Assalamualaikum dan Salam 1Dunia.
Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak bukan? Andai dilihat senario hari ini, boleh dikatakan semua ibu bapa sangat menekankan soal pendidikan anak-anak bagi membentuk sahsiah yang baik dan bijak. Malah elemen ini diterapkan sejak bayi dalam kandungan lagi.
Mengungguli terbitan majalah keluaran Kumpulan Media Karangkraf berbahasa Melayu berkonsepkan panduan keibubapaan dan prasekolah sejak 15 tahun lalu, Pa&Ma sentias berusaha memberikan informasi terbaik untuk ibu bapa dalam usaha membesarkan dan mendidik anak-anak sejak dalam kandungan lagi. Majalah Pa&Ma ialah rujukan terbaik dunia keibubapaan untuk ibu bapa mudah khususnya.
Selari dengan matlamat melahirkan anak-anak bijak dan bersahsiah tinggi, buat pertama kali Genius Pa&Ma iaitu terbitan Edisi Khas majalah Pa&Ma telah mula menemui pembaca sejak Oktober tahun lalu. Melihat sambutan yang positif, Edisi Khas ini dipasarkan semula bagi memenuhi permintaan ibu bapa yang mempunyai anak yang berusia tiga hingga enam tahun.
Masih mengekalkan konsep keibubapaan, Genius Pa&Ma wajar dimiliki oleh ibu bapa, pengasuh dan tenaga pengajar di taska dan tadika. Ini kerana ia memberi panduan tentang bagaimana mendidik, memahami dan merangsang pertumbuhan dan perkembangan anak-anak yang semakin aktif dan bijak menerokai dunianya dari segi fizikal, emosi dan kognitif.
Dengan tagline ‘Rujukan Keibubapaan Bentuk Anak Bijak 3-6 tahun’, Genius Pa&Ma diyakini akan menepati citarasa ibu bapa yang mahukan segala-galanya terbaik buat anak-anak merangkumi pendidikan, penampilan dan kesihatan .
“Penerbitan Genius Pa&Ma bertujuan memberi pendedahan dan panduan kepada ibu bapa muda zaman ini betapa pentingnya ilmu keibubapaan berkaitan perkembangan dan tumbesaran awal kanak-kanak. Biasanya, ibu bapa akan membuat persediaan rapi untuk menyambut cahaya mata pertama dan begitu mengambil berat soal penjagaan bayi. Bagaimanapun apabila anak semakin membesar dan pandai berdikari, mereka sering dibiarkan main sendiri malah gajet dijadikan teman rapat. Dan pada masa ada ibu bapa yang menyerahkan bulat-bulat kepada tenaga pengajar di taska dan tadika untuk mengajar anak-anak menulis, membaca, membuat aktiviti kraf, mengaji dan bersolat. Cara ini sebenarnya tidak betul kerana ibu bapa perlu sedar bahawa mereka mempunyai peranan tersendiri dalam proses perkembangan anak-anak ini,” ujar Editor Eizan Ariffin.
Dengan gaya atur letak, fotografi yang trendy dan segar, Genius Pa&Ma bakal melengkapkan ‘keperluan’ ibu bapa yang prihatin untuk memahami tentang tahap perkembangan anak dan lebih peka mengenai apakah bentuk pendekatan yang boleh digunakan bagi merangsang minda dan fizikal si kecil agar membesar cergas dan cerdas.
[box type=”shadow”]
Sponsor Ads
Rahsia didik anak jadi pintar cerdas!!! Klik Sini
Rahsia didik anak menjadi soleh!! Klik Sini
Rahsia mendidik anak cara yang betul! Klik Sini[/box]
Antara segmen menarik Genius Pa&Ma ialah Perkembangan Kanak-kanak, Gaya & Kesihatan, Adik Bijak, Sisipan 32 muka surat tentang Pemakanan Anak, Famili, 10 muka surat Jom Relaks yang mampu menguji minda anak-anak serta segmen Prasekolah yang bakal menjadi kemuncak kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun ini.
