Elon Musk Orang Terkaya di dunia yang boleh mengkayakan orang dengan satu tweet

Elon Musk orang terkaya di dunia

Pengasas SpaceX dan Tesla, Elon Musk muncul orang terkaya dunia dengan memiliki kekayaan lebih AS$195 bilion memintas kekayaan Jeff Bezos, pengasas Amazon yang menjadi manusia paling kaya di dunia 3 tahun berturut-turut.

Musk, dilahirkan di Afrika Selatan, itu mencapai puncak kekayaan berikutan lonjakan harga saham Tesla hampir 830 peratus sejak Mac 2020. Sepanjang tahun lalu, kekayaan bersihnya meningkat lebih AS$150 bilion (RM606 bilion).

elon musk

Syarikat Tesla juga buat pertama kali telah dinilaikan pada harga USD700 bilion, menjadikan Tesla lebih bernilai daripada syarikat kereta yang lain seperti Toyota, Hyundai, Ford dan Volkswagen digabungkan.

Peningkatan nilai kekayaan Elon ini juga adalah mendadak kerana awal tahun 2020, kekayaan beliau adalah sekitar USD27 bilion ‘sahaja’, dan beliau tidak tersenarai 50 orang terkaya di dunia pun.

jeff bezos amazon

Sebelum ini, Jeff Bezos merupakan individu paling kaya di dunia kerana pandemik COVID-19 mendorong pengguna untuk membuat lebih banyak pembelian dalam talian. Baca lagi pada pautan di bawah.

Tweet Elon Musk mampu kayakan syarikat lain

Satu tweet dari Elon Musk telah berjaya menjadikan GameStop Corp. sebagai syarikat yang bernilai lebih dari USD$ 10 bilion buat pertama kalinya.

Tweet yang dibuat oleh ketua eksekutif Tesla itu, bersama-sama dengan laman Reddit WallStreetsBets, memberi kesan yang besar kepada GameStop apabila saham mereka naik lebih dari 50%.

GameStop

Untuk rekod, itu bukanlah kali pertama ciapan dari Musk yang memberi kesan kepada saham syarikat.

Terdahulu, dia yang memuat naik status mengenai barangan di laman Etsy juga telah berjaya membawa saham Etsy naik melambung tinggi.

“Kekuatan tweet anda. Dalam masa dua minit dari tweet ini, stok [Etsy] memperoleh capaian pasaran lebih dari satu bilion dolar,” kata salah seorang pengguna di Twitter.

Etsy

Manakala awal bulan ini, Musk telah meminta pengikutnya untuk beralih ke aplikasi Signal selepas isu kontroversi mengenai data pengguna yang dihadapi oleh Whatsapp.

Dan kesan daripada ciapan tersebut, sebuah syarikat yang mempunyai nama serupa, iaitu Signal Advance, mendapat kesan baik apabila sahamnya melambung 400 peratus dalam satu hari.

dogecoin elon musk

Harga crypto currency Dogecoin naik beratus kali ganda setelah Elon Musk tweet. Ketika artikel ini di tulis harga dogecoin naik dari USD0.0009 ke USD0.04801 dengan volume trading USD14.2 billion

Kuasa tweet boleh mengkayakan bisnis

Begitulah hebatnya kuasa tweet Elon Musk boleh meningkatkan nilai kekayaan syarikat lain.

Kami juga boleh bantu bisnis kalian dengan akaun Twitter @Santapan Minda kami yang ada lebih daripada 1.6 juta follower.

Ini pakej iklan tweet kami yang sangat murah.

iklan tweet santapan minda

Kepada yang berminat sila PM ke Santapan Minda.

Ramai yang sudah menggunakan khidmat iklan tweet kami dan mereka sangat gembira dengan hasilnya.

Kalian pun boleh juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!