Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tetiba dapat idea nak buat status Facebook dengan tajuk “Apa Hajat Blogger yang belum tercapai” dan sambutan sangat menggalakkan sehinggalah terhasilnya entri tajuk yang sama “Hajat Blogger yang belum tercapai“. Memang banyak hajat-hajat blogger yang dikongsikan ada yang kecik dan ada yang besar. Ada yang mudah dibantu ada hajat besar yang memang susah aku nak bantu.
Kalau setakat nak minta top blogger Ben Ashaari komen di blog atau minta buatkan review blog insyaa Allah boleh aku bantu untuk blogger berkenaan mencapai hajat murni tersebut. Kepada yang berhajat nak iPhone 5s tu kenalah ikut cabaran iPhone 5s sehingga tamat.
Tanpa diduga aku mendapat hajat khas dari top blogger siapa lagi kalau bukan Dr. Fatin Liyana di ruangan komen entri “Sepatutnya jadi dokor macam Dr. Fatin Liyana”
Salam, Appreciate the article tapi mintak jasa baik untuk delete gambar selfie saya diatas dan juga mana mana gambar yang kurang sesuai pada entry sebelum2 ini. Semoga Allah membalas jasa baik bro denaihati. Terimakasih
Selain daripada komen di atas, beliau juga ada PM kepada aku di Facebook yang tidak perlu dipaparkan di sini. Kesimpulannya beliau minta aku padamkan semua gambar-gambar selfie yang ada di blog Denaihati kerana katanya semua gambar-gambar tersebut adalah gambar masa jiwa muda. Sekarang pun Dr. Fatin masih muda tetapi sudah melangkah ke alam pekerjaan profesional yang ada batas dan tata susila yang perlu dijaga.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Nak buat duit dengan blog? Nak tahu asas cara? Klik Sini
Jana Duit Tanpa Modal. Hanya perlukan kemahiran untuk dapatkan duit online. Klik Sini
Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]
Aku pernah menulis tiga entri menggunakan nama Dr. Fatin Liyana sebagai tajuk iaitu :
- Fatin Liyana top blogger Denaihati
- Fatin Liyana top blogger Malaysia
- Sepatutnya jadi doktor macam Dr. Fatin Liyana
Di dalam ketiga-tiga entri ini memang aku ada tampal beberapa gambar Dr. Fatin Liyana tetapi aku sangat berhati-hati memilih gambar tersebut untuk menghormati beliau sebagai seorang pelajar perubatan UKM ketika itu. Gambar pelajar dengan gambar sudah berkerjaya tetap ada bezanya. Sebagai menghormati hajat Fatin Liyana semua gambar selfie dan gambar-gambar lain yang kurang sesuai telah dipadamkan. Aku hanya akan kongsikan gambar Dr. Fatin Liyana yang sesuai dengan kerjaya beliau sebagai seorang doktor.
I grew up with this blog. Mula menulis ketika berumur 19 tahun. Zaman zaman jiwa kacau, hati memberontak dan masih keliru mencari identiti diri. Sekejap nak jadi Ayumi Hamasaki, sekejap nak jadi Miranda Kerr. Malu betul miahaha. Amatlah mengarut isi kandungan blog aku yang dulu-dulu ya, tiada isi langsung. Asyik selfie je walaupun takde front camera. I am so ashamed of my previous self. Aku tahu, kita semua pernah merasai zaman-zaman mengarut tu dulu. Bezanya aku ada blog, aku tunjuk kat semua orang – Dr. Fatin Liaya
Mungkin ramai tidak tahu yang blogger Fatin Liyana telah memadam beratus-ratus entri dan gambar-gambar selfie masa remaja di blog beliau. Blog Honeykoyuki.blogspot.com juga sudah tampil dengan wajah baru. Aku menyokong perubahan yang sedang diusahakan oleh Dr. Fatin Liyana dan semuga ALLAH permudahkan semua urusan dan niat yang murni tersebut.
Bagaimana pulak dengan kita .. Sudahkah berubah?
333 Comments
Dari dulu mmg saya ikuti perkembangan Dr Fatin. Mmg sangat memberi inspirasi kepada saya dalam mencapai cita cita yang diimpikan
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Benar. Tulisannya sungguh menginspirasikan dan memotivasikan khusus buat anak muda yang sedang mencari haluan hidup.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
Gambar-gambar yang di letak dalam blog pun cantik dan menarik. bagi saya, memang patut juga dia buang beberapa entry lama untuk jaga karier dan masa depan dia yang sekarang dah jadi seorang doktor. barulah nampak sesuai dan nampak lebih matured.
