Harga Bitcoin dijangka mencecah USD50 ribu namun ada pelabur yang rugi berjuta

Sekiranya anda mengikuti perkembangan harga Bitcoin, pastinya anda cukup tahu harganya kini sudah melambung tinggi mencecah ratusan ribu ringgit untuk 1 BTC.

Peningkatan harga yang tinggi sejak beberapa bulan terakhir ini secara tidak langsung membuatkan mereka yang pernah mempunyai Bitcoin ini sedia untuk menjual semula dalam usaha untuk menukarnya kepada matawang.

bitcoin

Terbuang Bitcoin bernilai RM887 juta

Di sebalik kerancakan kenaikan harga Bitcoin dan kegembiraan ramai pelabur Bitcoin, situasi sedih berlaku kepada James Howells yang mempunyai sekitar 7,500 bitcoin yang disimpan beliau sejak daripada tahun 2009 lagi.

Meskipun memiliki jumlah bitcoin yang banyak namun beliau dikatakan tidak menyimpan maklumat dan keterangan mengenai akaun tersebut. Lebih menyayat hati, beliau telah membuang komputer beliau di pusat pelupusan sampah berdekatan rumahnya sekitar tahun 2013.

James Howells
Sumber : JACKIEPOST365

7 tahun berlalu, melihat harga bitcoin yang melambung tinggi, beliau memilih untuk menawarkan majlis bandaran di kawasan beliau ganjaran sebesar $55 juta (RM222 juta) sekiranya berjaya menjumpai komputer atau setidaknya cakera keras milik beliau.

Isu yang menimpa James Howells ini sekaligus memberi pengajaran kepada orang ramai untuk sentiasa menyimpan keterangan akaun crypto dengan baik agar masalah melibatkan lupa password dan sebagainya tidak menjadi isu.

Terlupa password pelabur ini hilang akses kepada akaun Bitcoin

Nasib malang juga menimpa pelabur bernama Stefan Thomas ini pastinya menjadi pengajaran buat mereka yang mahu melabur dalam crypto currency selepas dimaklumkan beliau baru sahaja disahkan rugi hampir $220 juta (RM889.5 juta).

Difahamkan semuanya bermula apabila Stefan Thomas berjaya menjadi pelabur terawal bitcoin dengan menerima hampir 7,000 BTC selepas berjaya menghasilkan sebuah video menerangkan mengenai crypto kepada umum.

Stefan Thomas
Sumber : MEDIUM

Melihatkan nilai bitcoin yang mencecah harga yang tinggi baru-baru ini, beliau dimaklumkan memilih untuk melihat jumlah aset digital yang dimiliki beliau namun segalanya berubah selepas beliau gagal mengakses akaun beliau setelah lapan kali percubaan.

Untuk pengetahuan, setiap akaun bakal dibekalkan dengan 12 password unik untuk mengakses sekaligus membuatkan sistem ini telus dan bebas daripada pengetahuan pihak ketiga.

Klik untuk melihat harga Bitcoin terkini

Berbekalkan dua kali percubaan, beliau turut mencubanya namun semuanya gagal. Beliau turut memaklumkan kepada media di mana beliau terlupa password yang ditulisnya pada sebuah kertas sekitar setahun yang lalu.

Lebih perit, beliau tidak mempunyai altenatif lain untuk mendapatkan semula akaun yang memiliki wang hampir RM1 bilion itu.

Cara untuk membeli Bitcoin

Kalian yang nak melabur Bitcoin boleh buka akaun Remitano.

  1. Buka akaun Remitano klik link ini @ https://remitano.com/join/1040316
  2. Buka akaun Binance klik link ini @ https://www.binance.com/en/register?ref=YMLN6J0I
  3. Boleh membeli BtC dengan serendah RM3 sahaja atau ikut kemampuan.
  4. Mula menyimpan dari sekarang kerana harga Bitcoin dijangka akan naik melebihi USD50 ribu sebiji.

Sila subcribe channel kami untuk menonton lebih banyak video terkini yang viral @ bit.ly/denaihatiTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!