Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku baru menerima email dari PM DS Najib Razak yang nak aku kongsikan dengan teman-teman. Aku dapat email ini kerana aku adalah salah seorang blogger yang terpilih dalam program Minum petang 1Malaysia yang telah diadakan tahun 2010. Semuga email ini akan memberi peluang kepada teman yang untuk bertemu dengan PM.
Saudara,
Anda menerima e-mel ini bersama-sama lebih kurang 300 lagi rakan online saya yang saya raikan dalam Majlis Minum Petang 1Malaysia pada 13 Mac 2010 yang lalu. Disini ingin saya sampaikan kepada anda semua mengenai satu lagi peluang yang sangat menarik, yang akan dilaksanakan pada tahun ini.
Baru-baru ini saya telah memuat naik satu blog yang mengajak semua rakyat Malaysia untuk bertemu saya di kawasan tempat tinggal mereka. Sebagaimana yang anda sedia maklum, tanggungjawab saya sebagai Perdana Menteri termasuklah berjumpa anda semua dan cuba menyelesaikan isu-isu setempat di komuniti anda.
Kini saya memanjangkan peluang yang eksklusif ini kepada rakan-rakan online saya untuk berjumpa dalam satu pertemuan yang istimewa di kawasan kediaman anda. Gunakan peluang yang eksklusif ini untuk berjumpa dan mengenali saya dengan lebih dekat lagi. Maklumat lanjut boleh didapati dalam blog saya disini.
Sila daftarkan maklumat peribadi anda di borang ini. Sekiranya anda telah mendaftar, sila abaikan e-mel ini.
Ajak seramai mungkin rakan-rakan dan ahli keluarga anda untuk turut mendaftar supaya mereka juga dapat mengalami peluang ini bersama-sama. Oh ya, seperkara lagi, pastikan anda menyimpan [email protected], [email protected] dan [email protected] ke dalam senarai hubungan e-mel anda bagi mengelakkan notis dan e-mel penting daripada laman web saya dihantar ke dalam fail spam.
Saya amat menanti-nantikan pertemuan dengan anda semua, kali ini melalui kunjungan saya pula.
Najib Razak
41 Comments
wah dikau hebat yua, miz salut
wah
kalau bro jumpa PM cakap dekat dia kurangkan harga minyak dan jangan ambil pendatang asing terlalu banyak
P/S : Bersama Hans di Restoran Keluarga Anda – Yankies Hut
Curahan rasa hans @ ..Contest Dari Proton! Menangi Hadiah Percutian Ke Monte Carlo Monaco!
Kalau perkara pendatang asing tu.. memang setuju sangat..
wahh bestnya dapat email dari PM..
Curahan rasa eiman @ ..Kenapa Wanita Islam Pakai Tudung
wau..bestnya..
Curahan rasa aizuddin @ ..Chat Dengan Rakan Facebook Dengan Facebook Discovery
bangga!
Siapa la yang tidak bangga kalau dapat feedback dari PM kita sendiri.. rasa macam diri ni dihargai..
Kalau DenaiHati jumpa PM cakap GreenLava kirim salam 🙂
Bisik kat PM, kata nak tambah pendapatan rakyat, tapi belum ape ape harga barang dah naik, dan naik dan….
Curahan rasa GreenLava @ ..How to Make Your Writing More Interesting
Bro jangan risau entri ni pun Najib baca sebab setiap kali retweet pasti sampai kat tweet PM juga. Pasti DS baca komen bro ni.
Wa.. lagi hebat kalau macam tu.. tweet sampai ke meja PM?
Curahan rasa Steward John @ ..Kuching Trip- Day 2 Shopping
bagus juga inisiatif PM kita ini. Down to Earth.
Curahan rasa mas @ ..The Memories still remain
Susah nak dapat PM macam dia.. kan bagus kalau dia buat sesi dekat Sabah dan Sarawak. senang blogger dekat sini nak mesra dengan PM
mantap! cemburu pula kerana belum mendapat peluang seperti kamu. harus berbangga kerana bukan semua orang dapat peluang yang sama.
Curahan rasa megat @ ..Terima kasih PPAD Muar
bestnye dapat jumpe PM. haha… aku tadek peluang lagi kot. keke
Curahan rasa Kreuger @ ..Look whose talking now
bro terus minum petang kat rumah dia.. Tapi dengan Datin Rosmah je la.. (tue pun time meeting je T-T)
Curahan rasa Bro Framestone @ ..Terima Kasih Google!! Kerna Kau Tidak Menipu Dunia
bro pun dasat juga..blogger2 ni dasat belka..saya je lum dasat
Curahan rasa zuriey @ ..Review Movie- Damping Malam
Merendah diri pulak Zuriey ni.. rasanya blog Zuriey pun dikenali juga kan
minum petang dengan PM? nak gak…hehe
Curahan rasa Mohd Isa @ ..Teruja Dengan Daum PotPlayer!
Sebuah kebanggan tersendiri bisa bertemu langsung dengan Perdana Menteri
Curahan rasa Bang Iwan @ ..BSNP Mulai Sosialisasikan Pelaksanaan Ujian Nasional 2011
wah memang hebat ya bang bisa bertemu langsung dengan PM dalam sebuah Jamuan
Curahan rasa smp3lembang @ ..Attract Your Twitter followers to read your blog
Memang bertuah sangat kalau dapat peluang macma tu kan
Itu sudah pasti.. bila lagi nak minum semeja dengan dia.. kira bertuah dah blogger dapat peluang macam tu
wah~ ! bestlah bro denaihati…cayalah sini..
entah bilalah gamaknya boleh jadi famous macam ni yea?
Curahan rasa Pendekar @ ..Biasiswa KPM Tawaran Biasiswa KPM Biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia 2011
Bro.. rasanya blog bro pun dah dikenali ni..
sesi beramah mesra PM dan rakyat..boleh tahan gak ni
Curahan rasa zuriey @ ..Review Movie- Damping Malam
Rasanya dah masuk kali kedua ni.. hari tu ada juga bro DH bagitau dekat entrinya.. PM memperlawa blogger untuk jamuan makan malam
Comments are closed.