Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang naik darah aku bila tengok seorang gadis yang menaiki kereta Peugeot dengan plate CDM25 mengamuk macam kena histeria hanya kerana kereta baru tercalar sedikit. Mungkin dia tak menyangka lagak samsengnya telah dirakam oleh seseorang dan menjadi trending di sosial media. Ramai lagi pemandu lain yang terlibat kemalangan yang lebih hebat dari ini tetapi tidak bertindak mengetuk-getuk kereta yang melanggar dengan stereng lock.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia Berjaya dengan Bisnes Tudung. Klik Sini
Jana Wang Di Rumah – Khas Untuk Wanita! Klik Sini
Rahsia Mudah Hamil – Tips Kesuburan Untuk Wanita. Klik Sini[/box]
Aku sendiri ada pengalaman beberapa kali dilanggar dan melanggar kereta orang lain tapi tak lah nak mengamuk macam ini. Tak percaya baca kisah aku langgar kereta seseorang di entri “Malang tidak berbau“, punyalah sabar tuan punya kereta yang aku langgar ini. Kita ada tuhan bila berlaku sesuatu mesti ada sebabnya. Paling teruk peristiwa ini berlaku di bulan Ramadhan ketika umat Islam dikehendaki bersabar dengan ujian tapi gadis ini meroyan macam tak puasa.
Daripada siasatan yang di keluarkan oleh sebuah blog Asamboi.my kereta Peugeot CDM25 di daftarkan atas nama syarikat Rangkaian Kerja Kahwin Sdn Bhd yang beralamat di Puchong.
Dalam dunia teknologi memang gadis ini tidak akan dapat lari. Di maklumkan facebook beliau sudah ditutup setelah diserang oleh mereka yang tidak berpuas hati. Anak kepada lelaki tua tersebut pun sudah memberi komen pedas di facebook dan berbagai maklumbalas di kongsikan di sosial media oleh rakyat Malaysia. emuga tiada lagi pemandu yang mengulangi kesilapan gadis Peugeot CDM25 ini. Cik adik kereta Peugeot kalau di Perancis hanya kereta biasa je macam kereta Proton di Malaysia jadi jangan nak lebih ya!!
[box]Berita terkini Gadis Peugeot CDM25
Alhamdulillah gadis Peugeot CDM25 (Kiki Kamaruddin) dalam akaun facebook telah mengeluarkan kenyataan mohon maaf : “After all what had happened, my sincere apologies. People make mistakes, so do I. Tq for your understanding.” Beliau juga sudah memohon maaf secara live di TV3. Pak Cik Sim Siak Hong, juga sudah memaafkan gadis ini dan tidak akan mengambil tindakan undang-undang. Walaubagaimanapun Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu bahawa polis akan mengambil tindakan terhadap wanita ini [/box]
Pengajarannya sebab tu banyak ayat Al Quran dan hadis yg minta kita banyak bersabar terutama bila ada masalah. Bila tak sabar macam-macam akan berlaku yg menyebabkan macam-macam perkara lain akan berlaku. Gadis ini terpaksa menanggung akibat dari akhlak yg tidak baik dan dia juga bakal diambil tindakan oleh polis. Apa sahaja yg berlaku pasti ada hikmah kebaikan bukan sahaja pada beliau malah pada kita juga.
666 Comments
Dengar-dengar boleh kena Penjara 5 tahun dan denda RM5.
Curahan rasa Jom Diet Atkins bersama Prof Hariz @ ..Tips Kurus 10KG Di Bulan Puasa daripada prof hariz
denda rm5 je? baik amek denda dari penjara hehe
Curahan rasa Zuan @ ..Pit-Stop Sebelum Pergi Meeting, Ramly Halal Kiosk LRT Kelana Jaya
Baru tahu plak pasal hukuman untuk org yg jenis macam nie… Kat sekolah dulu study pengajian am xde plak sentuh pasal benda macam gni… 🙂
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Realiti seorang jurufoto perkhawinan
bior betul rm5 ? hahaha.. tapi kalau dah masuk kes polis, naya jugak nih
Curahan rasa farzli @ ..Produk Placenta White by Nikko terbaik !
Gadis tu tak faham rto. Kalau uncle tu buat repot polis. Dah sah sah masuk lokap jadi kes ugutan jenayah.
