Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pengalaman percutian Bejing penuh penipuan membuat perasaan negatif bersarang dalam jiwa apabila kali pertama nama Guangzhou disebut. Kalau sebelum ini kali pertama aku menjejaki bumi Aceh untuk projek ekonomi persahabatan begitu juga mengikut rombongan bisnis Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) adalah kali pertama menjejak kaki ke Guangzhou. Apabila pesawat Airasia melintas lalu di atas bandar Guangzhou perasaan berubah melihat betapa besarnya kotaraya ini.
Menjejak masuk ke Guangzhou Baiyun International Airport sudah merasai kelainan, lapangan terbang yang bukannya kecil. Aku orang yang pertama daripada 35 ahli rombongan yang melepasi pemeriksaan imigresen dan kaunter pertama aku tuju adalah kaunter membeli simkad. Simkad khas untuk internet sahaja untuk 1 GB berharga 150 yuan. Sehingga habis kembara aku hanya menggunakan hanya 200MB sebab dengan broadband tempatan tidak boleh nak masuk Facebook, Instagram dan Google jadi pastilah tak banyak data yang digunakan.
Destinasi pertama kami setelah keluar daripada Airport adalah restoran halal sebab perut sudah menyanyi. Kami singgah makan di Restoran SABA, restoran halal yang menghidangkan makanan Arab, di Malaysia juga ada cawangan di Cyberjaya dan Wangsamaju. Selain restoran SABA kami juga singgah makan di tiga lagi restoran halal Guangzhou di hari kedua dan ketiga iaitu Restoran Nur Buston Guangzhou, Restoran Abdullah Guangzhou dan Restoran Mint Leaf Guangzhou. Banyak lagi restoran halal di Guangzhou jadi memang tak ada masalah nak melancung di sini kepada pelancung Islam.
Setelah makan kami bergerak ke lokasi yang menjadi matlamat utama aku datang ke Guangzhou iaitu menziarahi makam sahabat Nabi SAW, Saad Abi Waqqos. Tersentuh hati setelah dapat menziarahi makam Saad Abi Waqqos terletak dalam perkarangan Masjid Xiaobie. Berjalan daripada Tanah Arab ke bumi China selama lebih 14 tahun untuk membawa perutusan Islam adalah suatu jihad besar yang akhirnya telah menjadi asbab turunnya hidayah islam kepada berpuluh juta manusia di Asia. Pada hari kedua sempat solat di Masjid Huaisheng yang dibina oleh Saad Abi Waqqos lebih 1300 tahun dahulu. Aku sempat juga melihat kesan sejarah jalan raya yang dibina oleh berbagai maharaja antaranya Maharaja Dinasti Ming pada tahun 960 AD di Bejing Lu.
Sepanjang tiga hari di Guangzhou kami menetap di Hotel Sheraton di bandar Dongguan lebih kurang dua jam naik bas dari badar Guangzhou. Sebab utama kami memilih hotel ini kerana berdekatan dengan dewan Guangdong 21 st Century Maritime Silk Road International Expo. Lebih 400 usahawan Malaysia mempamerkan produk bersama dengan beribu usahawan daripada berbagai negara antaranya sahabat dari KLezcar, Agro Jerneh dan Blogger Mohamad Hayatullah. Pada hari ketiga kami singgah di 118th Canton Fair di Guangzhou. Mejelajah berjam-jam di dua expo ini telah mencelikkan mata aku dengan peluang bisnis yang terlalu besar yang sudah lama usahawan satu dunia kejar tapi aku baru tahu. Hasrat untuk mencari herba termahal di dunia juga tercapai setelah mencari dari satu gerai ke satu gerai dan semuanya tak sanggup nak pamerkan kerana terlalu mahal. Gerai terakhir sebelum kami balik mempamerkan cordyceps yang harganya USD1350 untuk setiap 50 gm. Memang sah herba ini sangat mahal melebihi harga emas bukan sekadar cakap-cakap sahaja.
