Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku baru menerima email dari PM DS Najib Razak yang nak aku kongsikan dengan teman-teman. Aku dapat email ini kerana aku adalah salah seorang blogger yang terpilih dalam program Minum petang 1Malaysia yang telah diadakan tahun 2010. Semuga email ini akan memberi peluang kepada teman yang untuk bertemu dengan PM.
Saudara,
Anda menerima e-mel ini bersama-sama lebih kurang 300 lagi rakan online saya yang saya raikan dalam Majlis Minum Petang 1Malaysia pada 13 Mac 2010 yang lalu. Disini ingin saya sampaikan kepada anda semua mengenai satu lagi peluang yang sangat menarik, yang akan dilaksanakan pada tahun ini.
Baru-baru ini saya telah memuat naik satu blog yang mengajak semua rakyat Malaysia untuk bertemu saya di kawasan tempat tinggal mereka. Sebagaimana yang anda sedia maklum, tanggungjawab saya sebagai Perdana Menteri termasuklah berjumpa anda semua dan cuba menyelesaikan isu-isu setempat di komuniti anda.
Kini saya memanjangkan peluang yang eksklusif ini kepada rakan-rakan online saya untuk berjumpa dalam satu pertemuan yang istimewa di kawasan kediaman anda. Gunakan peluang yang eksklusif ini untuk berjumpa dan mengenali saya dengan lebih dekat lagi. Maklumat lanjut boleh didapati dalam blog saya disini.
Sila daftarkan maklumat peribadi anda di borang ini. Sekiranya anda telah mendaftar, sila abaikan e-mel ini.
Ajak seramai mungkin rakan-rakan dan ahli keluarga anda untuk turut mendaftar supaya mereka juga dapat mengalami peluang ini bersama-sama. Oh ya, seperkara lagi, pastikan anda menyimpan najib@1malaysia.com.my, admin@1malaysia.com.my dan press@1malaysia.com.my ke dalam senarai hubungan e-mel anda bagi mengelakkan notis dan e-mel penting daripada laman web saya dihantar ke dalam fail spam.
Saya amat menanti-nantikan pertemuan dengan anda semua, kali ini melalui kunjungan saya pula.
Najib Razak
41 Comments
Mcm yg saya katakan dulu, saya rasa kecik je kalau dok sedewan dengan PM. Saya dok kat luar rumah je la ye.
Curahan rasa Norasikin @ ..Resepi Ikan Masak Kicap Ringkas
Ikut Norasikin duduk dekat luar rumah jer.
Curahan rasa Steward John @ ..Kuching Trip- Day 2 Shopping
Wah betapa senangnya dapat e-mail dari orang yang terhormat
Tu la yang sangat tu.. Entah kalau kita ni berpeluang nak dapat macam tu ker tak
Curahan rasa Steward John @ ..Facebook is not shutting down
tahniah… best nye kalau dpt join sama 🙂
Curahan rasa tpinky @ ..Happy Birthday Mum
Kalau PM dapat turun dekat KK berjumpa dengan Blogger Sabah lagi bagus kan.
Curahan rasa Steward John @ ..Kuching Trip- Day 2 Shopping
Wah begitu rendah diri PM kita untuk mendekati rakyat. Perasaan kagum pun ada 🙂
Curahan rasa akubiomed @ ..Pendedahan berani mengenai Hanis Zalikha
best tu. dapat berbincang secara dekat dgn beliau.
Curahan rasa RedBoys @ ..Ini Jumlah Komen Saya
Lagi bagus kalau dapat duduk semeja dengan dia..
Curahan rasa Steward John @ ..Kuching Trip- Day 2 Shopping
Wah best tu. Datuk Ali bila nak buat ntah. tapi kalau buat memang aku tak datang nya..
zzzzzzzzzzzzzzzz….. tak habes2 nak menjeleskan aku…
Curahan rasa samanosuke_04 @ ..Kali Pertama Main Snowboard kat Moscow
Tak payah jeles.. mesti dapat peluang berjumpa dengan PM satu hari nanti
wah! tahniah! hmmm.. sampaikan salam saya pada pm!
Curahan rasa lutfi @ ..ladang kambing
sangat2 membanggakan tentunya ya
Comments are closed.