Assalamualaikum dan salam 1Dunia, selain mata aku tertumpu kepada pelawanan Arsenal vs Liverpool pada jam 1.30 am, 3/11/13 pasti perlawanan Final Piala Malaysia Kelantan vs Pahang menjadi tumpuan. Kecewa juga pasukan kesayangan Johor Darul Takzim hanya layak di peringkat suku akhir.
Dunia bola sepak Malaysia hangat dengan perlawanan Final Piala Malaysia yang akan berlangsung pada 8.45 malam 3/11/13 (Ahad) ini di Stadium Shah Alam. Pelbagai ramalan dibuat oleh para penyokong. Apa yang pasti masing-masing akan menyokong pasukan kegemaran masing-masing. Apa pula pilihan anda yang bukan anak jati mana-mana pasukan dua negeri ini? Jom kongsikan pasukan pilihan anda dalam komen di bawah.
Sedikit info kedua-dua pasukan yang akan bertanding hebat pada malam Ahad nanti.
[box type=”shadow”]
Pasukan Kelantan – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kelantan Football Association – KAFA) merupakan salah sebuah persatuan bola sepak di Malaysia yang mewakili negeri Kelantan Darul Naim. Pasukan yang lebih dikenali sebagai Pahlawan Merah (The Red Warriors) ini berpangkalan di Jajahan Kota Bharu, ibu negeri Kelantan. Stadium utama pasukan Kelantan FA ialah Stadium Sultan Muhammad Ke-IV yang berkapasiti 30,000. Pasukan ini merupakan salah satu pasukan yang bersaing dalam Liga Super Malaysia, iaitu liga tahap tertinggi dalam Liga Malaysia. sumber – Wikipedia[/box]
[box type=”shadow”]
Pasukan Pahang – Persatuan Bola Sepak Pahang merupakan persatuan yang menguruskan dan mewakili pasukan bola sepak negeri Pahang. Pasukan ini berpangkalan di Kuantan. sumber – Wikipedia
[/box]
Pasti ramai yang sudah tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan Final Bola Sepak Piala Malaysia pada malam Ahad ini. Debaran siapakah yang akan muncul sebagai juara pastinya membuatkan ramai tidak senang duduk. Kepada yang akan pergi menonton di stadium, diharap dapat menghormati antara satu sama lain. Diberitakan sempena perlawanan malam Ahad ini, sistem kawalan keselamatan paling ketat telah disediakan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Keputusan Kelantan vs Pahang : 0 – 1
Bersama-sama kita menjadi penyokong sukan yang tidak terlalu mengikut emosi. Memang seronok dan meriah apabila berada dalam suasana menyokong pasukan kegemaran kita, tetapi keselamatan antara satu sama lain perlu kita utamakan.
Tahniah kepada Pahang kerana berjaya menjulang Piala Malaysia 2013.
31 Comments
kedua-dua pasukan sama hebat , apa-apa pun kita saksikan dahulu perlawanan yang berlangsung malam ni
Curahan rasa wazy @ ..Komisyen Ke-10 Dari Postlinks
kita tunggu aje malam ini. Hoho..
Curahan rasa titan @ ..Orang perempuan memang bijak berbelanja..
tak kisah siapa yang menang…biarlah yang main tu menunjukkan persembahan yang terbaik…yang menyokong pulak jaga disiplin masing-masing…
Curahan rasa Farid Adam @ ..10 Entri Popular FaridAdam.com Untuk Bulan Oktober 2013
Tak terlalu mengetahui tentang klub-klub sepakbola di Malaysia. Namun siapa pun yang jadi juara, rakyat Malaysia harus tersenyum gembira.
Curahan rasa Abi Bewara @ ..Komparasi Nexus 5 dan iPhone 5S
den lebih suka jika Pahang yang menang…=)
Curahan rasa papa mifz @ ..Mesra Oktober 2013
Saya tak sokong mana-mana sebab saya bukan orang Kelantan atau Pahang.Cuma saya harap bermainlah dengan bersungguh-sungguh. Yang kalah tu terima hakikat. Cuba lagi tahun depan kalau umur panjang. Jom temgok bola malam ni 😉
Curahan rasa Ahmad Tarmizi @ ..Latest FB Ads Marketing Missing Chapter
Pasukan Pahang yang di terajui dan di didik Dollah Salleh seorang bekas penyerang international mampu mengecewakan pasakukan lawan di saat akhir.. walaupun pasukan Kelantan mempunyi kederat yang sama, saya ramal pasukan Pahang akan membawa pulan piala. Inn Shaa Allah.
Rasanya pahang boleh buat kejutan dalam perlawanan ni. Mungkin berakhir dengan sepakan penalti agaknya.
Curahan rasa Fadhil Husin @ ..Kat Mana Nak Tengok Final Piala Malaysia 2013?
rasanya perlawanan agak sengit…tapi of course Kelate menang 😀
Curahan rasa Shahrul @ ..Kalau Orang Dah Tak Suka
tentunya akan menjadi pertandingan yang menarik karena berada pada final piala malaysia ini
Curahan rasa Ferry @ ..Manfaat Tujuan Inisiasi Menyusu Dini (IMD)
PAHANG!! (>.<)
Majulah sukan untuk negara!
JDT pon makin meningkat naik. mungkin belum rezeki lagi.
Pasti i punya negeri klate yg i sokong. Gomo Klate Gomo. Saya ramal Klate menang 3-1 ke atas Pahang. Semoga kita dapat saksikan satu perlawanan yang sengit dan terhebat untuk tahun ini.
Curahan rasa Blogger Top Star @ ..Kelantan vs Pahang Final Piala Malaysia 2013
Nak tgk byk gol jer malam esok…tak sokong mana2 sebab Ganu dah out…hehehe
Curahan rasa hafizmd @ ..Kelantan vs Pahang,”Tok Gajah vs Pahlawan Merah”
sokong kelantan, mmg team tmpt kelahiran niii… harap game yang terbaek esok, kalah menang adat, yang pasti game tu biar best.. cam tahun lepas, hehe..
Curahan rasa Farzli @ ..This is Pantai Timur ! Kelantan vs Pahang 2013
Bagus..bagus..negeri Kleantan tempat kelahiran kita katakan. pasti sokong TRW..Bro ramal berapa skor…
Curahan rasa Blogger Top Star @ ..Kelantan vs Pahang Final Piala Malaysia 2013
Aku tak sokong mana2 pasukan. Pasukan pilihan aku dah kecundang. Cuma aku nak terhibur jer menonton perlawanan ini nanti. Walau kalah biar bermaruah…
Curahan rasa Arman @ ..Tetapkan Sasaran November Blog Anda
Moga satu perlawanan yg rancak kita boleh lihat pada Ahad ini 3 November 2013.
Curahan rasa Blogger Top Star @ ..Kelantan vs Pahang Final Piala Malaysia 2013
Comments are closed.