
Baru-baru ni viral di media sosial isu pekerja J&T membaling barang-barang pelanggan tanda mogok terhadap masalah pembayaran gaji.
Menerusi video yang berdurasi 15 saat itu berlaku di salah sebuah hub kurier syarikat J&T menunjukkan lambakan timbunan bungkusan pelanggan.
Walaubagaimana pun, tujuh pekerja syarikat kurier J&T Express Perak tampil memohon maaf berhubung insiden membaling barang pelanggan yang tular di media sosial.
Menerusi video tersebut, seorang pekerja menegaskan tiada sebarang isu dalaman atau potongan gaji membabitkan pekerja dan syarikat itu.
“Kami ingin jelaskan bahawa tiada tindakan mogok. Sekali lagi kami memohon maaf kerana menjejaskan nama syarikat dan barang pelanggan rakyat Malaysia.
“Kami sedaya upaya akan proses dan hantar barang pelanggan secepat mungkin,” katanya dalam rakaman video itu.
“Kepada pelanggan yang dihormati, para pekerja J&T Express Perak ingin meminta maaf atas perangai pekerja dalam mengagihkan bungkusan dengan secara ganas dan sebarang keadaan yang tidak menyenangkan.
“Pihak J&T Express akan menyediakan lebih banyak latihan kepada pekerja kami untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.

Sumber: J&T Ekspress Malaysia – Perak
professionalism…itulah membezakan antara pekerjaan berkelas rendah dengan pekerjaan kelas tinggi yang lebih memfokuskan kepada merit akademik.
Banyak lagi jalan untuk berjuang mendapatkan hak yang ditidakkan oleh majikan zalim…
tapi dalam isu ni mereka jelaskan bukan terkait isu dalaman…apa sebab perlakuan mereka ? Pelik
Kuasa viral. Semoga pihak yang terlibat dapat meningkatkan perkhidmatan ke peringkat yang terbaik… tanpa menyusahkan mana2 pihak.
Baik majikan mahupun pekerja masing-masing ada ujian sepanjang pandemik ni. Harap sama-sama saling bantu dan kuat lah untuk hadapinya. Bukan mudah, tapi kena tetap usaha berjuang.
Curahan rasa Hawa Hassan @ ..10 Tips Selesaikan Hutang Piutang Tanpa Modal
bagus la.. amanah orang ni.. lain kali jangan buat lagi ye huhu
Curahan rasa Nardnaddy @ ..Chupa Chups Sparkling Drink 🙂