Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, menjelang pembentangan budget 2013 semakin ramai rakyat mengeloh dengan kenaikan harga barang yang menghimpit kehidupan. Ini pendapat peribadi walaupun siapa yang memerintah harga barang tidak akan dapat diturunkan seperti dahulu walaupun apa sahaja janji pilihanraya. Harga barang terutama harga komuditi ditentukan oleh pasaran dunia jadi kalau harga dipasaran dunia naik macam mana pulak harga di Malaysia nak diturunkan. Ada satu cara je boleh menurunkan harga iaitu SUBSIDI tetapi kalau dah semua subsidi pasti ekonomi negara akan runtuh melainkan kita menggunakan 100% sistem ekonomi Islam.
Apa kata kita tukar strategi daripada asyik memikirkan dan mengharapkan harga barang turun yang entahkan bila … mulai dari sekarang kita fikirkan bagaimana untuk meningkatkan pendapatan. Sampai bila kita nak menadah tangan meminta simpati dengan janji-janji orang politik … kita mesti bangun membina ekonomi keluarga yang juga boleh dimanafaatkan kepada yang memerlukan seperti konsep Hidupkan Untuk Memberi.
Ramai yang sudah mencipta pendapatan secara online seperti Blogger ini dan Blogger ini. Apabila pendapatan sudah masuk pasti kelohan akan berkurangan kerana kebebasan kewangan dapat membantu ekonomi keluarga dan dapat menyumbang kepada insan lain untuk menambah keberkatan rezeki.
Selain mencari pendapatan tambahan secara online ramai juga yang menceburi bidang jual beli emas dan perak. Lihat sahaja harga emas terkini yang terus melonjak naik purata 20% setahun. Untuk menceburi bidang jual beli emas dan perak bukan perlu tunggu modal juta-juta, tak percaya tanya Blogger ini yang memang dah buat duit dengan pelaburan emas fizikal.
Ramai juga tanya macam mana nak melabur dalam emas dan perak ni. Ada bermacam-macam cara :
1. Buka akaun emas di bank-bank tempatan.
2. Simpan emas fizikal bila harga naik jual balik.
3. Trade saham emas beli ketika harga rendah dan jual bila harga naik. Kebanyakan syarikat luar negara yang sediakan perkhidmatan ini.
Aku lebih suka simpan emas fizikal. Tapi ada juga masalahnya. Kalau dulu ramai yang beli jongkong emas kemudian simpan di Ar Rahnu Bank Rakyat dan Agro Bank tapi sekarang dah tak boleh. Ramai yang tersangkut tak tahu nak buat apa. Masa ini lah jerung-jerung emas ambil kesempatan dengan membeli gold bar pada harga yang rendah … kesian kepada yang terkena. Ada pulak yang membiarkan sehingga dilelong oleh Ar Rahnu. Kepada yang ada gold bar melebihi 100 gm bolehlah DM sebab ada kawan ni boleh ganti setiap gold bar kepada barang kemas dengan fee tertentu ikut berat.
Satu lagi masalah kalau nak simpan gold bar nak beli brand apa? Ini pandangan peribadi aku jangan pulak ada yang melompat marah heeee. Emas ini seperti matawang yang sepatutnya boleh digunakan dimana-mana di dunia apabila diperlukan. Ramai jemaah haji dari berbagai negara membawa emas dan perak untuk ditukarkan kepada Saudi Riyal di Money Changer di Mekah dan Madinah. Soalnya bolehkah jongkong emas dan perak tempatan ditukar di luar negara? Masalahnya di Malaysia jongkong emas dan perak keluaran syarikat XXX tidak diterima di syarikat YYY inikan pulak nak bawa keluar negara. Kalau kita beli jongkong emas dan perak di syarikat XXX makanya kita hanya boleh jual balik hanya ke syarikat XXX dan selalunya harga beli balik memanglah rendah. Sepertinya kita terperangkap dengan sistem syarikat tersebut.
Untuk itu aku lebih suka menyimpan gold bar dan silver bar brand antarabangsa yang diterima diseluruh dunia tanpa dipersoalkan ketulenan emas dan perak tersebut.
Kepada yang modal kecil boleh beli emas secara kecilan atau boleh juga simpan perak. Harga perak terkini pun boleh tahan terjangkau.
Sekarang aku tengah survey harga terkini platinum katanya akan jadi next trend juga.
Jadi ini semua sebahagian cara menambah pendapatan …. mulakan dari sekarang … sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Semua Jutawan bermula dari seorang yang biasa. Entri Tips Menjadi Jutawan mungkin boleh memberi sedikit panduan pada kita semua. Selepas ini dah tak perlu mengeloh harga barang mahal dan tunggu pembentangan budget untuk dapat bonus sebaliknya kita sudah bebas dari belenggu himpitan kewangan dah tu pulak boleh membantu insan lain.