TESTIMONI IBU BAPA
- Rosfakihah Hassan
“Kehadiran Pa&Ma Genius memang tepat pada masanya. Saya menjadikan majalah ini sebagai rujukan dalam mendidik anak-anak. Saya sangat suka ruangan masakan yang melibatkan si kecil. Selain daripada itu, saya juga sukakan tip yang memberi panduan berguna agar anak cepat membaca. Segmen Perkembangan juga membantu saya dalam usaha membolehkan saya memantau perkembangan anak sesuai mengikut usia mereka.”
- Hj. Tengku Asmadi Tengku Mohammad
“Setiap ibu bapa perlu tahu bahawa perkembangan otak kanak-kanak begitu pesat pada usia bawah tujuh tahun. Ketika ini, perkembangan otaknya lebih terarah dan sistematik.
Oleh itu, setiap pembelajaran kepada anak haruslah dengan cara yang betul. Dengan adanya majalah Pa&Ma Genius, ia membantu ibu bapa mendapat arah yang betul dalam mendidik anak secara positif. Isi kandungan majalah ini berkaitan dengan perkembangan anak dapat menjadi kayu pengukur ibu bapa dalam mendidik anak-anak.”
Ibarat jurnal buat ibu bapa yang boleh dijadikan rujukan dalam memberi didikan buat anak-anak di antara umur tiga hingga enam tahun. Pelbagai tip menarik dan artikel berinformasi dikongsi, Dengan ketebalan dan kualiti kertas yang berkualiti, ia boleh dijadikan koleksi. Pendek kata, Pa&Ma Genius padat dan bermanfaat.
Untuk pembelian online, anda bakal mendapat lebih banyak diskaun! Layari http://mall.karangkraf.com/products/Genius-Pa&Ma-(Pre-Order)/3881
REBUT PAKEJ MENARIK INI!
BELI GENIUS Pa&Ma PERCUMA 1 majalah Pa&Ma isu lepas dengan hanya RM10!
Terhad sepanjang bulan MAC sahaja.
Jom follow di:
Instagram : @Majalahpama
Facebook : majalahpama
Web site : http://pama.karangkraf.com
119 Comments
magazine is the other way to get some advice about our life, parenting and some information
Curahan rasa xaxac @ ..Money Blogging Strategy To Make Over $1000
Majalah Pa&Ma berminat nak beli la… boleh buat rujukan bila ada anak nanti.. teruja tengok baby dalam gambar tu…
Curahan rasa Cik Ash @ ..Hadiah Powerbank Pineng PN-983 B Menang By GA Simple Shad
Betul tuh, gamba2 dalamnya juga agak menarik . Artikelnya pun menggunakan bahasa yang mudah untuk di fahami.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya
makin banyaklah informasi yang diketengahkan.
Good job team pa&ma, sebuah majalah yang memang sarat dengan ilmu parenting
Curahan rasa maria @ ..Cara Cepat Hilangkan Ketagihan Merokok Untuk Isteri Yang Sudah Bosan Dengan Suami Yang Asyik Berasap Siang Malam
Saya dan isteri masa awal kahwin memang baca majalah Pa Ma … 🙂 pernah juga berada di halaman Pa Ma masa kelahiran anak sulong saya .. hoho
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Cara Menjadikan Facebook Sebagai Lubuk Duit
memang ramai juga kawan-kawan yang hantar gambar untuk majalah pa&ma.
lagi-lagi bab penyusuan.
Curahan rasa maria @ ..Cara Cepat Hilangkan Ketagihan Merokok Untuk Isteri Yang Sudah Bosan Dengan Suami Yang Asyik Berasap Siang Malam
menariknya majalah genius pa&ma ni..seya mesti beli. sebab saya memang tertarik sangat-sangat dengan perkembangan dan pendidikan awal kanak-kanak..
