Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tetiba dapat idea nak buat status Facebook dengan tajuk “Apa Hajat Blogger yang belum tercapai” dan sambutan sangat menggalakkan sehinggalah terhasilnya entri tajuk yang sama “Hajat Blogger yang belum tercapai“. Memang banyak hajat-hajat blogger yang dikongsikan ada yang kecik dan ada yang besar. Ada yang mudah dibantu ada hajat besar yang memang susah aku nak bantu.
Kalau setakat nak minta top blogger Ben Ashaari komen di blog atau minta buatkan review blog insyaa Allah boleh aku bantu untuk blogger berkenaan mencapai hajat murni tersebut. Kepada yang berhajat nak iPhone 5s tu kenalah ikut cabaran iPhone 5s sehingga tamat.
Tanpa diduga aku mendapat hajat khas dari top blogger siapa lagi kalau bukan Dr. Fatin Liyana di ruangan komen entri “Sepatutnya jadi dokor macam Dr. Fatin Liyana”
Salam, Appreciate the article tapi mintak jasa baik untuk delete gambar selfie saya diatas dan juga mana mana gambar yang kurang sesuai pada entry sebelum2 ini. Semoga Allah membalas jasa baik bro denaihati. Terimakasih
Selain daripada komen di atas, beliau juga ada PM kepada aku di Facebook yang tidak perlu dipaparkan di sini. Kesimpulannya beliau minta aku padamkan semua gambar-gambar selfie yang ada di blog Denaihati kerana katanya semua gambar-gambar tersebut adalah gambar masa jiwa muda. Sekarang pun Dr. Fatin masih muda tetapi sudah melangkah ke alam pekerjaan profesional yang ada batas dan tata susila yang perlu dijaga.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Nak buat duit dengan blog? Nak tahu asas cara? Klik Sini
Jana Duit Tanpa Modal. Hanya perlukan kemahiran untuk dapatkan duit online. Klik Sini
Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]
Aku pernah menulis tiga entri menggunakan nama Dr. Fatin Liyana sebagai tajuk iaitu :
- Fatin Liyana top blogger Denaihati
- Fatin Liyana top blogger Malaysia
- Sepatutnya jadi doktor macam Dr. Fatin Liyana
Di dalam ketiga-tiga entri ini memang aku ada tampal beberapa gambar Dr. Fatin Liyana tetapi aku sangat berhati-hati memilih gambar tersebut untuk menghormati beliau sebagai seorang pelajar perubatan UKM ketika itu. Gambar pelajar dengan gambar sudah berkerjaya tetap ada bezanya. Sebagai menghormati hajat Fatin Liyana semua gambar selfie dan gambar-gambar lain yang kurang sesuai telah dipadamkan. Aku hanya akan kongsikan gambar Dr. Fatin Liyana yang sesuai dengan kerjaya beliau sebagai seorang doktor.
I grew up with this blog. Mula menulis ketika berumur 19 tahun. Zaman zaman jiwa kacau, hati memberontak dan masih keliru mencari identiti diri. Sekejap nak jadi Ayumi Hamasaki, sekejap nak jadi Miranda Kerr. Malu betul miahaha. Amatlah mengarut isi kandungan blog aku yang dulu-dulu ya, tiada isi langsung. Asyik selfie je walaupun takde front camera. I am so ashamed of my previous self. Aku tahu, kita semua pernah merasai zaman-zaman mengarut tu dulu. Bezanya aku ada blog, aku tunjuk kat semua orang – Dr. Fatin Liaya
Mungkin ramai tidak tahu yang blogger Fatin Liyana telah memadam beratus-ratus entri dan gambar-gambar selfie masa remaja di blog beliau. Blog Honeykoyuki.blogspot.com juga sudah tampil dengan wajah baru. Aku menyokong perubahan yang sedang diusahakan oleh Dr. Fatin Liyana dan semuga ALLAH permudahkan semua urusan dan niat yang murni tersebut.
Bagaimana pulak dengan kita .. Sudahkah berubah?
333 Comments
Kerana itu harus jadi peringatan buat kita semua, sebelum upload gambar, fikirlah sedalam dalamnya.
Sekali sudah masuk internet, maka payahlah nak delete balik semua, sebab kalau kita delete sekalipun, kalau orang lain masih menyimpan, tak guna juga.
Tambah-tambah kalau gambar ada aurat, habislah kita, saham-saham dosa online kita terus menerus mengalir.
Fikir fikirkan.
alhamdulillah..kematangan seriring usia..menarik..
alhamdulillah perubahan sangat terbaik kepada Dr Fatin Liyana. Sebelum ni saya selalu mengikuti cerita diblognya.:)
Dah pun tengok perubahan doktor muda kita. Alhamdulillah. ..moga kita pun turut yang baik sebegini.
Semoga Fatin Liyana akan menjadi doktor contoh .. in Sha Allah, saya sangat berharap akan ramai doktor perempuan supaya isteri2 kita boleh dapat rawatan dengan selesa.
InsyaAllah semoga dipermudahkan..
Tahniah denaihati kerana semangat macam kurang ada pada blogger tetapi denaihati sangat terliti dengan penulisanya.
suka blog dia. best!
entri terbaru – Lana Nordin bikin PANAS lagi
Suka baca blog fatin liyana … blog dia kekadang memberi inspirasi btw goodjob fatin liyana .. ☺
Blog ni kadang-kadang memberi kelebihan kpd kita dan kadang-kadang akan menghantui kita pada masa depan….kena pastikan kandungan yang ada memberi kelebihan kpd diri sendiri dan orang lain….
Curahan rasa asraff @ ..Google Khas Sempena Hari Kemerdekaan ke 57 Malaysia
setuju dengan tindakkan beliau, terbaiklah, saya sendiri pun memang x suka bubuh gambar sendiri dalam blog, takut orang salah guna, lagipun x hensem, hehehhe
Curahan rasa myrujukan @ ..Proton Compact Car (PCC) P2-30A (Proton Iriz)
betul tak boleh letak gambar sebarang, terutamanya perempuan. tak hensem tapi kacak kot…heeee
Curahan rasa Denaihati @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
seorang yang boleh dijadikan tauladan kepada para blogger 🙂
Curahan rasa MIEZA SUHAINI @ ..PAGEVIEW RENDAH
Bila menulis ketika jiwa kacau, penulisan itu akan ‘mengacau’ kita pada masa hadapan….
Curahan rasa ahmadyani @ ..Serba Salah Mahu Doakan Kebahagiaan Kamu!
Semakin matang pengalaman maka matang pula ilmunya. Melakukan perubahan dalam blog memang baik untuk meningkatkan kualitas, terutama artikel dan gambar-gambarnya. trims nasehatnya Bang.. akan saya coba
Curahan rasa ndotkom @ ..Cara memasang google authorship di mywapblog
Saya keliru dan takut nak padam entri, bila dipadam akan timbul banysk broken link.?
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Salam Kemerdekaan Ke-57 | Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Comments are closed.