Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pengalaman percutian Bejing penuh penipuan membuat perasaan negatif bersarang dalam jiwa apabila kali pertama nama Guangzhou disebut. Kalau sebelum ini kali pertama aku menjejaki bumi Aceh untuk projek ekonomi persahabatan begitu juga mengikut rombongan bisnis Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) adalah kali pertama menjejak kaki ke Guangzhou. Apabila pesawat Airasia melintas lalu di atas bandar Guangzhou perasaan berubah melihat betapa besarnya kotaraya ini.
Menjejak masuk ke Guangzhou Baiyun International Airport sudah merasai kelainan, lapangan terbang yang bukannya kecil. Aku orang yang pertama daripada 35 ahli rombongan yang melepasi pemeriksaan imigresen dan kaunter pertama aku tuju adalah kaunter membeli simkad. Simkad khas untuk internet sahaja untuk 1 GB berharga 150 yuan. Sehingga habis kembara aku hanya menggunakan hanya 200MB sebab dengan broadband tempatan tidak boleh nak masuk Facebook, Instagram dan Google jadi pastilah tak banyak data yang digunakan.
Destinasi pertama kami setelah keluar daripada Airport adalah restoran halal sebab perut sudah menyanyi. Kami singgah makan di Restoran SABA, restoran halal yang menghidangkan makanan Arab, di Malaysia juga ada cawangan di Cyberjaya dan Wangsamaju. Selain restoran SABA kami juga singgah makan di tiga lagi restoran halal Guangzhou di hari kedua dan ketiga iaitu Restoran Nur Buston Guangzhou, Restoran Abdullah Guangzhou dan Restoran Mint Leaf Guangzhou. Banyak lagi restoran halal di Guangzhou jadi memang tak ada masalah nak melancung di sini kepada pelancung Islam.
Setelah makan kami bergerak ke lokasi yang menjadi matlamat utama aku datang ke Guangzhou iaitu menziarahi makam sahabat Nabi SAW, Saad Abi Waqqos. Tersentuh hati setelah dapat menziarahi makam Saad Abi Waqqos terletak dalam perkarangan Masjid Xiaobie. Berjalan daripada Tanah Arab ke bumi China selama lebih 14 tahun untuk membawa perutusan Islam adalah suatu jihad besar yang akhirnya telah menjadi asbab turunnya hidayah islam kepada berpuluh juta manusia di Asia. Pada hari kedua sempat solat di Masjid Huaisheng yang dibina oleh Saad Abi Waqqos lebih 1300 tahun dahulu. Aku sempat juga melihat kesan sejarah jalan raya yang dibina oleh berbagai maharaja antaranya Maharaja Dinasti Ming pada tahun 960 AD di Bejing Lu.
Sepanjang tiga hari di Guangzhou kami menetap di Hotel Sheraton di bandar Dongguan lebih kurang dua jam naik bas dari badar Guangzhou. Sebab utama kami memilih hotel ini kerana berdekatan dengan dewan Guangdong 21 st Century Maritime Silk Road International Expo. Lebih 400 usahawan Malaysia mempamerkan produk bersama dengan beribu usahawan daripada berbagai negara antaranya sahabat dari KLezcar, Agro Jerneh dan Blogger Mohamad Hayatullah. Pada hari ketiga kami singgah di 118th Canton Fair di Guangzhou. Mejelajah berjam-jam di dua expo ini telah mencelikkan mata aku dengan peluang bisnis yang terlalu besar yang sudah lama usahawan satu dunia kejar tapi aku baru tahu. Hasrat untuk mencari herba termahal di dunia juga tercapai setelah mencari dari satu gerai ke satu gerai dan semuanya tak sanggup nak pamerkan kerana terlalu mahal. Gerai terakhir sebelum kami balik mempamerkan cordyceps yang harganya USD1350 untuk setiap 50 gm. Memang sah herba ini sangat mahal melebihi harga emas bukan sekadar cakap-cakap sahaja.
Bila dah menjejaki Guangzhou pasti tidak lengkap kalau tidak shopping antara tempat yang kami singgah adalah pasaraya onelink, textile market dan Bejing Lu. Uniknya pasaraya di Guangzhou kalau jual barangan kulit satu pasaraya semua jual produk barangan kulit begitu juga texlite dan sebagainya. Memang syurga kepada usahawan dengan berbagai produk yang berkauliti dengan harga yang sangat murah kalau beli dalam kuantiti yang banyak. Kepada yang nak produk kualiti rendah pun ada melambak cuma pesan ketua rombongan bila sudah tawar menawar mesti beli jangan tinggal begitu sahaja takut tak balik. Sempat juga kami singgah di Canton Tower melihat keindahan Guangzhou di waktu malam.
Memang best dan diluar jangkaan Guangzhou tidak seperti pengalaman melancung di Beijing. Alhamdulillah ini bandar ke empat di China yang sudah aku jejaki selain Beijing, Hong Kong dan Macau dan kami sudah merancang untuk pergi ke Xixian tahun depan. Ada kekawan yang PM bagaimana aku cari dana melawat berbagai sudut dunia setiap tahun. Nak tahu jom jumpa aku cerita. 2017 rancangan kami nak menjelajah Brazil dan Argentina semuga ALLAH permudahkan.
