Apa bezanya Sinking Fund dengan Emergency Fund

Dr Azizul Azli Ahmad, Pakar Kewangan yang sering menjadi jemputan untuk program bual bicara kewangan berkongsi beza antara Singking Fund dengan Emergency Fund.

“Nak mula mana dulu bang, sinking fund atau emergency fund?”

“Sebaiknya penuhkan emergency fund dulu bila mula kerja, kita belum banyak tanggungan lagi waktu itu.” 

“Bila dan makin lama, kita maskin banyak tanggungan dan kita perlukan sinking fund ini ya.”

“Baik faham bang”

Sinking Fund

Sinking Fund adalah dana cadangan yang akan dikeluarkan setahun sekali biasanya. Orang dulu biasanya main kutu untuk sinking fund.

Sinking Fund boleh dikeluarkan setiap tahun untuk keperluan hidup.

Kegunaan sinking fund

  1. Bayaran yuran tahunan sekolah atau pengajian anak.
  2. Bayar cukai tahunan.
  3. Bayar takaful, insuran dan cukai kenderaan.
  4. Percutian keluarga yang dirancang setahun sekali.
  5. Hadiah hari jadi pasangan.
  6. Persiapan dan belanja hari raya

Jumlah sinking fund bergantung kepada keperluan tahunan yang kita perlukan. Setiap keluarga ada keperluan berbeza. Jumlah semua keperluan tahunan ini dibahagikan dengan 12 bulan, kita akan tahun berapa yang kita perlu asingkan untuk setiap bulan.

Emergency Fund

Dana kecemasan adalah dana yang disimpan kekal bertahun selagi tiada kecemasan tidak akan dikeluarkan.

Kegunaan dana kecemasan

  1. Bayar perubatan luar jangka.
  2. Diberhenti kerja tiba-tiba.
  3. Kenderaan rosak teruk.
  4. Berlaku bencana dan kemalangan seperti banjir dan sebaginya.
Dr Azizul Azli Ahmad

Kawan kawan, 

Jangan campurkan dua dana ini, emergency fund atau dana kecemasan hanya betul betul cemas je kita keluarkan. Bila tak cemas sangat baik simpan dalam ASB atau Tabung Haji. Jika nak merasa simpan dalam emas pun boleh.

Ingat ya untuk kegunaan kecemasan sahaja, 

Nak kahwin sorang lagi bukan kecemasan, itu perlukan Dana Gaji yang baik. Jika tak boleh kawal nafsu duit banyak dalam tangan, bagi isteri pegan sebahagian, kata sayang sepanjang zaman?

Kongsikan agar kita sentiasa bersedia dengan simpanan untuk musim kemarau yang panjang ini kawan kawan.

Dr Azizul Azli Ahmad 

Sila subcribe channel kami untuk menonton lebih banyak video terkini yang viral @ bit.ly/denaihatiTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!