Gadis Peugeot CDM25 terlajak biadab

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang naik darah aku bila tengok seorang gadis yang menaiki kereta Peugeot dengan plate CDM25 mengamuk macam kena histeria hanya kerana kereta baru tercalar sedikit. Mungkin dia tak menyangka lagak samsengnya telah dirakam oleh seseorang dan menjadi trending di sosial media. Ramai lagi pemandu lain yang terlibat kemalangan yang lebih hebat dari ini tetapi tidak bertindak mengetuk-getuk kereta yang melanggar dengan stereng lock.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Rahsia Berjaya dengan Bisnes Tudung. Klik Sini

Jana Wang Di Rumah – Khas Untuk Wanita! Klik Sini

Rahsia Mudah Hamil – Tips Kesuburan Untuk Wanita. Klik Sini[/box]

Aku sendiri ada pengalaman beberapa kali dilanggar dan melanggar kereta orang lain tapi tak lah nak mengamuk macam ini. Tak percaya baca kisah aku langgar kereta seseorang di entri “Malang tidak berbau“, punyalah sabar tuan punya kereta yang aku langgar ini. Kita ada tuhan bila berlaku sesuatu mesti ada sebabnya. Paling teruk peristiwa ini berlaku di bulan Ramadhan ketika umat Islam dikehendaki bersabar dengan ujian tapi gadis ini meroyan macam tak puasa.

Daripada siasatan yang di keluarkan oleh sebuah blog Asamboi.my kereta Peugeot CDM25 di daftarkan atas nama syarikat Rangkaian Kerja Kahwin Sdn Bhd yang beralamat di Puchong.

detail cdm25 peugeot

Dalam dunia teknologi memang gadis ini tidak akan dapat lari. Di maklumkan facebook beliau sudah ditutup setelah diserang oleh mereka yang tidak berpuas hati. Anak kepada lelaki tua tersebut pun sudah memberi komen pedas di facebook dan berbagai maklumbalas di kongsikan di sosial media oleh rakyat Malaysia. emuga tiada lagi pemandu yang mengulangi kesilapan gadis Peugeot CDM25 ini. Cik adik kereta Peugeot kalau di Perancis hanya kereta biasa je macam kereta Proton di Malaysia jadi jangan nak lebih ya!!

Berani Buat Berani Tanggung atau paling baik Mohon Maaf Kepada Malaysia sebelum PM Najib Razak bagi komen sebab KJ pun dah komen kat twitter tu.

[box]Berita terkini Gadis Peugeot CDM25

Alhamdulillah gadis Peugeot CDM25 (Kiki Kamaruddin) dalam akaun facebook telah mengeluarkan kenyataan mohon maaf : “After all what had happened, my sincere apologies. People make mistakes, so do I. Tq for your understanding.” Beliau juga sudah memohon maaf secara live di TV3. Pak Cik Sim Siak Hong, juga sudah memaafkan gadis ini dan tidak akan mengambil tindakan undang-undang. Walaubagaimanapun Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu bahawa polis akan mengambil tindakan terhadap wanita ini [/box]

Pengajarannya sebab tu banyak ayat Al Quran dan hadis yg minta kita banyak bersabar terutama bila ada masalah. Bila tak sabar macam-macam akan berlaku yg menyebabkan macam-macam perkara lain akan berlaku. Gadis ini terpaksa menanggung akibat dari akhlak yg tidak baik dan dia juga bakal diambil tindakan oleh polis. Apa sahaja yg berlaku pasti ada hikmah kebaikan bukan sahaja pada beliau malah pada kita juga.


Spread the love

666 Comments

  1. Bersabar dengan ujian Allah. . Setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmah di sebaliknya. . Sebenarnya kelakuan gadis ini sangat memalukan umat islam yang sangat dihormati disebabkan sifat baik, penyabar dan penyayang. . Terutamanya pada bulan Ramadhan ini. .
    Curahan rasa anuar @ ..Buffet Ramadhan Casa OmbakMy Profile

  2. Apa kata sesiapa yang marah dgn wanita peugeot popular ini menderma sebanyak RM100 kepada Aman Palestin?

    Jika anda marah dan masih belum menderma, derma anda boleh disumbangkan kepada Aman Palestin. Butiran akaun seperti yang tertera

    Bank Islam:12029010047880
    Maybank:562263010787
    CIMB: 8600460353
    BMuamalat:12070005133717
    RHB Bank:21245760004907
    Bank Rakyat: 220806195922

    Jika ada 3,000 orang marahkan wanita ini, Aman Palestin bakal mendapat RM300,000.00

    Sumbangan ini diperlukan untuk Gaza yang sedang bergolak.
    Curahan rasa Jom Diet Atkins bersama Prof Hariz @ ..Cabaran Kurus Diet Atkins Mendapat Sambutan Gila !My Profile

  3. Kalau uncle sim tu ayah aku, ko memang mampos aku kejekan! Kurang ajar dan gila! Hati aku panas gila! Halau ja kuar dari malaysia! Tak tahu hormat orang tua! Ibu ayah dia mesti sama dia layan! Peh,, kalau aku dapat pijak dia ni, adalah kepuasanku yang tidak terhingga……

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!