Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sebahagian pembaca pasti sudah membaca berita di website eQurban tentang mengambilan alihan pengurusan operasi eQurban Resources Sdn Bhd oleh Denaihati Network Sdn Bhd. Perubahan ini berlakukan atas kesempakatan bersama apabila operasi Al Ansar Health semakin besar keseluruh negara. Selain dari itu melangkah 2015 eQurban selaku peneraju Qurban dan Aqiqah Malaysia perlukan nafas baru untuk memberi khidmat yang lebih meluas kepada ummah seluruh alam.
Ini satu tugas yang sangat berat kepada semua team Denaihati bersama CEO eQurban yang baru iaitu Tuan Hj Masrukhin untuk memikul tanggungjawab dengan penuh amanah. Setiap sen yang masuk adalah amanah manusia dan amanah ALLAH yang perlu disempurnakan oleh kami untuk dilaksanakan. Pelaksana qurban dan aqiqah pasti mempunyai harapan yang sangat tinggi supaya ibadah yang ditanggungjawabkan dapat disempurnakan sebaik mungkin. Manakala penerima daging qurban dan aqiqah di Kemboja dan negara-negara miskin yang lain menanti dengan harapan untuk meringankan beban kedaifan hidup mereka.
Langkah pertama yang diambil adalah mengubahsuai pengurusan eQurban menggunakan sistem 100% online daripada tempahan hinggalah pemprosesan data untuk meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kesilapan. Borang tempahan secara online juga telah diubah suai untuk memudahkan membuat tempahan samada aqiqah atau qurban juga pilihan lokasi yang lebih banyak. Tempahan juga boleh dibuat secara offline dengan pergi terus ke pejabat di alamat yang disebut di website eQurban.
Selain daripada itu sistem affiliate juga dikemaskini dengan azam untuk membayar komisen setiap bulan bagi memberi motivasi kepada rakan niaga untuk terus mempromosi terutama untuk ibadah aqiqah. Cabaran dengan hadiah yang hebat juga akan disediakan kepada rakan niaga untuk meningkatkan tempahan dengan niat untuk membantu seramai mungkin ummah yang daif di Kemboja. Kepada rakan blogger yang sudah mendaftar sebagai rakan niaga masih boleh menggunakan link affiliate yang sama dan kepada yang belum apalagi jom daftar sekarang sebagai rakan niaga eQurban. Setiap bahagian yang berjaya anda dapat ada bahagian untuk satu keluarga miskin dan daif di Kemboja.
Kepada semua yang berhasrat buat qurban tahun ini jangan lupa kepada eQurban kerana setiap bahagian yang anda qurbankan tersebut akan diserahkan kepada keluarga yang sangat daif dan miskin di Kemboja. Kepada yang yang berhasrat buat aqiqah untuk anak-anak samada yang bakal lahir atau yang belum disempurnakan kenapa tidak memilih eQurban kerana aqiqah yang sempurna pasti akan memberi impak yang positif kepada anak-anak dan keturunan kita kelak.
Doakan semuga Denaihati Network Sdn Bhd dapat mengalas tanggungjawab yang berat dengan baik untuk kesejahteraan ummah seluruh alam. Tidak lupa ucapan ribuan terima kasih kepada semua team Al Ansar yang telah membawa eQurban sehingga dikenali ramai. Jasa kalian pasti ada ganjaran terbaik di sisi ALLAH.
106 Comments
Semoga lebih ramai join affiliate dan juga sertai program eQurban tahun ini.
Curahan rasa Malaysia Tercinta @ ..Jadual Siaran Langsung Liga Super 2015
Harap2 Ramai blogger yg ambil peluang utk buat extra income drp affiliate e-qurban nie..
Curahan rasa nadri mohd @ ..Program Qurban dan Aqiqah di Kemboja Bersama E-Qurban
Ini peluang blogger utk buat side income..hrp2 ramai yg turut ambil peluang..
Curahan rasa nadri mohd @ ..Program Qurban dan Aqiqah di Kemboja Bersama E-Qurban
Alhamdulillah, bertambah rezeki team Denai Hati. Dengan adanya program ibadah seumpama ini insya-Allah dapat mendekatkan lagi diri dengan Allah dan memberikan hak sesama manusia.
