Tepat jam 10.11 pagi Jawatan Perdana Menteri, Malaysia sah berpindah tangan dari Tun Abdullah Badawi kepada Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak. Ucapan TAHNIAH kepada PM baru dan TERIMA KASIH kepada Pak Lah.
Inilah ketentuan Allah kerana hanya DIA sahaja yang menentukan kerajaan di dunia ini. Allah jugalah yang memilih sesiapa juga yang DIA ingini untuk memerintah sesebuah kerajaan. Dan janji Allah setiap kejadian itu pasti ada sebab dan hikmahnya cuma kita manusia yang tidak dapat melihat. Tun Mahathir sering mengatakan bahawa beliau telah tersalah pilih Pak Lah untuk mengantikannya. Bagi aku siapalah Mahathir kerana sesunggunnya yang mengilhamkan beliau tiada lain Yang Maha Berkuasa ALLAH SWT pasti untuk sebab-sebab tertentu.
Begitu juga dengan Najib yang akhirnya dilantik menjadi PM ke 6 adalah atas kehendak ALLAH juga bukan hanya sekadar kerana kesabarannya. Sebelum ini juga telah berapa ramai Timbalan PM yang tidak berjaya menjadi PM kerana tidak dipilih oleh ALLAH.
Seluruh Dunia pun tahu bahawa ketua Pembangkang Anwar berjuang bersungguh-sungguh untuk menjadi PM Malaysia. 10 tahun dahulu Anwar sudah begitu hampir menjadi PM tetapi ALLAH belum memilih beliau dengan alasan yang semua sudah tahu. Kalau ALLAH menetapkan bahawa suatu hari Anwar akan menjadi PM Malaysia tiada siapa yang akan dapat menghalang tetapi kalau sebaliknya walaupun pun apa yang Anwar buat pasti dia tidak akan menjadi PM. Dan yakinlah semua itu ketentuan ALLAH yang pasti ada HIKMAH disebaliknya.
Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam bukunya Menjadi Kekasih ALLAH ada menulis : Semua kejadian telah tertulis. Ketika itu kamu akan melihat bahawa pemberian itu tidak akan diulur mesti sebutir sebelum waktunya. Bahkan mereka tidak akan memberimu sebutir atau sebiji, setetes atau selautan, kecuali dengan izin ALLAH SWT, ketentuan dan ilhamnya kepada hati manusia.
Selamat menjalankan tugas Najib Tun Razak, ingatlah ini Amanah Allah dan jangan kecewakan Agama, Bangsa dan Negara.
13 Comments
kawan aku kata.Najib lebih layak.
tapi tak tau.kenapa Pak lah
yang dipilih.
Curahan rasa Ali ridha @ ..Hidup Untuk Memberi – Sebulan menangi Acer Aspire One
Mana2 pun tak kisah, yang penting berkeperibadian yang baik dan dapat membawa Malaysia maju.. itu dah cukup
Curahan rasa Steward John @ ..KPLI Semakan Panggilan Temuduga KPLI 2011
takut juga jika ada pemimpin
ingin membalas dendam.
Curahan rasa Ali ridha @ ..Hidup Untuk Memberi – Sebulan menangi Acer Aspire One
Membalas dendam? maksud Ali tu macam mana ek?
Curahan rasa Steward John @ ..KPLI Semakan Panggilan Temuduga KPLI 2011
jenguk saje la nampaknya.
nak tinggalkan komen tak reti.
Curahan rasa Ali ridha @ ..Hidup Untuk Memberi – Sebulan menangi Acer Aspire One
blog bahasa engeris ke.
patutlah ada pelbagai negara.
Curahan rasa Ali ridha @ ..Hidup Untuk Memberi – Sebulan menangi Acer Aspire One
Blog Bahasa Inggeris? tapi ada juga entri bro DH dalam Inggeris
Curahan rasa Steward John @ ..Nuffnang is coming to KK
Najib Tun Razak merupakan keturunan bangsawan suku Makassar. Raja Gowa (kerajaan makassar) ke-16 yakni I Mallombasi Daeng Mattawang Karaeng Bonto Mangape Muhammad Bakir yang bergelar Sultan Hasanuddin memiliki putra yakni Raja Gowa ke-19 I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone Sultan Abdul Djalil Tumenanga ri Lakiung. Salah satu dari putra Sultan Abdul Djalil ini merantau ke Paha, Malaysia, yang merupakan leluhur Najib.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Manusia Atau Keledai
Wa… Bang Iwan tahu salasilah keluarga PM Malaysia? hebat la..
Curahan rasa Steward John @ ..Happy Eid Fitr
saya pernah baca biografi beliau..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Manusia Atau Keledai
Saya juga pasti sangat kalau Bang Iwan pernah membaca biografi pemimpin2 negara sebab Bang Iwan suka politik kan?
Tahniah Kepada Najib Tun Razak
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Manusia Atau Keledai
Tahniah kerana menjadi pengomen pertama untuk postingan ni Bang Iwan.
Comments are closed.