Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dah ramai yang mencari iPhone 5. Terima kasihlah pada sahabat aku yang sudi hadiahkan iPhone 5 … jasa mu tak akan ku lupakan. Aku tertanya-tanya dari mana sahabat aku ni dapat iPhone 5 yang hanya khabarnya akan dilancarkan oleh Apple Malaysia akhir Oktober. Setelah ditelik-telik rupanya sahabat aku dapat iPhone 5 Hong Kong.
Baru-baru ni terbaca perbincangan di Fanpage Amanz Network :
Pertanyaan : Adakah iPhone 5 yang dibeli diluar boleh digunakan bersama-sama rangkaian LTE yang bakal diperkenalkan. Spektrum LTE Malaysia adalah 2600mHz, sementara pada iPhone 5 luar sekarang 1,800mHz, 2,100 mHz. Harap anda dapat membantu.
Antara jawaban yang menarik :
1. Shibli Nuqman : Ada kawan dalam Maxis bagitau diorang punya LTE akan launch in a few months dan support 1800GHz. So it will be compatible with iPhone 5
2. Izzat Aziz : tak leh rasanya kata Singapura pun dia guna 1800mhz, dengan 2600mh, tempat yang 1800mhz adalah line, kalau tak 3G jelah.
Ini satu pemasalahn yang susah nak jawab melainkan wakil syarikat MAXIS, DiGi dan CELCOM yang jawab. Yang pasti bermula 26/9/2012 DiGi sudah mula mengeluarkan nano-SIM. Itu yang aku cepat-cepat minta bantuan di DiGi center untuk potongkan sim kad DiGi jadi nano-SIM. Nak potong sendiri memang tak berani takut tersalah potong tapi kalau DiGi yang potong kalau tersalah boleh terus ganti kad baru. Apalagi kena cekik darah dengan DiGi Center potong nano-SIM kena bayar RM30. Apa nak buat terpaksa bayarlah kalau tak mana nak merasa guna iPhone 5.
Alhamdulillah setelah masukkan nano-SIM ke iPhone 5 Hong Kong line DiGi 3G meluncur laju.
Selepas tu aku cuba pulak kat iPhone 5 Singapore nampaknya line DiGi 3G juga meluncur laju. iPhone 5 16GB Singapore aku beli di Kluang, Johor dengan harga RM3299. Bukan untuk aku tapi tapi untuk adik yang dah bagi duit minta tolong belikan iPhone 5 tak kira dari mana. Aku pun kurang pasti samada harga iPhone 5 ini lebih murah daripada yang di jual di Kuala Lumpur.
Aku cuba pulak iPhone 5 Hong Kong dan iPhone 5 Singapore dengan P1 MiFi yang katanya guna line 4G. iPhone 5 Hong Kong tak berjaya disambung dengan P1 MiFi tapi iPhone 5 Singapore meluncur laju boleh melayari internet. Tak rugilah P1 MiFi sponsor aku guna gadget dan service yang boleh aku test dengan iPhone 5 ni. Apa kata P1 MiFi bagi aku guna lebih lama lagi heee.
Daripada perbandingan ini nampaknya iPhone 5 Singapore lebih baik sebab boleh connect dengan line 3G dan 4G …. jadi kalau ada kawan-kawan nak beli iPhone dari luar kena check asal usulnya. Tapi lah dengarnya kat KL ni banyak stok datang dari Hong Kong.
Yang menjadi persoalan sekarang bolehkah iPhone Malaysia menggunakan khidmat LTE versi Malaysia seperti iPhone USA??
Logik akalnya pasti syarikat telco Malaysia akan buat sesuatu supaya pengguna iPhone Malaysia dapat menikmati perkhidmatan LTE yang lebih pantas dari 3G.
Kita tunggukan pengumuman dari MAXIS, DiGi dan CELCOM. Kepada belia yang layak dapat rebet RM200 smartphone budget 2013 boleh lah tunggu sampai iPhone 5 dilancarkan di Malaysia.
Jom kita saksikan video iPhone 5 Torture Test.
172 Comments
Yang memenangkan kontes iPhone 5 tentunya sudah merasakan akan hal ini
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Kandungan Manfaat Kolostrum ASI
iPhone 5 smartphone yang sangat ditunggu-tunggu…
Curahan rasa blog pendidikan @ ..Download Sofware Belajar Matematika Untuk SD
ooo..rupanya ada beza juga bila pengeluarnya berbeza…
kalau nak benar2 tau, kena beli satu…hehehe
Curahan rasa hafizmd @ ..iPhone 5 Gadget Impian
iPhone 5 Malaysia, perdana. melalui contes iPhone 5 Gadget Impian
ada perbezaan yang ketara yer antara kedua-dua iPhone 5 ini. Tapi apa2 pon bestnya kalau dapat memiliki telefon pintar iPhone 5 yang canggih ni
Curahan rasa Mummy Akmar @ ..iPhone 5 Gadget Impian
Mmg best Mummy Akmar! Tak sabor rase…hehe
Curahan rasa hafizmd @ ..iPhone 5 Gadget Impian
Comments are closed.