Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memaklumkan bahawa pemohon Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 dan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 yang telah lulus tidak perlu mengemaskini permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 sekiranya tiada sebarang perubahan.
Pemohon tidak perlu mengemaskini sekiranya tiada sebarang perubahan atau penambahan maklumat.
Minggu lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan bahawa pelaksanaan Fasa Pertama Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) telah dipercepatkan dari bulan Mei kepada akhir Februari.
Sehubungan itu, beliau berkata proses permohonan baharu BPR telah dibuka sehingga 15 Februari ini menerusi pautan https://bpr.hasil.gov.my.
Menurutnya, bantuan itu diharap dapat memberi manfaat kepada lebih lapan juta penerima B40 yang diluluskan di bawah Bantuan Prihatin Nasional Fasa Kedua (BPN 2.0) dan Bantuan Sara Hidup 2020 selain permohonan baharu yang akan diluluskan kelak.
Untuk mengetahui maklumat lanjut dan mempunyai sebarang kekeliruan mengenai BPR 2021 ini, anda boleh melayari pautan INI.

Sumber: Lembaga Hasil dalam Negeri
Yang nak isi dan kemaskini, pastikanlah isi dengan betul. Usah silap isi terutamanya nombor akaun bank. Nanti lewat lulusm leceh pulak kan…
Curahan rasa Geng Borak @ ..5 Bantuan Khas Program My5 Untuk Warga Wilayah Persekutuan 2021
harap yg dapat ini dapat gunakan duit dengan bijak. covid ini lama lagi. suatu masa nanti pasti kerajaan pun dah tak dapat nak tolong sebab dah tak ada duit.
Curahan rasa denaihati @ ..Bersedialah untuk ekonomi Malaysia bertambah buruk