Emas pelaburan bijak yang perlukan ilmu

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, budget 2013 telah umumkan berbagai bantuan seperti BR1M, bonus untuk penjawat awam, bantuan pendidikan, boucar buku, rebet smartphone dan sebagainya hanya bantuan sementara. Harga barang pasti akan terus naik dengan pergolakan ekonomi dunia yang tak nampak bila akan berakhir. Jadi mulai sekarang kita hanya ada dua pilihan iaitu bagaimana nak tambah income sampingan atau mengurangkan belanja ikut kemampuan.

Klik untuk tahu RAHSIA buat duit dengan EMAS
Salah satu cara meningkatkan pendapatan seperti yang aku tuliskan dalam entri “Emas Dan Perak sumber income menampung kenaikan harga barang“. Cuma ramai yang salah fikir kalau nak melabur emas mesti perlukan modal yang banyak. Aku tertarik dengan satu komen yang katanya kawan dia beli sebentuk cincin emas belah rotan setiap kali gaji dan sekarang ada segenggam. Memanglah bijak kawan ini, harga cincin belah rotan lebih murah dari jongkong emas … kalau sebulan sebentuk makanya setahun dah ada dua belas betuk cincin belah rotan. Harga emas purata meningkat 15-20% setahun jadi nilai cincin belah rotan kawan ini juga akan meningkat. Bila perlukan duit kawan ini boleh jual atau gadaikan di Ar Rahnu mengikut keperluan.

Ada pulak yang risau nak simpan emas fizikal. Bahaya tu nak simpan emas fizikal banyak-banyak kat rumah mana tahu jadi macam aku rumah kena pecah …. pasti putih mata tengok emas kena rampok. Ada caranya nak melabur dengan emas fizikal ni … macam mana caranya tu kenalah belajar. Agak-agak kalau Denaihati Network buat training pelaburan emas ada ke yang minat nak join?

Nak melabur emas ini pun kena hati-hati. Tengok apa jadi pada Syarikat pelaburan emas Genneva Malaysia Sdn Bhd yang telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia (BNM) kerana tak mematuhi peraturan perniagaan Malaysia yang juga termasuk dalam 77 syarikat pelaburan tidak sah. Beberapa bulan lepas ada kawan ajak aku join Genneva Sdn Bhd tapi aku memang tak nak join sebab syarikat yang berdaftar di Malaysia kalau bagi return bulanan tak kiralah berapa peratus pasti suatu hari akan kena serbu dengan BNM. Lagi satu Genneva ni macam cekek darah sebab jual jongkong emas pada harga sangat mahal berbanding pasaran dan beli balik pada harga yang sangat rendah.

Senarai Syarikat pelaburan tak sah di Malaysia

Ramai juga yang bertanya pelaburan emas online seperti ECMC, RGCX dan VGMC. Jawapan aku, syarikat tersebut adalah syarikat tidak berlesen dan tidak dalam kawalan Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Biasalah kawan-kawan akan datang cakap ini bagus itu hebat tapi akhirnya duit kita punya buat keputusan yang betul. Berani buat berani tanggung risiko jangan pulak kalau dah bermasalah akan menyalahkan orang lain.

Dalam pelaburan kita mesti bijak mengukur kemampuan diri sendiri jangan melabur melebih keupayaan kerana semua pelaburan ada risikonya. Banyak syarikat gergasi di Amerika pun boleh tutup setelah dilanda tsunami ekonomi inikan pulak syarikat yang biasa-biasa … tapi jangan pulak lansung tak melabur kerana terlalu takut dengan risiko.

Hidup ini pun penuh dengan risiko bukan sahaja pelaburan.

Emas pelaburan bijak yang perlukan ilmu. Jadi jangan berhenti mencari ilmu.

Joom tengok harga emas terkini

Prinsip pelaburan emas mudah je beli masa harga murah dan jual bila harga mahal. Blogger ini dah buat duit dengan emas fizikal. Kepada yang minat property boleh tanyan Blogger ini dan kepada yang minat jual beli saham boleh tanya Blogger ini. Apa pun bidang tak kisah janji RAJIN jangan MALAS tapi mengeloh dan salahkan orang sana sini … memanglah orang tak suka.


Spread the love

102 Comments

  1. Pelaburan emas ini agak berlainan dari saham dan hartanah. Ia memerlukan ilmu dan banyak kesabaran. Konsep beli masa murah dan jual masa mahal tu yang penting.
    Curahan rasa Rem @ ..Wordless WednesdayMy Profile

  2. Seperkara lagi… pelaburan sebegini hukumnya RIBA… untung lebih 100% RIBA… untuk detail rujuk ulama2, ustaz2… saya x mahu suruh rujuk website…

  3. Salam Wbt, saya pernah bekerja di salah satu bank selama 10 tahun. Kini dah 15 tahun berniaga sendiri. Dari dulu lagi org kita ni suka carri keuntungan cepat dah malas berusaha. Apa juga pelaburan yg profitnya berlipat ganda atau =- lebih 3% – 4% sebulan maka hati2lah.

    Kwn baik saya sertai VGMC kira2 2 bln sudah. Saya tegur dan nasihat.
    Marah betul dia… katanya ini le org melayu dengki tengok org melayu nak senang. Lagi pun ini ketentuan Allah katanya lagi. Kwn saya ni warak sgt. Tapi ujian Allah bab ppuan dgn duit… haus akhirnya. Dia labur 20k. Bln2 terima 2k++. Bila saya tegur mggu lepas jkali kedua… saya disindir dengki tgk dia senang. Dia dah x percaya saya yg dikenali lebih 10 thn. Agen dia baru dikenali 2 bln ++ yg saya tgk iras2 muka penipu disanjung dan lambung. Smlm kwn saya dpt tahu Geneva kena serbu. Dia tanya saya… Saya kata dah ‘ketentuan Allah’ dan agen dia penipu sbb kata ada kelulusan bnm dan berlandas syariah perniagaan VGMC. Buat apa rujuk dgn org yg dengki melayu nak jadi kaya. Kata kwn saya ini semua sbb nak pilihanraya… kerajaan nak guna duit sbb tu rampas duit pelabur… saya dah agak agen punya reason mesti ala2 gini… Moralnya, sbb duit IMAN dgn KWN pun boleh LUPUS… wallahualam… kita share lah sama2 story ni…

  4. Ada tengok kawan2 melabur dalam VGMC, dah hampir2 nak terpengaruh tapi asben melarang sebab katanya syarikat tu tak berdaftar dengan SSM so high risk, memang untung banyak dan fix setiap bulan, tapi ada yang terjadi kena berani tanggung la kan 😉
    Curahan rasa Myra Jay @ ..Top Komen bulan Aug – Sept 2012My Profile

  5. Setuju membuat pelaburan emas sangat menguntungkan 😉

    Macam asben memng simpan emas fizikal dan ada yg gadai di Ar Rahnu untuk dijadikan modal membeli emas baru.
    Margin keuntungan walau tak banyak tapi tetap berharga dan berbaloi
    Curahan rasa Myra Jay @ ..Top Komen bulan Aug – Sept 2012My Profile

  6. orang kita memang suka dengan pelaburan yang ada pulangan tiap bulan.. macam2 skim pelaburan yang ada sebelum ni..semua dah diserbu.. ingatlah takde cara yang mudah untuk dapat wang banyak.. kena ada usaha bersungguh-sungguh..
    Curahan rasa fandyzblog @ ..Tips Keselamatan RumahMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!