Elon Musk melabur Bitcoin 1.5 Billion dan promosi Dogecoin

Spread the love

Pada Disember 2017 harga Bitcoin melonjak pada tahap tertinggi iaitu USD19,850 kemudian jatuh menjunam sehingga mencecah USD2,500. Kejatuhan teruk ini menyebabkan ramai yang serik manakala ramai juga mengambil peluang untuk membeli lebih banyak Bitcoin.

Didi Taihuttu jual semua bisnis dan harta untuk beli Bitcoin

Pada 2017, Didi Taihuttu sekeluarga yang berasal dari Belanda telah menjual perniagaan dan rumah seluas 2,500 kaki persegi malahan kasut mereka yang kemudian kesemua wang tersebut digunakan untuk membeli wang crypto, bitcoin.

Bitcoin ketika itu bernilai hanya $900. Kini, setelah hampir empat tahun menjelajah di 40 negara, Taihuttu dan keluarganya masih tidak mempunyai akaun bank, rumah atau harta benda peribadi.

Didi Taihuttu
Sumber : Twitter

Semua simpanan keluarga berkenaan kekal disimpan dalam wang crypto tersebut

.“Kami beralih ke dalam bitcoin kerana kami mahu mengubah kehidupan kami,” kata Taihuttu.

Bukan itu sahaja, ketika harga bitcoin menjunam pada 2018, Taihuttu menggandakan lagi portfolio pelaburan. Taihuttu berkata beliau percaya Bitcoin akan kembali melantun semula lebih tinggi.

“Saya berpendapat dalam kitaran kenaikan ini, kita akan menyaksikan Bitcoin mencapai paras puncak sehingga AS$100,000. Saya tidak terkejut sekiranya Bitcoin mencecah AS$200,00 menjelang 2022,” ujar Taihuttu.

Bunyi macam tak logik, tapi pada awal 2013 dahulu nilai Bitcoin hanya sekitar AS$13 sahaja. Siapa sangka Bitcoin boleh mencecah AS$20,000 dalam hanya beberapa tahun sahaja.

Memang sangat beruntung, Taihuttu membeli sejumlah aset Bitcoin ketika didagangkan pada harga sekitar AS$900 pada awal 2017, hanya beberapa bulan sebelum Bitcoin melonjak hampir AS$20,000. Meskipun harga Bitcoin melonjak naik, keluarga itu kekal melabur dalam wang kripto terbabit.

Sebaik ‘bubble’ pecah dan harganya turun kepada harga AS$3,000 pada awal 2018, Taihuttu dan keluarganya tidak panik. “Apabila harga Bitcoin menjunam, kami membeli lebih banyak lagi,” ujarnya.

Elon Mask beli Bitcoin 1.5 Billion

Merujuk kepada berita yang dikeluarkan oleh Investing.com, Elon Mask orang paling kaya di dunia 2021 telah melabur dalam Bitcoin sebanyak USD1.5 billion melalui syarikatnya Tesla.

Berita pembelian Bitcoin oleh Elon Mask telah menyebabkan harga Bitcoin melonjak paling tinggi dalam sejarah melebih USD47K dan menarik naik harga duit cyrpto yang lain.

elon musk
Sumber : Google

Mengikut berita tersebut dalam masa terdekat Tesla akan menerima Bitcoin sebagai salah satu cara pembayaran. Mungkinkah Apple juga akan ikut juga?

Elon Musk promosi Dogecoin

Sebelum Elon Musk membeli Bitcoin sebanyak 1.5 Billion, beliau telah mempromosi Dogecoin di akaun twitternya. Banyak kali juga beliau tweet sehingga harga Dogecoin daripada USD 0.009 ke USD 0.083.

dogecoin elon musk

Kalau ikut video yang Elon musk kongsikan di twitternya tak mustahil harga Dogecoin boleh naik sehingga USD 1K. Untunglah sesiapa yang sudah beli pada harga bawah 1 sen tetapi masih belum terlambat kepada yang belum membeli. Beli dan simpan untuk setahun dua.

Cara beli Bitcoin dan Dogecoin

Kalian yang nak beli Bitcoin, Dogecoin dan duit crypto yang lain pastikan beli di exchange yang bagus dan selamat.

Saya cadangkan kalian guna exchange Binance sekarang ranking no satu di dunia. Nak buka akaun boleh daftar di link ini @ https://www.binance.com/en/register?ref=YMLN6J0I

Exchanger Remitano juga sangat terkenal dan ramai pengguna di Malaysia. Nak buka akaun boleh daftar di link ini @ https://remitano.com/btc/my/join/1040316

Beli duit crypto kena sabar setahun dua bukan beli hari ini esok boleh naik banyak. Risiko tetap ada, kekadang harga akan jatuh banyak.

Hati-hati kepada yang nak beli dan simpan duit crypto jangan jadi kisah seperti ini “Hilang Bitcoin berjuta kerana salah sendiri


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!