Nasib baik uncle tu ambil keputusan untuk memaafkan gadis CDM25 nie… Tabik spring wei!
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Realiti seorang jurufoto perkhawinan
tapi uncle tu baek woo, tengok cara dia handle situasi.. terbaek arhh… kalau anak muda yang kena, dah berdarah tempat tu haaa
Curahan rasa farzli @ ..Produk Placenta White by Nikko terbaik !
elok dipijkaje betina sundal peugot tu…..lu duk defend sgt tak yah .la,,,,,lu orang suruh fikir aib dia..korang x fikir perasaan pak cik…elok gak di post…bagi pengajaran sikit…jgn fikir betina ni pakai peugeot..semua dia boieh tapau…..elok la…kasi melingkup bisnes dia…..
sabar bro.. bukan nak defend ke apa, just tengok dari sudut positif dan ambil sebagai teladan..
Curahan rasa farzli @ ..Produk Placenta White by Nikko terbaik !
Memalukan bangsa & agama. Tak pasal2 pompuan road-bully naik darah (datang haid) ni jadi popular!
Semoga menjadi pengajaran buat kita semua..diorang pun dah saling memaafkan dah pon..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
moga begitu juga. harap ia memberi pengajaran bukan pada gadis tu, tapi pada semua
Curahan rasa Zuan @ ..Haruman Kasturi Dapat Menguatkan Jasmani Badan
Kes nie pun dah hampir selesai… Apa yang penting doakan yang terbaik dan ambil pengajaran….
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Realiti seorang jurufoto perkhawinan
popular tu penting ke ? kalo tengok perangai, fuhh, jangan laa.. tapi tu laa, perangai masing2, tak boleh nak bukak aib
Curahan rasa farzli @ ..Produk Placenta White by Nikko terbaik !
Astaghfirullah. Hmmm, tak tahu nak komen apa. Moga diberi hidayah in sha Allah. Daripada mengutuk, lebih baik mendoakan, ya tak?
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..#Wordless Wednesday – Wakaf dalam Quran
Mereka dah saling memaafkan dah..kita yg kutuk2 diorang nih bila pulak nak minta maaf? 😉
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
tu lah. kiki pun dah minta maaf. yg penting ini pengajaran buat kita semua.
Curahan rasa Denaihati @ ..Hilal Azmi sedang menuju Gaza
bagus la dia drop ego dia dengan meminta maaf. harap tak kacak perniagaan dia
Curahan rasa Zuan @ ..Nak Berubah? Dapatkan Buku “What You Need To Know To Change Your Life”
Walaupun geram gak ngn budak Kiki nie, tapi dari aspek lain bgs juga dia nak lagi minta maaf.. Ada sesetengah orang dah jelas2 buat salah xnak plak minta maaf tu lg parah…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Realiti seorang jurufoto perkhawinan
ramai yang mengutuk tu keybod warrior, hehehe.. berani tapi sembunyi.. kalau depan2, tak payah laa, terus kecut gamaknya
Curahan rasa farzli @ ..Produk Placenta White by Nikko terbaik !
Da jd kes polis da pun..betina tu dipanggil khamis ni 17.07 bg kes buli jalanraya
Betina? Amboi… tak elok panggil orang macam tuh.. 🙂
Emosi kalau tak dapat dikawal macam tuh la jadinya..dah tak pasal2 glamer se-Malaya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
Tu la akibat buat sesuatu perkara tanpa berfikir panjang… Benda dah berlaku so, terimalah padahnya…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Realiti seorang jurufoto perkhawinan
agak2 bro kalau dah panas.. free free je bagi dia pahala di bulan mulia nih.. ngeh ngeh ngeh
Curahan rasa farzli @ ..Produk Placenta White by Nikko terbaik !
kat mana la nak sorok muka. wajah dia pun dah tersebar di FB
Curahan rasa nikkhazami @ ..REVIEW BUKU: The Scorch Trials
Relaks jer sebab inikan Malaysia. Lepas 2 3 hari orang tak ingat dah la pasal nih..
