Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tetiba dapat idea nak buat status Facebook dengan tajuk “Apa Hajat Blogger yang belum tercapai” dan sambutan sangat menggalakkan sehinggalah terhasilnya entri tajuk yang sama “Hajat Blogger yang belum tercapai“. Memang banyak hajat-hajat blogger yang dikongsikan ada yang kecik dan ada yang besar. Ada yang mudah dibantu ada hajat besar yang memang susah aku nak bantu.
Kalau setakat nak minta top blogger Ben Ashaari komen di blog atau minta buatkan review blog insyaa Allah boleh aku bantu untuk blogger berkenaan mencapai hajat murni tersebut. Kepada yang berhajat nak iPhone 5s tu kenalah ikut cabaran iPhone 5s sehingga tamat.
Tanpa diduga aku mendapat hajat khas dari top blogger siapa lagi kalau bukan Dr. Fatin Liyana di ruangan komen entri “Sepatutnya jadi dokor macam Dr. Fatin Liyana”
Salam, Appreciate the article tapi mintak jasa baik untuk delete gambar selfie saya diatas dan juga mana mana gambar yang kurang sesuai pada entry sebelum2 ini. Semoga Allah membalas jasa baik bro denaihati. Terimakasih
Selain daripada komen di atas, beliau juga ada PM kepada aku di Facebook yang tidak perlu dipaparkan di sini. Kesimpulannya beliau minta aku padamkan semua gambar-gambar selfie yang ada di blog Denaihati kerana katanya semua gambar-gambar tersebut adalah gambar masa jiwa muda. Sekarang pun Dr. Fatin masih muda tetapi sudah melangkah ke alam pekerjaan profesional yang ada batas dan tata susila yang perlu dijaga.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Nak buat duit dengan blog? Nak tahu asas cara? Klik Sini
Jana Duit Tanpa Modal. Hanya perlukan kemahiran untuk dapatkan duit online. Klik Sini
Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]
Aku pernah menulis tiga entri menggunakan nama Dr. Fatin Liyana sebagai tajuk iaitu :
- Fatin Liyana top blogger Denaihati
- Fatin Liyana top blogger Malaysia
- Sepatutnya jadi doktor macam Dr. Fatin Liyana
Di dalam ketiga-tiga entri ini memang aku ada tampal beberapa gambar Dr. Fatin Liyana tetapi aku sangat berhati-hati memilih gambar tersebut untuk menghormati beliau sebagai seorang pelajar perubatan UKM ketika itu. Gambar pelajar dengan gambar sudah berkerjaya tetap ada bezanya. Sebagai menghormati hajat Fatin Liyana semua gambar selfie dan gambar-gambar lain yang kurang sesuai telah dipadamkan. Aku hanya akan kongsikan gambar Dr. Fatin Liyana yang sesuai dengan kerjaya beliau sebagai seorang doktor.
I grew up with this blog. Mula menulis ketika berumur 19 tahun. Zaman zaman jiwa kacau, hati memberontak dan masih keliru mencari identiti diri. Sekejap nak jadi Ayumi Hamasaki, sekejap nak jadi Miranda Kerr. Malu betul miahaha. Amatlah mengarut isi kandungan blog aku yang dulu-dulu ya, tiada isi langsung. Asyik selfie je walaupun takde front camera. I am so ashamed of my previous self. Aku tahu, kita semua pernah merasai zaman-zaman mengarut tu dulu. Bezanya aku ada blog, aku tunjuk kat semua orang – Dr. Fatin Liaya
Mungkin ramai tidak tahu yang blogger Fatin Liyana telah memadam beratus-ratus entri dan gambar-gambar selfie masa remaja di blog beliau. Blog Honeykoyuki.blogspot.com juga sudah tampil dengan wajah baru. Aku menyokong perubahan yang sedang diusahakan oleh Dr. Fatin Liyana dan semuga ALLAH permudahkan semua urusan dan niat yang murni tersebut.
Bagaimana pulak dengan kita .. Sudahkah berubah?