Curahan rasa MamaBard @ ..Tips Ajar Anak Mudah Membaca Untuk Ibubapa Super Sibuk
Beli jangan tak beli, majalah ni memang bagus, saya siap pernah langgan .. penuh almari dah dengan majalah Pa Ma ni ..
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Pembayaran Ke 15 Advertorial.MY
saya suka majalah Pa Ma. Banyak panduan best dan berguna ^__^
Curahan rasa aini @ ..Susahnya Membina Keserasian Jodoh
Semua peringkat umur boleh baja majalah nih… bukan hanya tuk ibu2 aer taw…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Isteri Lebih Power Daripada Suami
masa zaman mengandung dulu memang rajin beli ma& pa ni….
Curahan rasa Alin Marlini @ ..House Warming Rumah Baru As & Abang Pali
PA & MA adalah buku panduan kami semasa mula-mula kahwin dulu…. sangat membantu!
Curahan rasa linchalo @ ..Fakta Menarik Kaitan Antara Tiram, Sperma Lelaki Dan Kesihatan
Majalah PA&MA memenuhi kehendak pembaca dan kelainan ada padanya berbanding majalah lain yang seumpamanya. Selalunya ibu atau bapa yang beli majalah PA&MA, namun sekarang nenek juga dah belikan untuk anak-anak yang dah kahwin (ada cucu).
Curahan rasa Inspirasi Huda @ ..Promosi Shaklee Mac 2015 Di Youtube
saiz majalah ini comel dan mudah dibawa ke mana mana untuk dibaca pada bila bila masa.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Cara Beli Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
comel ke saiznya… rasa macam besar semacam je… tak kisah saiz dia camne yang penting isinya 😉
Curahan rasa puteraduyong @ ..Adakah Anda Suka Jadi Gemuk
kalau tak silap saiz a4 macam majalah biasa tu. Tapi memang sukalah baca dari 1st page sampai last page.
Curahan rasa maria @ ..Cara Cepat Hilangkan Ketagihan Merokok Untuk Isteri Yang Sudah Bosan Dengan Suami Yang Asyik Berasap Siang Malam
jadi ibu bapa memang kena selalu lengkapkan ilmu keibubapaan, sebab kita pun sedang belajar juga.
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..6 sebab ESP wajib diambil oleh bakal ibu
Setuju dengan Pn Raihanah Ahmad, sesi pembelajaran kita berterusan sampai ke liang lahad.
Curahan rasa puteraduyong @ ..Penyebab Utama Perut Anda Buncit
perlu belajar dari banyak rujukan seperti majalah, selain dari ahlinya tentunya dan juga teladan dari hidup Baginda Rasul paling utama
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Ingatlah Sang Pemutus Segala Kelezatan
Benar tuh, kita di galakkan pelbagaikan bahan bacaan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Cara Muhasabah Diri Agar Kekal Positif
ada bajet memang saya beli sebab info ini amat berguna untuk membentuk anak menjadi genius
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Best Mobile Peluang Terbaik 2015
Betul tuh, ada baget lebih boleh langgan setahun terus. tak rugi nih.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Isteri Lebih Power Daripada Suami
wah segmen menarik Genius Pa&Ma ni…boleh cuba daptkanya nnti ..sgt2 membantu untuk anak2..terima kasih atas perkongsian info,..
sangat bagus untuk dimiliki oleh ibubapa yang mempunyai anak kecil..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Bos Marah Apa Perlu Buat
wah memang majalah kesukaan MJ jugak ni, dari anak pertama memang minat dengan isu2 yang diketengahkan dalam pa&ma..banyak info bermanfaat.
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..Air Ketuban Terlalu Banyak Pun Masalah Juga
MJ suka baca majalah ya…bagus sangat kerana majalah seperti ini memang membina minda
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Best Mobile Peluang Terbaik 2015
Comments are closed.