Tak pasal2 bisnes dia pon dh terjejas sama..moga jadi pengajaran..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
harap tak terjejas teruk la. tu yang pentingnya jaga etika dalam kehidupan. boleh efek rezeki kalau tak jaga
Curahan rasa Zuan @ ..Dah Lama Den Tak Tengok TV
Pengajaran untuk dia dan iktibar untuk kita. Berfikir dahulu sebelum bertindak…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Realiti seorang jurufoto perkhawinan
harap harap orang kita ni jangan la dok pendam lama lama.. lagi pun dia dah mintak maaf.. kalo takleh nak tengok dia kes geram, dok diam2 sudah.. naya woo
Curahan rasa farzli @ ..Produk Placenta White by Nikko terbaik !
Apa dah jadi dengan dunia sekarang? Gadis CDM25 melepaskan geram mengamuk hentak-hentak kereta, kita pula dengan self-righteousnya pakat share di media sosial.
Siapa yang meroyan, siapa lebih kejam?
Curahan rasa Malaysia Tercinta @ ..Senarai Saluran Derma Palestin
Tu maknanya kita pun dua kali 5 je ngan dia..
Sekarang siapa pulak nak repair kereta pakcik tuh? dh kemek kena stering lock..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
Dengar cte Digi bersedia untuk repair kedua-dua kereta tu… Bgs plak Digi nie.. Hee 😀
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Realiti seorang jurufoto perkhawinan
good question. harini ramai suka share. kononnya sharing is caring. tapi betul ke apa yang di kongsi? patut ke dikongsi?
Curahan rasa Zuan @ ..Nasib Baik Beli Jersey Pemenang – The Rise of Germany Football
Cte macam nie saya x ambil port dan x nak ambil risiko untuk tulis kat blog… Dah ada pengalaman kena hentam ngn readers time tulis kisah arwah Along dulu.. Huhu
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Realiti seorang jurufoto perkhawinan
salah siapa, pakat2 fikir sendiri.. kalo tanya aku, salah budak tu jugak.. dah tau perangai orang kita ni cepat jadi wartawan.. kena bijak
Curahan rasa farzli @ ..Produk Placenta White by Nikko terbaik !
kasi hentam itu pompuan. Dia mau tunjuk langsi sama dia punya keta Peugeot. Hey pompuan, lu jangan ingat hanya lu sorang ada itu keta. Lu jangan tunjuk samseng dan lu jangan tunjuk pailang sebab lu tak cukup pailang sama lu punya keta. Ada faham???
Emosi jer tuh..maybe kereta baru kot..kalau kita kena macam tuh pon tak tahu lagi apa reaksi kita..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
bagi aku, reaksi budak pompuan tu dah melebih2.. kalo setakat marah dengan mulut, ok la jugak tapi kalo orang kita, tetap gak nak kutuk.. hmm
Curahan rasa farzli @ ..Produk Placenta White by Nikko terbaik !
Bagi saya perkara sebegini tak perlulah dihebah-hebahkan kerana ia melibatkan maruah orang walaupun niat kita nak memberi pengajaran.
Curahan rasa Ezlaila @ ..10 Strategi Tak Terkalah Untuk Berhenti Merokok
Benar cikpuan. Saya rasa adalah lebih baik sekiranya kita mendoakan yang baik-baik sahaja, jangan asyik mengutuk, lebih-lebih di bulan mulia ini.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..#Wordless Wednesday – Wakaf dalam Quran
Itulah yang sebaiknya. Mendoakan yang terbaik untuknya dan ambil pengajaran daripada kejadian ini…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Realiti seorang jurufoto perkhawinan
betol.. itu sebab aku tak buat entri pasal ni.. kalau buat pun, hanya bagi pendapat aja…
Curahan rasa farzli @ ..Produk Placenta White by Nikko terbaik !
aku tau aku salah. korang apa hal nak komen mcm2. sibuk jer hal orang
hahaha.. Sengal la fakers pun. Agak-agak la. weh..