Bila dah menjejaki Guangzhou pasti tidak lengkap kalau tidak shopping antara tempat yang kami singgah adalah pasaraya onelink, textile market dan Bejing Lu. Uniknya pasaraya di Guangzhou kalau jual barangan kulit satu pasaraya semua jual produk barangan kulit begitu juga texlite dan sebagainya. Memang syurga kepada usahawan dengan berbagai produk yang berkauliti dengan harga yang sangat murah kalau beli dalam kuantiti yang banyak. Kepada yang nak produk kualiti rendah pun ada melambak cuma pesan ketua rombongan bila sudah tawar menawar mesti beli jangan tinggal begitu sahaja takut tak balik. Sempat juga kami singgah di Canton Tower melihat keindahan Guangzhou di waktu malam.
Memang best dan diluar jangkaan Guangzhou tidak seperti pengalaman melancung di Beijing. Alhamdulillah ini bandar ke empat di China yang sudah aku jejaki selain Beijing, Hong Kong dan Macau dan kami sudah merancang untuk pergi ke Xixian tahun depan. Ada kekawan yang PM bagaimana aku cari dana melawat berbagai sudut dunia setiap tahun. Nak tahu jom jumpa aku cerita. 2017 rancangan kami nak menjelajah Brazil dan Argentina semuga ALLAH permudahkan.
119 Comments
Wahh syoknya berjalan … siap buat review lagi apa yang ada di Guangzhou .. sambil makan angin sambil promote bisnes .. perghh terbaiklah.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Digi WWWOW Awards 2015 Kurang Sambutan?
Wahh…Hebat sungguh Sahabat Nabikan.. jauh menjelajah demi memperjuangkan Islam…
Curahan rasa Supernifz @ ..#ProjekBegSekolah
Betul tu Bro HH. Memang seronok dapat buat macam ni. Jauh berjalan, luas pengalaman kan. Mesti banyak ilmu yang diperolehi dari Bro DH.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Benda Macam Ni Pun Kena GST
Boleh letakkan Guangzhou antara destinasi utama kalau nak ke China ni 🙂
Curahan rasa myliferia @ ..Kenapa Pemilihan Tepat Kalsium Sangat Penting Untuk Kesihatan Jangka Panjang?
Betul tuh sis.. memang nak kena masukkan dalam list nih kan… harus pergi nih…
Curahan rasa Supernifz @ ..#ProjekBegSekolah
cari tempat makanan halalh tu memang penting…kalau tak jumpa jawabnya makan maggie ajelah..hahaha
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Pengalaman Bersama ONEXOX
Itu pun kalau jumpe magie yang halal aa kat sana kan… kalu tak mau kebulur di buatnya…akakakaka….
Curahan rasa Supernifz @ ..#ProjekBegSekolah
memang menarik sungguh kalau dapat pegi guangzhou ni..
satu pengalaman yang pasti berbeza dengan di negara kita.
Curahan rasa zool @ ..Berjalan-jalan di A Famosa Resort
Bagi yang berkemampuan, memang seronok aa dapat g tempat-tempat gini kan…
Curahan rasa Supernifz @ ..#ProjekBegSekolah
Yea tu. Mesti berbeza dengan tempat kita. Banyak juga boleh belajar disana. Bertuah Bro DH dapat ke sana.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Benda Macam Ni Pun Kena GST
Jika bercuti mana-manapun, makan kena cari restoran yang halal. Perut kenyang nak berjalan-jalan pun tambah seronok
Curahan rasa azimah mohd zainuddin @ ..Tips Rangsang Banyak Susu Ibu
memang itu yang selalu dicari sebelum pergi melancong. kalau silap tempat mau kebulur jadinya
Curahan rasa zool @ ..Pemandu dipenjara selepas menunjukkan pemanduan sehingga 192 batu sejam
Tak kenal maka tak cinta, bila dah kenal, memang harus di masukkan dalam wishlist nih. Antara tempat yang ingin di lawati.
