloglist with me?
Adore dgn kebijaksanaan beliau, perwatakan beliau…semoga menjadi Doktor yang berjaya yang dpt berkhidmat kepada masyarakat…
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..What Inside My Pouch?
sama, really adore her. dengan perwatakannya yang happy go lucky
Curahan rasa misz aa @ ..physics
berharap sangat suatu hari nanti akan menjadi seperti Fatin Liyana ni
Curahan rasa misz aa @ ..physics
amin. harap anda dapatberjaya macam fatin lyana. dalam blog dan juga kerjaya
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
saya pun adore dengan kebijaksaan , sikap dan personaliti , humblenya , memang rasa perfect nyaaa
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Who want to exchange bloglist with me?
manusia berubah kan.. moga ALlah tetapkan kita semua berubah sentiasa menjadi lebih baik..
Curahan rasa Safiya @ ..Vivix : polifenol ~ khazanah di alam phytonutrient ; menyingkap rahsia buat penyakit kardiovaskular dan degeneratif
Perubahan yang positif dan ke arah kebaikan ramai orang yang suka..lebih lagi Allah yang suka
Curahan rasa nord @ ..KURUS dengan Protein Soya Shaklee
sebagai peringatan kepada diri terus terus istiqamah untuk melakukan benda baik dan terus melakukannya
Curahan rasa misz aa @ ..physics
Alhamdulillah gembira melihat perubahan beliau. Kalau saya pun malu bila orang tahu muda remaja dolu-dolu 🙂
Curahan rasa Ummu @ ..Menangani Isu dengan Pengasuh
Confirm malu..Kalau dulu pakai tutup sekarang terbuka dedah sana sini lagi la memalukan!
Curahan rasa nord @ ..KURUS dengan Protein Soya Shaklee
alhamdulillah, satu perubahan baik kepada beliau. harap di jadikan contoh semua gadis gadis dan wanita wanita di luar sana.
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
suka sangat follow blog cik Fatin nih!!
harap boleh sedut aura blogger dr dia,, huhuhuhu
Curahan rasa watiey @ ..pisang cheese mek tie
Suka kan tengok blog Fatin ni?memang bagi aura yang positif pada sapa yang baca kan
Curahan rasa nord @ ..KURUS dengan Protein Soya Shaklee
suka jugak baca blog sis fatin liyana. apa yang nak disampaikan tu memang sampai, walaupun menulis dalam bentuk informal.
Curahan rasa misz aa @ ..physics
respect sis Fatin Liyana, sangat berfikiran panjang dan matang. i really adore her
Curahan rasa misz aa @ ..Film Review: Annabelle
hajat saya masih tersimpan..insya Allah jika ada usaha yang berterusan dan konsisten akan berjaya juga nanti
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Cuba Template Percuma Mesra SEO
Comments are closed.