123 Comments
betul tu, masa ramai member yg nak naik haji, dia orang duit tabung sebentar labur beli emas, dekat nak pergi haji jual semula emas tersebut. Memang menguntungkan 🙂
Curahan rasa auc @ ..Felda United vs Kelantan | Piala Malaysia 2012 | Suku Akhir Pertama | Keputusan Terkini
orang skrg perlu berusaha menambah pendapatan sendiri, bukan hanya bergantung kpd kerajaan semata-mata..
Curahan rasa poruman @ ..Lelaki didenda RM28,000 kerana mencabul sofa
kalau tak silap, harga perak akan naik mendadak beratus malah beribu percent disebabkan sumber perak makin habis.. ni kalau tak silap..
Curahan rasa boni kacak @ ..Isu Duck Face Bertambah Hangat
Emas dan perak sememangnya amat bernilai dulu, kini dan selamanya.
better beli barang kemas..walaupun rugi sedikit ttg kos upah dan lain2 cas..tp sng nk pajak time2 nk beli barang menggntikan kad kredit..interest pon x dak..bayar bulan utk tebus emas tu jer….hehe
Curahan rasa Jebeng Otai™ @ ..JebengOtai.com : Impian Dan Perlaksanaan
suka tengok org simpan emas..haha..teringin pula rasanya..Insyallah..akan cuba menyimpan.. 🙂
Curahan rasa dzuandiey @ ..Gambar Bogel Ubat Sakit Jantung
memang emas yang dibeli di arab saudi lebih bermutu dari beli kat malaysia. tak tahu kenapa, emas kat malaysia ni mudah lentur, emas kat sana lebih keras….
Emas yg tulen sifatnya lembut kalau emas keras tu bulan emas 999 tapi campurannya lebih … Seperti emas 916 n sebagainya. Kena belajar sifat emas tulen tu.
betul tu DH..dah cuba nilai tahap fizikal 999 dengan 916..berbeza..hehe..
Curahan rasa dzuandiey @ ..Gambar Bogel Ubat Sakit Jantung
setuju. emas tulen sifatnya lembut..
Curahan rasa boni kacak @ ..Isu Duck Face Bertambah Hangat
Bro lagi satu kalau meniaga karung guni tembaga pun boleh tahan juga harga dia hehe
Curahan rasa onlajer @ ..Biskut Bijan
haaa…boleh juga ek…nak cuba..
Curahan rasa dzuandiey @ ..Gambar Bogel Ubat Sakit Jantung
ha ah aku pun pelik apa emas yang kita beli di arab saudi tu tak sama ke dengan emas yang kita beli di malaysia, geram pasal apa bila kita nak tred in dengan emas yang lain dia boleh nak beli barangan kita dengan harga yang murah.
Curahan rasa onlajer @ ..Biskut Bijan
Perancangan untuk meningkatkan lagi simpanan emas memang ada.
Harap menjadi la perancangan saya supaya dapat maintainkan ekonomi family saya 😀
Curahan rasa hafidz @ ..Video: Monoloque feat. Adira & Hazama – Juwita (Mana Hilangnya?)
aaamiiinn…sama-sama melabur untuk masa depan kan.. 🙂
Curahan rasa dzuandiey @ ..Gambar Bogel Ubat Sakit Jantung
Bagus banget Brad,perlu di pelajari.Tapi sedikit kurang faham sama bahasa malaysia.Salam sukses.
artikel yang bagus sob
Curahan rasa sewa mobil di surabaya @ ..Mobil ‘Compact’, Keren Juga!
Walaupun keuntungannya berlipat ganda satu masa dahulu, namun hanya beberapa golongan sahaja yang mampu untuk berniaga emas dan perak.
Curahan rasa abangkhai @ ..Video kisah hamba mendermakan hati
semua orang mampu tetapi ramai yg tak ada ilmu atau tak tahu potensi emas dan perak
Ya betul! setiap perniagaan harus mempunyai ilmu..
Curahan rasa abangkhai @ ..Tidak bekerja tetapi bekerjaya..
kena pergi dengar talk pasal emas ni..baru terbuka minda..kan DH?.. 🙂
Curahan rasa dzuandiey @ ..Gambar Bogel Ubat Sakit Jantung
fuhhh entry yg sgt beri motivasi utk sha take an action…now!
Curahan rasa sha @ ..Abah masuk hospital
Yup.. tak rugi simpan emas + perak. Tembaga juga bagus untuk
pelaburan..
Curahan rasa nurmisnan @ ..Blog u dah boleh tukar ke domain sendiri
Comments are closed.