Alamak! sorilah cik kiki..diorang gurau2 jer tuh..kuikuikui
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
ops, ini pengedar pakaian kiki lala ke? hehe
Curahan rasa Zuan @ ..Nasib Baik Beli Jersey Pemenang – The Rise of Germany Football
Wkakaka… Kesian kat kiki. Dah la kutuk dia… Lol 😀
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Realiti seorang jurufoto perkhawinan
aiyoo.. maaf maa… hehehe.. ada jugak erk macam ni.. hmm.. dah awak perangai macam tu, biadab woo
Curahan rasa farzli @ ..Produk Placenta White by Nikko terbaik !
pagi2 bukak Fb muka dia dah ada dekat feeds dah..ingat benda apa last2 tudia aih…last2 tutup teruih malaih tengok
huhu tu la. subuh2 dah kena saji dengan video ni
Curahan rasa Zuan @ ..Nasib Baik Beli Jersey Pemenang – The Rise of Germany Football
Tu la pasal. x pasal2 femous satu Malaya. kalau femous pasal benda baik xpe nie pasal benda yang macam tu…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Realiti seorang jurufoto perkhawinan
terus jadi viral kes perangai terlalu biadab.. fuhh.. kalau kene kat diri sendiri, cam mana laa reaksi aku erk
Curahan rasa farzli @ ..Produk Placenta White by Nikko terbaik !
tak tau cite sebenar sapa yg salah.. tpi tak sepatutnya seorang perempuan buat mcm nih. kat public plak tu…donia…donia….
yang langgar/salah p cik tu sebab langgar dari belakang, benda kecik macam ni biasa jadi, guna sterenglock macam gengster jarang jadi….
Curahan rasa Denaihati @ ..Hilal Azmi sedang menuju Gaza
tak patot.. tengok perangai budak tuu.. huhuhu
Apa yang pompuan tu buat kat pacik tu dalam bahasa kasarnya memang biadap. Tp jgn smpai komen kita guna perkataan yg melampau dan x sepatutnye (ini yg berlaku skg..) 🙁
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Wajah
‘Maka ucapkanlah perkataan yang baik kepada orang yang kamu jumpa.’
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..#Wordless Wednesday – Wakaf dalam Quran
apabila marah menguasai diri.. macam macam boleh berlaku.
Curahan rasa nikkhazami @ ..REVIEW BUKU: The Scorch Trials
Sebab itu apabila merasakan diri sudah dihampiri rasa marah, ambil wuduk. Kerana air wuduk bisa menghilangkan amarah.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..#Wordless Wednesday – Wakaf dalam Quran
dia ingat ada selection cast tuk kl gangster 3 kot..
Curahan rasa Zuan @ ..Nasib Baik Beli Jersey Pemenang – The Rise of Germany Football
reaksi budak tu tak sepatutnya, bukan nye pecah sana sini kereta tuu.. hmm.. patut kene lebih bersabar..
Curahan rasa farzli @ ..Produk Placenta White by Nikko terbaik !
mesti dia malu lepas ni nak sambut raya. sedare mesti dah tahu perangai.
sendiri mau ingat, atau memang dah tau perangai dia macam mana…
Pakcik pun pakai kereta peugeot lebih besar dari model 208 tu tak terasa istimewa pun. Tunggulah dua tiga tahun lagi, Besi buruk pun tak mau ambik.
disebabkan attitude, dia punya bisnes turut terkena tempias
Curahan rasa nikkhazami @ ..CARA KEKAL SEGAR DI BULAN RAMADAN
klu sempat sambut raya…polis kata akan mulakan siasatanwalaupun tiada report dibuat kerana video yg tersebar telah menjadi bahan bukti kes…
klu sempat sambut raya…polis kata akan mulakan siasatan walaupun tiada report dibuat kerana video yg tersebar telah menjadi bahan bukti kes…
uncle tu dah maafkan dia. nasib baik perempuan tu
Curahan rasa nikkhazami @ ..CARA KEKAL SEGAR DI BULAN RAMADAN
sesal kemudian dah takda guna… kena teruskan hidup jugak dan berubah sedaya upaya
Curahan rasa farzli @ ..Produk Placenta White by Nikko terbaik !
Sedih saya dengar suara orang tua cakap, “tak sengaja”.. Tak dapat bayangkan kalau orang tua kita sendiri kena buat macam ni..
mayb dia tertekan minyak lebih ke kan. kita mana tau. orang tua. mungkin ada masalah drive kereta time tu 🙁
Curahan rasa Zuan @ ..Nasib Baik Beli Jersey Pemenang – The Rise of Germany Football
aku pasti kalau kena kat diri sendiri atau ayah sendiri, konfem mengamok bagai, terus pegi cari… kalau yang bijak, terus wat repot polis
Comments are closed.