Pembayaran Interim sehingga RM1,000 bagi kemudahan KWSP i-SINAR Katogeri 2

Spread the love

KWSP mengumumkan bahawa ahli yang memohon kemudahan i-Sinar di bawah Kategori 2 akan menerima pembayaran interim sehingga RM1,000 daripada jumlah keseluruhan yang dimohon, mulai 26 Januari 2021.

Pembayaran interim tersebut adalah bertujuan membantu mengurangkan beban kewangan ahli yang terkesan akibat peningkatan jumlah kes COVID-19 serta bencana banjir yang berlaku di beberapa negeri di Malaysia. Ianya juga adalah untuk membantu ahli memenuhi keperluan asas, sementara permohonan mereka menjalani proses kelulusan oleh KWSP.

Untuk mempercepat dan mempermudahkan pembayaran wang interim tersebut, KWSP hanya memerlukan ahli membuat pengisytiharan kendiri dan memuat naik dokumen sokongan di laman i-Sinar Online (isinar.kwsp.gov.my). Proses ini diperlukan untuk melindungi simpanan ahli daripada sebarang penipuan atau aktiviti scam.

Bagi mereka yang sudah memuat naik dokumen sokongan mereka, pembayaran interim ini akan bermula dari 26 Januari 2021, sementara untuk permohonan baharu yang masih belum memuat naikkan dokumen sokongan yang relevan, pembayaran interim akan diproses dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh permohonan diterima.

Setelah permohonan ahli disahkan dan diluluskan, KWSP akan meneruskan pembayaran amaun seperti yang dimohon, setelah ditolak amaun pembayaran interim tersebut. Sekiranya pengisytiharan kendiri didapati tidak benar atau tidak disokong oleh dokumen yang telah dimuat naik, KWSP berhak menghentikan pembayaran seterusnya.

Contoh situasi kes dan pengiraan boleh rujuk di website KWSP.

i sinar

Dokumen yang diperlukan memohon i-Sinar Kategori 2

Anda perlu bersedia dengan dokumen sokongan sebagai bukti pengurangan pendapatan keseluruhan seperti;

  1. Slip/Penyata gaji SEBELUM pengurangan pendapatan keseluruhan;
    Pendapatan tertinggi dalam tempoh 12 bulan sebelum tarikh permohonan (gaji, elaun tetap, elaun kerja lebih masa, elaun lain, tidak termasuk bonus)
    DAN
    Slip/Penyata gaji SELEPAS pengurangan pendapatan keseluruhan;
    Pendapatan bulan semasa atau satu bulan terdahulu (gaji, elaun tetap, elaun kerja lebih masa, elaun lain, tidak termasuk bonus)
    DAN
  2. Notis Pengesahan Majikan berkenaan pemotongan gaji dan/atau elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa;
    ATAU
  3. Dokumen sokongan lain yang membuktikan pengurangan pendapatan seperti penyata bank.

Demi memastikan keselamatan Ahli dan anggota KWSP dalam tempoh pandemik ini, anda amat digalakkan untuk memuat naik dokumen sokongan melalui i-Sinar Online.

Anda boleh muat naik dokumen-dokumen sokongan menggunakan laptop, komputer peribadi, telefon pintar atau peranti elektronik lain dengan mudah.

TANPA dokumen sokongan, permohonan anda tidak dapat kami proses sepenuhnya. Dokumen ini perlu anda muat naik sebelum 30 Jun 2021 bagi memudahkan proses seterusnya.

Anda boleh menyemak status permohonan i-Sinar anda melalui;

  1. i-Sinar Online di kotak Semak Status Permohonan; atau
  2. i-Akaun anda di tab Pengeluaran dan semakan di Sejarah Pengeluaran; atau

Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848.


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!