119 Comments
Teringat pengalaman mak ke sini. Duitnya hilang dicuri orang. Kesian sangat~
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Sabar Itu Indah : Kisah Repair Kereta RM500 vs RM15
ramai nak ke guangzhous sebab pasaran kat sana bagus. senang buat bisnes
Curahan rasa nikkhazami @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Tak pernah terfikir nak ke sana, tapi kalau shopping ke sana pastinya menyeronokkan sebab banyak pilihan barangan.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Sabar Itu Indah : Kisah Repair Kereta RM500 vs RM15
fuhh..
nak juga pergi ke ghuangzhou ni satu hari nanti.
tunggu budak kecik tu besaq dulu.
Curahan rasa titan @ ..Jobdirumah Payment – Kali ke 383 hingga 401
Hahaha, bila budak kecik tu besar, adik dia pulak lahir hihi, sudahnya kena tunggu semua besar dulu.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Sabar Itu Indah : Kisah Repair Kereta RM500 vs RM15
wah enak nich kru denaihati jalan jalan terus,,makasih untuk photo-photonya ..jadi ingin kesana melihat secara langsung
Curahan rasa aplikasi toko online @ ..Android dan sejarahnya
Bestnya dapat menjejakkan kaki ke negara China. .. Syurga membeli belah untuk pemborong dari seluruh dunia termasuk Malaysia. ..
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia menjana pendapatan pasif TANPA MODAL dengan menyertai CONTEST SEO
pemborong memang dah tak dapat lari dari ke cina. barang murah dan banyak pilhan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Betul tu, kebanyakan barang yang dijual semuanya dari sana. Tapi jaga jaga jangan sampai tertipu.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Sabar Itu Indah : Kisah Repair Kereta RM500 vs RM15
Menarik betul guangzhou. Ras teringin nak pergi juga bila baca cerita kat sini.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Bisnes Aiskrim Jana RM5K Sebulan Secara Part Time
Memang bet jika ke guangzhou. Peluang nak cari ide berniga memang banyak kat sana.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Usaha Tangga Kejayaan Dalam Jobdirumah
Sungguh luar biasa pgembaraan bisnes DH kali ni..mmg menarik..dpt mlwat makam sahabat nabi kali ni..
Curahan rasa Jie susanos @ ..Senaman Urut Tapak Kaki
Betul tu. BUkan senag nak dapat pelung macam ni. Melawat tempat yang ada mkam sahabat.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Bisnes Aiskrim Jana RM5K Sebulan Secara Part Time
Betul tu. BUkan senag nak dapat pelung macam ni. Melawat tempat yang ada makam sahabat.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Bisnes Aiskrim Jana RM5K Sebulan Secara Part Time
Makam sahabat temapt yang mesti dilawati bila sampai sana. Tengok kesan usaha sahabat buat dakwah di sana.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Usaha Tangga Kejayaan Dalam Jobdirumah
Bandaraya Guangzhou memang hebat..hebat dari segi barang borong. Saya backpacker ke sana. Selamat berjaya dalam dunia keusahawanan.
Curahan rasa Muhammad Khairuddin Lim @ ..Kota Malang
Betul tu. Sana macam-macam benda boleh nak dapatkan secara borang.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Bisnes Aiskrim Jana RM5K Sebulan Secara Part Time
Betul tu. Banyak peluang nak berniaga kat sana. Kena dapatkannya jika sampai sana.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Usaha Tangga Kejayaan Dalam Jobdirumah
Jauh berjalan luas pandangan. Peluang berbisnes di sana pasti adakan Tuan Denaihati. Moga balik membawa seribu peluang bisnes. Insha Allah….
Curahan rasa Top Seo Friendly @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Amin. Betul tu. sana memang banyak peluang untuk berniaga. Macam-macam ada.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Bisnes Aiskrim Jana RM5K Sebulan Secara Part Time
Wah …. bestnya Tuan Denaihati dapat pergi ke Guangzou di China, sebelum ini dah pergi Beijing.
Curahan rasa Top Seo Friendly @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Murah rezeki tuan dapat ke sana untukk kali ke dua. Nanti boleh kesana lagi.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Bisnes Aiskrim Jana RM5K Sebulan Secara Part Time
sebuah syurga pelbagai bahan yang mengikut citaraa dompet sendiri..namun berhati hati jika ragu ragu keaslian barangan haha
Curahan rasa Belang Tarung @ ..COMAC C919 Pesawat Komersil China Pertama Alternatif Untuk Airbus A320 dan Boeing 737
Betul tu. Membeli belah di sana memang kena berhati-hati. Takut kena tipu jika salah langkah.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Bisnes Aiskrim Jana RM5K Sebulan Secara Part Time
seronok melihat pengembaraan Denai hati kat sana.. Cantik Canton Tower tu.. tapi macam bangunan tabung haji
Curahan rasa lekatlekit @ ..BAKAL ADA VAPE HALAL & HARAM TIDAK LAMA LAGI
yea. Betul tu. ada nampak macam ala-ala tabung haji sikit. Bestnya pergi sana. DH.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Bisnes Aiskrim Jana RM5K Sebulan Secara Part Time
cantik juga guangzhou ni.. selalu dengar ada banyak festival dan pameran herba kat sana
Curahan rasa nikkhazami @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Makanan halal pun senang nak cari rupa-rupanya. Mudahlah nak makan macam ni.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Sabar Itu Indah : Kisah Repair Kereta RM500 vs RM15
Wahh… ke Guangzhou pulak, seronoknya. baru tau banyak tempat yang menarik rupanya kat sana erk.
saad bin abi waqqas adalah pejuang islam di china yang merupakan penyebar islam pertama di sana
Comments are closed.