Email dari PM DS @Najibrazak

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku baru menerima email dari PM DS Najib Razak yang nak aku kongsikan dengan teman-teman. Aku dapat email ini kerana aku adalah salah seorang blogger yang terpilih dalam program Minum petang 1Malaysia yang telah diadakan tahun 2010. Semuga email ini akan memberi peluang kepada teman yang untuk bertemu dengan PM.

Perdana Menteri DS Najib mengumuman senarai baru kabinet 2015
Perdana Menteri DS Najib mengumuman senarai baru kabinet 2015

Saudara,

Anda menerima e-mel ini bersama-sama lebih kurang 300 lagi rakan online saya yang saya raikan dalam Majlis Minum Petang 1Malaysia pada 13 Mac 2010 yang lalu. Disini ingin saya sampaikan kepada anda semua mengenai satu lagi peluang yang sangat menarik, yang akan dilaksanakan pada tahun ini.

Baru-baru ini saya telah memuat naik satu blog yang mengajak semua rakyat Malaysia untuk bertemu saya di kawasan tempat tinggal mereka. Sebagaimana yang anda sedia maklum, tanggungjawab saya sebagai Perdana Menteri termasuklah berjumpa anda semua dan cuba menyelesaikan isu-isu setempat di komuniti anda.

Kini saya memanjangkan peluang yang eksklusif ini kepada rakan-rakan online saya untuk berjumpa dalam satu pertemuan yang istimewa di kawasan kediaman anda. Gunakan peluang yang eksklusif ini untuk berjumpa dan mengenali saya dengan lebih dekat lagi. Maklumat lanjut boleh didapati dalam blog saya disini.

Sila daftarkan maklumat peribadi anda di borang ini. Sekiranya anda telah mendaftar, sila abaikan e-mel ini.

Ajak seramai mungkin rakan-rakan dan ahli keluarga anda untuk turut mendaftar supaya mereka juga dapat mengalami peluang ini bersama-sama. Oh ya, seperkara lagi, pastikan anda menyimpan najib@1malaysia.com.my, admin@1malaysia.com.my dan press@1malaysia.com.my ke dalam senarai hubungan e-mel anda bagi mengelakkan notis dan e-mel penting daripada laman web saya dihantar ke dalam fail spam.

Saya amat menanti-nantikan pertemuan dengan anda semua, kali ini melalui kunjungan saya pula.

Najib Razak

41 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!