Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, budget 2013 telah umumkan berbagai bantuan seperti BR1M, bonus untuk penjawat awam, bantuan pendidikan, boucar buku, rebet smartphone dan sebagainya hanya bantuan sementara. Harga barang pasti akan terus naik dengan pergolakan ekonomi dunia yang tak nampak bila akan berakhir. Jadi mulai sekarang kita hanya ada dua pilihan iaitu bagaimana nak tambah income sampingan atau mengurangkan belanja ikut kemampuan.
Ada pulak yang risau nak simpan emas fizikal. Bahaya tu nak simpan emas fizikal banyak-banyak kat rumah mana tahu jadi macam aku rumah kena pecah …. pasti putih mata tengok emas kena rampok. Ada caranya nak melabur dengan emas fizikal ni … macam mana caranya tu kenalah belajar. Agak-agak kalau Denaihati Network buat training pelaburan emas ada ke yang minat nak join?
Ramai juga yang bertanya pelaburan emas online seperti ECMC, RGCX dan VGMC. Jawapan aku, syarikat tersebut adalah syarikat tidak berlesen dan tidak dalam kawalan Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Biasalah kawan-kawan akan datang cakap ini bagus itu hebat tapi akhirnya duit kita punya buat keputusan yang betul. Berani buat berani tanggung risiko jangan pulak kalau dah bermasalah akan menyalahkan orang lain.
Dalam pelaburan kita mesti bijak mengukur kemampuan diri sendiri jangan melabur melebih keupayaan kerana semua pelaburan ada risikonya. Banyak syarikat gergasi di Amerika pun boleh tutup setelah dilanda tsunami ekonomi inikan pulak syarikat yang biasa-biasa … tapi jangan pulak lansung tak melabur kerana terlalu takut dengan risiko.
Hidup ini pun penuh dengan risiko bukan sahaja pelaburan.
Emas pelaburan bijak yang perlukan ilmu. Jadi jangan berhenti mencari ilmu.
Joom tengok harga emas terkini
Prinsip pelaburan emas mudah je beli masa harga murah dan jual bila harga mahal. Blogger ini dah buat duit dengan emas fizikal. Kepada yang minat property boleh tanyan Blogger ini dan kepada yang minat jual beli saham boleh tanya Blogger ini. Apa pun bidang tak kisah janji RAJIN jangan MALAS tapi mengeloh dan salahkan orang sana sini … memanglah orang tak suka.
102 Comments
semua perkara yang kita laku kan kena ada ilmu… jangan sekadar mengikut tak tentu pasal.. emas bagus dalam menjaga keselamatan nilai matawang kuasa beli kita sendiri..
Curahan rasa hisham @ ..Nuffnang Penipu Besar?
Yang lebih senang menyimpan emas sepertinya adalah kaum Hawa
Curahan rasa Kompilasi Pena @ ..Makanan Pendamping ASI MPASI
tetapi mungkin juga ada diantara kaum Adam yang menyimpan emas pula
Curahan rasa Kompilasi Pena @ ..Makanan Pendamping ASI MPASI
emas cocok untuk invest jangka panjang
salam dari Obat Kuat dan Obat
Perkasa
Nak simpan emas jugak la =)
Curahan rasa anastasyea @ ..5 Tips Hebat Jana Pendapatan Dari BE Nuffnang
wah ilmiah, thumbs up…. nak juga join kalau denaihati network buat seminar pelaburan emas dan perak
Curahan rasa azriMy @ ..Nuffnang Kena Hack
Rasanya lebih elok beli emas daripada sumber yang sah dan tidak diragui.
Curahan rasa akubiomed @ ..Wordless Wednesday – # Sumber inspirasi
Harus berhati-hati pula bila hendak melabur emas
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Pengobatan Antibiotik
Kalau tidak berhati-hati bukannya keuntungan yang didapatkan malahan justru kebalikannya yaitu kerugian yang didapat
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Pengobatan Antibiotik
Benar kata Bro Denaihati, harus bijak, berhati-hati serta juga mempunyai ilmu yang cukup mengenai pelaburan emas ini
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Pengobatan Antibiotik
ya tentu ramai orang teruja untuk membeli emas…tapi jangan sampai tertipu sudahlah….semak dulu syarikat yang buat promosi emas tu sebelum menyertainya..
hehe… memang kena berani ambil resiko.. tapi dlm hati memang ada rasa takut juga.. bukan sikit melabur.. 🙂
Curahan rasa CMRatu @ ..Sunset di Teluk Bayu
teringin nak menceburi semua jenis pelaburan… tp kene slow2 ikut kemampuan….
mmg slow betul la kalau ikut kemampuan skrg…hehe
Curahan rasa Nadot @ ..P1 MiFi Walaupun Oren, Tetap Laju
ilmu sangat2 penting dan membantu dalam membuat tindakan tak kira dalam perniagaan, pekerjaan ataupun hidup seharian…. akak sentiasa belajar tentang sesuatu yang baru
Curahan rasa sweetkurma @ ..wanita berkuasa, ego atau tegas…?
Semua pelaburan ada risiko sama ada risiko kecil atau risiko besar, kena kenal pasti matlamat pelaburan yang anda buat, tapi kebanyakkan antara kita nak cepat dapat untung maka kena tanggung risiko besar, dalam dunia ini mana cara dapat untung besar dalam sekelip mata, kebanyakkannya semua nak tipu je..fikir-fikirlah….
Curahan rasa keretahitam @ ..Kepuasan Diri Perangkap Diri!
Terima Kasih di atas perkongsian ini,kepada yang berminat dengan pelaburan emas,atau apa saja jenis pelaburan,seperti yang di sarankan,tambah ilmu terlebih dahulu,buat kajian baru bertindak,ingat jangan bertindak terburu-buru dan jangan mudah termakan janji manis pihak tertentu.
Curahan rasa ikmalizwan @ ..Review eBook 37 Teknik Hapuskan Writer Block
Betul tu.. Saya setuju.. Nak bejaya dalam semua perkara terutamanya dalam bidang pelaburan kita perlukan ilmu.. 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Doakan Kejayaan Para Pelajar Saya..
Apa-apa jenis dagangan sekarang, perlu lebih berhati-hati. Kalau dah nak untung tu, berlambak syarikat tumbuh macam cendawan, tak kira secara online atau off-line. Sebagai pelabur, kena dapatkan second opinion dari pihak yang bewajib. Gunakan kewarasan dan pengetahuan sebelum terjebak.
Curahan rasa ismailrich @ ..Income dari blog SK Abang Aing.
Comments are closed.