333 Comments
Dua tiga kali juga wawa pernah singgah di blog dr. fatin liyana ni. Dengar cerita dr.fatin ni pun bakal terbitkan buku dignosisi siri kedua bersama dr. anwar fazal, dr. aizzat dan dr. azah kan? Alhamdulillah dengan perubahan dr.fatin liyana sekarang. Nampak beliau lebih matang sekarang. Hajat beliau memang tak boleh ditolak. wawa kagum dengan beliau.
Hm, wawa ada hajat jugak ni. Ben Ashaari dah komen blog wawa melalui segmen haritu. Tuan denaihati.com bila pula nak jenguk blog wawa? Hihi ^^
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI11] : KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK
Baguslah jika ada perubahan. Tengok gambar fatin bertudung litup pun banyak lelaki yang tergoda…he..he.he..aku jarang terjah blog fatin ni. Kalau datang pun tengok gambar di dah sejuk mata memandang…
Curahan rasa Wira Merah @ ..Selamat Hari Malaysia Yang Ke-51
Dari dulu memang ikut perkembangan Fatin Liyana ni. Admire dia..dah la pandai, cantik pulak tu. Beauty with brain. Bagus betul perubahan yg dia buat ni. Nampak lebih matang.
Curahan rasa Rosni Emilinda Mat Yamin @ ..Chili’s
kunjungi kami di http://www.168sdbet.com
so far , blog yang sedang aq bangunkan ni , gambar personal still terjaga 🙂
kita lelaki senang sikit .. hehehe
Curahan rasa faizuddin fuad @ ..3 Sebab Kenapa Aku Tak berjaya Hasilkan Income Pertama Dengan Blog ?
sebanar nya saya pun nak mintak DH padam kan gambar saya yang dulu2 kalau ada dalam blog nieh .. dalam blog sendiri pun tengah usaha padam kan gambar2 yang pernah di letak kan
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Blog Kegemaran Saya
saya pun dah tutup beberapa blog peribadi., mula menulis masa belajar di universiti, jadi sudah menjadi seperti diari peribadi. bila mahu baca, saya akan login dan baca untuk diri sendiri sahaja.
good job dr fatin liyana
Curahan rasa tutyrahiza @ ..Kenapa Perlu Pakai Toner (Penyegar Kulit)?
Betul tu. Bila dah berkerjaya, yang profesional pula tu. banyak jumpa dengan public. appearanec pun banyak kena jaga, sebab tu sekarang sangat berhati-hati untuk pos gambar ke media sosial. tapi jangan kat media sosial je nampak baik.. 😉
terbaik Fatin Liyana…
semoga Allah memberkati usaha murnimu itu
Curahan rasa Katak Comel @ ..Video Wanita Terbakar Ketika Makan Steamboat
kagum dengan usaha Dr. fatin.. sekarang lebih matang
Curahan rasa Rokiah Abdul Hamid @ ..Vitamin penting semasa berjalan jauh
Kagun dengan kesungguhan Dr. Fatin Liyana 🙂
Curahan rasa myliferia @ ..10 Tips Turunkan Berat Badan Secara Sihat & Mudah
contoh buat blogger lain, dan mesti kena hormat permintaan beliau.
Curahan rasa Denaihati @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Tahniah FL Usaha kearah yang lebih baik..Moga dipermudahkan Allah swt.
Curahan rasa Sani @ ..Hot Burger Fizo Omar
good girl FL ni..mungkin jg sebagai persediaan nak jadi seorang isteri nanti ni heheh
Curahan rasa JMR @ ..Tumbuk ‘photographer’.
Kalo inilah perwatakan FL, saya memang respect. Semua org patut respect kehendak dia. Especially dalam bidang professional seperti kedoktoran.
Curahan rasa halif @ ..Semakan Keputusan & Pemilihan Perajurit Muda Tugas Khusus Tentera Darat 2014
ya, betul, kita wajar jadikan contoh dan semestinya kena hormat dengan tindakan beliau….
Curahan rasa Denaihati @ ..YES 4G Tawarkan Tablet Acer Iconia One 7 secara PERCUMA
Alhamdulillah..perubahan yang baik seiring dengan wajah yang memikat…
Curahan rasa maria awi @ ..5 Makanan Yang Menaikkan Nafsu Wanita
Comments are closed.