Misteri disebalik Billboard Mother Misses You

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, salah satu pemandangan yang paling aku suka bila memandu di Lebuhraya Persekutuan adalah melihat iklan billboard dengan berbagai jenama dan keunikan. Aku berangan suatu hari nanti Denaihati Network akan mempunyai iklan billboard yang merupa salah satu cara penjenamaan minda bawah sedar yang sangat berkuasa. Tapi itu hanya mimpi yang tidak mustahil menjadi kenyataan.

Baru-baru ini semasa memandu di Lebuhraya Persekutuan selesai perjumpaan dengan salah seorang penaja majlis Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, ternampak satu billboard yang agak misteri. Billboard tersebut berjaya mencuri perhatian aku sebab ianya hanya mempunyai gambar seorang budak kecil yang sedang berbaring di atas rumput hijau sedang memegang sebuah telefon. Sekali pandang nampak macam nak ambil gambar selfie pun ada, tapi mungkin juga dia nak ambil gambar langit yang membiru. Billboard ini membuatkan aku rindu pulak pada emak abah di kampung teringat kisah sedih kisah benar “Teguran ibu dijadikan musuh” dan kisah “Marah ayah ibu satakat mana“.

Hello mother misses you very much
Hello mother misses you very much

Billboard yang terletak tidak jauh daripada Angkasapuri ini tidak mempunyai sebarang jenama, no telefon, url atau apa-apa sumber rujukan tidak seperti billboard-billboard yang lain. Membuatkan aku lebih tertanya-tanya apa yang mereka cuba capai dengan meletakkan billboard yang besar begitu tanpa apa-apa informasi.

Kalau nak dikaitkan dengan sambutan Tahun Baru Cina, hanya terdapat perkataan Hello. Mother misses you. Budak perempuan itu rindu dengan emaknya ke? atau emak dia yang sebenarnya rindu dengan budak yang sedang pegang telefon tersebut? Buntu juga dibuatnya semakin aku memikirkan mengenai billboard ni. Kalau tuan punya billboard ini meletakan billboard sekadar untuk mengingatkan kita kepada emak abah kita di kampung pasti besar pahala yang dia dapat.

Kalau rakan-rakan pembaca boleh bagi pendapat apa yang cuba disampaikan, jom kongsikan di ruangan komen. Pasti terdapat mesej yang cuba disampaikan, tapi team Denaihati sudah cuba untuk berbincang antara kami, tetapi masih menemui jalan buntu.

Billboard misteri di lebuhraya persekutuan
Apakah maksud billboard ini?

Dalam banyak-banyak billboard yang berada di jalanan, ini pertama kali mesej yang cuba disampaikan menjadi tanda tanya. Imej yang digunakan adalah menarik, ayat juga ringkas, tetapi ianya seakan ingin menceritakan sesuatu yang diluar dari apa yang terpampang pada billboard tersebut.

Harap rakan-rakan pembaca dan blogger yang boleh berkongsi idea dan buah fikiran, mengenai billboard ini. Apa yang cuba disampaikan dengan ayat Hello. Mother misses you tersebut, dan mesej yang lebih besar dengan penyediaan billboard ini. Kepada photoblogger aku nak bagi peluang hebat ini kepada yang dapat snap gambar billboard yang paling cantik dan tag di Facebook Denaihati dengan hashtag #MotherMissesYou akan mendapat hadiah misteri. Tiga hadiah misteri untuk tiga gambar paling cantik dan paling banyak dapat klik like.


Spread the love

191 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!