Curahan rasa Inspirasi Huda @ ..Pemeriksaan Berkala Semasa Mengandung (Pranatal)
tahniah denaihati n team 🙂 semoga terus sukses! lama dah tak baut promosi equrban kat blog ni. mungkin boleh lebih aktif lepas ni..hehehe
Curahan rasa eliss @ ..Beli Helmet Kanak-kanak LTD VTEC JUNIOR PINK @ Shah Alam
bagusnya program ni. Sebelum-sebelum ni sering juga buat akikah dan qurban di Vietnam
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..5 Tips Mudah Legakan Sakit Batuk dan Tekak Sebelum Ke Klinik
semoga makin banyak manfaat yg diperolehi drp perubahan baru ni..selamat berjaya Team Denaihati!
Curahan rasa JMR @ ..Taman Burung Kuala Lumpur
Moga ramai dapat libatkan diri menjayakan program eQurban pada masa yang mendatang….
Curahan rasa Sani Yunus @ ..Jangan Beli Senarai Produk Laku Keras dan Margin Tinggi!
Semoga tahun ini akan lebih banyak lagi orang yang mengambil bahagian dalam acara korban ini. Semoga dipermudahkan 🙂
Curahan rasa azimah mohd zainuddin @ ..Serikan Kulit Kusam Dengan Buah-Buahan
wah semakin rancak lah para sahabat afiliate yang akan mempromosikan program ibadah qurban dan aqiqah ini nanti,
Curahan rasa onlajer @ ..Ultras Malaya Harus Menabung Untuk Masa Hadapan
Semoga semakin banyak rakan blogger yang jadi rakan afiliasi equrban ini untuk lebih memberi rasa khidmat kepada saudara kita di kamboja dalam ber islam
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Kehidupan di Alam Kubur
Rakan2 blogger dr Indonesia juga blh ikut serta jadi rakan niaga e-qurban..tentu lumayan hasilnya…
Curahan rasa nadri mohd @ ..Program Qurban dan Aqiqah di Kemboja Bersama E-Qurban
di doakan agar pengurusan baru e-qurban diberi kemudahan utk melaksanakan amanah para peserta dengan jayanya..
Belum pernah lagi melaksanakan ibadah Qurban dan Aqiqah bersama Equrban.. Sebelum ini saya pernah juga suarakan hasrat ini kepada keluarga saya. Tapi keluarga saya lebih berminat untuk melaksanakan ibadah Qurban dan Aqiqah sendiri bersama penduduk kampung…
Curahan rasa Anuar @ ..Senarai Pemenang Contest SEO Jom Aktifkan Mykad
ohh..kiranya under pengurusan baru la sekarang ni ye.
semoga terus maju dan maju ye.
Curahan rasa ohcikgu @ ..Aliya RINDU ayah ye?
Semoga semakin ramai rakyat Malaysia yang melaksanakan Ibadah Qurban dan Aqiqah bersama eQurban..
Curahan rasa Anuar @ ..Senarai Pemenang Contest SEO Jom Aktifkan Mykad
semoga dengan pelancaran program equrban dapat meningkatkan lagi kadar sumbangan di masa hadapan.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Pilihan Kerjaya Selepas Keputusan SPM Diumumkan
Inilah salah satu projek tuan Denaihati yang selalu di sebut-sebut dalam facebook tu yer? Semoga projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya demi untuk memperkasakan ekonomi Ummah..
Disamping dapat menggalakkan umat Islam menyalurkan sebahagian harta untuk membantu umat Islam lain yang lebih memerlukan..
Curahan rasa Anuar @ ..Senarai Pemenang Contest SEO Jom Aktifkan Mykad
Moga tahun ni lebih ramai akan sertai program E-Qurban ini .. in Sha Allah.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Semakan Keputusan SPM 2014
Saya pun berharap begitu juga. Semakin banyak kita menderma, semakin dimurahkan rezeki kita..
Curahan rasa Anuar @ ..Senarai Pemenang Contest SEO Jom Aktifkan Mykad
sangat setuju dengan bro anuar, “Semakin banyak kita menderma, semakin dimurahkan rezeki kita”…
Curahan rasa puteraduyong @ ..Resepi Ketam Masak Cili Ringkas
Semoga dengan adanya pengambil alihan oleh Denaihati Network Sdn Bhd, eQurban bisa lebih berkembang dan maju demi membantu umat yang sangat membutuhkan bantuan. Jom kita dukung eQurban.
Curahan rasa Dawaihati @ ..UpToPromo Cara Lain Menghasilkan Uang dari Blog
Amin Ya Rabbal Alamin. Mudahan sokongan dr rakan niaga semua dapat memperhebatkan lagi eQurban dgn niat membantu saudara kita disana yg amat memerlukan.
Curahan rasa Denaihati @ ..10 Individu Terkaya Dunia 2015
Comments are closed.