Curahan rasa SuperNifz @ ..#ProjekBegSekolah
Teringin juga nak pergi. Kena kumpul-kumpul duit dulu. Best dapat pergi guangzhou.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..2 Tips Mudah Buat Duit Dengan Jobdirumah
Yeah… mari kita sesama start ngumpul dari sekarang.. mana tau sok2 kita pulak boleh share2 gambar menarik kat guangzhou dlm blog kita.
Curahan rasa Supernifz @ ..#ProjekBegSekolah
selalu dengar guangzhou sebagai tpt para usahawan membeli stok barangan utk berniaga..bila baca nie nampak sisi lain guangzhou. mungkin kena pergi untuk tengok dan alami sendiri. 😀
Curahan rasa Oja Samid @ ..Ini Rahsia Kulit Tegang, Gebu, Licin Berseri di Usia 50-an
Betul tu Oja. Nampaknya kena pergi sendiri dan rasainya. Memang best dapat pergi sana.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..2 Tips Mudah Buat Duit Dengan Jobdirumah
Mau tak nak balik kot kalau ke sana kan. Hehehe almaklum lah banyak tempat menarik yang nak dilawati.
Curahan rasa SuperNifz @ ..#ProjekBegSekolah
baru tahu makam saad ibn waqqas kat china rupanya, jauh dia mengembara
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Vita C Shaklee Vitamin C Terbaik Anda
Kan, Roe pun baru tau gaks, sebelum nih tak pernah tau pun, Tq ya DH atas perkongsian ini.
Curahan rasa SuperNifz @ ..#ProjekBegSekolah
Betul tu. Terima kasih DH atas perkongsian tentang info sahabat juga ada disana. Kena pergi juga macam ni.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..2 Tips Mudah Buat Duit Dengan Jobdirumah
wah, ada banyak restoran halal rupanya, tak susahlah nak mengisi perut yang keroncong hehe 😉
Curahan rasa siti hazreen @ ..Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM 2016
Bila dengar negara2 China nih, memang risaukan bab makanan, tetapi pandangan roe meleset rupanya…. Banyak rupanya restoren halal kat sana.
Curahan rasa SuperNifz @ ..#ProjekBegSekolah
Alhamdulillah. Jika ada kedai makan macam ni. Tak perlu risau nak cari tempat makanan halal.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..2 Tips Mudah Buat Duit Dengan Jobdirumah
bagus sebab china dah buka pasaran kepada negara negara luar termasuk malaysia.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Cara Pantas Buat Duit Dengan USD
Memang satu peluang perniagaan yang tak patut di lepaskan nih.
Curahan rasa SuperNifz @ ..#ProjekBegSekolah
Betul tu. Pasaran China memang terbaik. Banyak peluang untuk mencari peluang bisnes di sana.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..2 Tips Mudah Buat Duit Dengan Jobdirumah
Memang tiada masalah nak pergi ke quangzhou. Senang nak dapat makanan halal…
Curahan rasa Sani @ ..Jadilah Kebanggaan Ibu Mu!
Makan tanpa was-was. Ntah-ntah lagi sedap kot makanan kat sana.. memang nak kena test nih.
Curahan rasa SuperNifz @ ..#ProjekBegSekolah
Beijing dah sampai, Guangzhou belum lagi. Macam nak kena pergi jer ni..:). Terima kasih tuan rumah atas entri ini
Curahan rasa sharimah @ ..IKLAN PERCUMA : BISNES HOMESTAY
Kalau baca perkongsian DH nih, memang rase nak sesama join jer jelajah dia kan.
Curahan rasa SuperNifz @ ..#ProjekBegSekolah
saya pernah dengar nama guangzhou dalam acara sukan badminton ..terbaik la tempat tu
Curahan rasa mrhanafi @ ..Peritnya GST Untuk Reload Telefon
Banyak juga tempat tempat yang menarik dan tempat untuk shopping bro hanafi..
Curahan rasa Sani @ ..Jadilah Kebanggaan Ibu Mu!
Selalu dengar Guangzhou nih tempat sejarah negara depa je. Rupa-rupanya ada jugak sejarah Islam kat sana.
Curahan rasa SuperNifz @ ..#ProjekBegSekolah
Comments are closed.