Benar. Semakin kita menginjak ke tahap depan, semakin perlu untuk kita membawa perubahan yang baik kepada diri sendiri.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
Saya salah seorang pembaca tegar blog FL (silent readers). memnag suka sangat ngan entry dia yang santai. dia gelak kita pun rasa nak gelak. dia tulis ayat sedih, kita pun turut rasa sedih. memang terasa dekat saja ngan dia. tapi sayang dia jarang update!!!!
Curahan rasa Jaakechik @ ..Kedai Cenderahati Cantik Dan Murah
Saya pun tercuit hati membaca tulisannya. Hmmmm, dia jarang update sebab perlu memberi komitmen terhadap pelajaran dan tugasnya dalam bidang perubatan.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
Saya suka part cik FL buang gambar-gambar selfie tu dan yang tak berkenaan. Tahniah! 😉 Tak semua yang kita perlu paparkan di media.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
Suka dengan perubahan yang dibawa oleh Cik Fatin Liyana. Saya pun dulu ada entri-entri merapu, biasalah, zaman muda yang penuh dengan gelojak hati memberontak.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
dia ni peminat ayumi hamasaki ke? haha samalah kami..
apapun, memang salah satu hajat Zam belum tertunai ni.. harap-harap ada rezeki menang iPhone 5s tu :))
Curahan rasa Zamani 84 @ ..(Gambar) Pencemaran Yang Cantik? Tapi Ia Benar-Benar Ada!
Alhamdulillah, penghijrahan yang baik. Kepada yang ada berkenaan, sila padamkan gambar beliau dulu-dulu. Hajat terbaik daripada blogger terbaik. Semoga kan terus sukses.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan Blogger
Nampaknya umur dan pengalaman mematangkan Fatin Liyana. Tahniah atas penghijrahan yang dibuat oleh beliau. Tindakan beliau patut dicontohi oleh orang lain. Jangan kerana taksub selfie merana diri dikemudian hari. EH?
Curahan rasa Mindakabur @ ..English Versi Utara
dah jadi doktor kak FL. Insha Allah segala niat baik akan dipermudahkan olehNya. Mungkin beliau lebih berhati-hati dan menjaga semua penulisan di blog kerana profesion beliau sebagai seorang doktor.
Curahan rasa hajar ashikin @ ..Tugasan Kedua Cabaran IPhone 5s
Saya dah baca blog honeykoyuki ni lama dah, sejak akak fatin liyana ni tengah belajar lagi. Sejujurnya bila kak FL dah berjaya pegang gelaran doktor ni, saya dapat lihat sendiri perubahan pada beliau. Beliau banyak join aktiviti kemanusiaan, aktiviti kemasyarakatan dan seangkatan dengannya. Alhamdulillah perubahan ni bawa kesan pada saya juga sebagai pembaca blog beliau
Curahan rasa qtiechan @ ..Tugasan kedua cabaran iPhone 5s
Alhamdulillah, perubahan kepada yang lebih baik. In sha Allah semoga perubahan yang dibawa oleh FL akan menjadi inspirasi kepada kita semua.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
Blogger Fatin Liyana la yang merangsang aku untuk menceburkan diri dalam dunia blogging. Selalu baca entri entri beliau masa dulu, sejak beliau sedang belajar lagi. Beliau banyak bagi rangsangan pada aku untuk berubah ke arah kebaikan
Curahan rasa qtiechan @ ..Tugasan kedua cabaran iPhone 5s
Berubah kearah kebaikan adalah sesuatu yang dituntut. Hijrah itu perlu pengorbanan.. Semoga kita semua mendapat hidayah dariNya
Curahan rasa kizmyself @ ..Berjanggut Den Tunggu Haaaa
Benar. Kita juga harus berusaha untuk mencari cahaya hidayah itu.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
Blogger Fatin Liyana ni dahlah cantik, pandai pulak tu. Memang “Beauty With Brain” ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Segmen Bloggers : 20 Facts About Me
Hm betul tu. Bertuah negara kita ada generasi muda macam ni. Dah la cantik, pandai pulak tuu. Memang ciri ciri pilihan mak mertua nihh haha
Curahan rasa qtiechan @ ..Tugasan kedua cabaran iPhone 5s
Alhamdulillah, blogger Fatin Liyana memang blogger kegemaran saya sejak mula blogging dulu. Suka dengan perubahan yang dia buat ni. 🙂
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Segmen Bloggers : 20 Facts About Me
Hahaha same la. Memang suka baca entri blogger Fatin Liyana. Cara penulisan beliau tu sempoi je dan banyak info info yang beliau suka kongsikan
Curahan rasa qtiechan @ ..Tugasan kedua cabaran iPhone 5s
perubahan yang baik dan untuk kebaikan memang tak boleh ditolak kan. Langkah yang terbaik untuk di lakukan oleh blogger lain juga sebenarnya 🙂
Curahan rasa Azhafizah @ ..Design Full Template Blog Aria Lee
Comments are closed.