Assalamualikum dan Salam 1Dunia, antara produk Denaihati yang sudah lama ada online adalah Denaihati Network Top Stories. Kalau Rakan Blogger tak pernah tahu boleh klik link tersebut dah subscribe. Berbagai berita terbaru dari gadget sehingga travel akan dikongsikan mengikut trending terkini.
Hari ini dalam banyak-banyak topik yang keluar di Denaihati Network Top Stories aku tertarikh dengan topik “The journey in life is never a straight line (part 20)“. Kisah yang berlaku pada September 1999 bagaimana Hj Hamid dan Penulis, Raja Petra Kamarudin menyeludup sample tisu badan DS Anwar Ibrahim ke Australia ketika Malaysia dihebohkan dengan kes Anwar keracunan Arsenik.
Pasti Rakan Pembaca tertanya-tanya kenapa aku sangat berminat dengan artikel ini? Agak-agak kenapa??
Aku adalah salah seorang yang terlibat secara lansung ketika DS Anwar Ibrahim (DSAI) dimasukan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Bandar Tun Razak untuk pemeriksaan keracunan Arsenik. Sebagai seorang Pengurus Penyediaan Makanan untuk pesakit aku antara orang pertama yang dapat berjumpa dengan DSAI dan keluarga beliau sebab kes ini sangat berkaitan dengan sumber makanan yang telah dan bakal diambil oleh DSAI.
Masih ingat kali pertama berjumpa beliau di Bahagian Kecemasan HUKM sebelum sembahyang Jumaat. Memang jadi kelam kabut satu hospital ketika itu mengalahkan ketika menerima pesakit no satu Malaysia, Tun Dr Mahathir yang juga masuk di hospital yang sama beberapa bulan sebelum itu.
Tugas aku setiap hari adalah merancang menu dan menyediakan makanan untuk DSAI. Tidak ada outsite food dibenarkan untuk DSAI sepanjang tempoh pemeriksaan tersebut. Setiap makan yang dihidangkan akan diperiksa oleh pihak berkuasa sebelum dihidangkan dan akan direkodkan. Tugasan aku bukan hanya terhad di hospital tetapi juga perlu ikut bersama membawa makanan ke Makamah Tinggi untuk sebutan kes. Sempatlah masuk foto aku dalam beberapa media masa ketika aku berjalan keluar bersama Dr Wan Azizah dan DSAI dari Makamah Tinggi, Kuala Lumpur.
Lebih kurang seminggu aku menguruskan makan minum DSAI sepanjang beliau berada di HUKM. Berbagai drama dan kejadian yang aku lihat depan mata yang tetap segar dalam ingat. Berbagai kisah dari Pegawai Penjara dan Pegawai Polis yang aku dapat dengar sendiri tanpa tapisan. Keputusan perubatan juga aku ketahui melalui rakan-rakan perubatan yang sama-sama menjaga DSAI.
Aku tertunggu-tunggu sambungan entri “The journey in life is never a straight line (part 20)” untuk mengetahui apa kesudahan sebenarnya yang berlaku dipihak DSAI dalam kes Arsenik yang dikatakan Kerajaan cuba meracun beliau.
Politik ini memang licik dan penuh strategi kekadang kesian melihat kawan-kawan yang terlalu fanatik tanpa dapat membezakan garis hitam dan putih.
70 Comments
Apa pula rahsia yg ada pada DH ni, sepanjang tempoh penyelia di wad DSAI tu, pasti ada cerita yg kita tidak tahu?
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pertama Kali Buat Tutorial
Pelbagai cerita dari DSAI ini, dulu dan kini sentiasa mendapat cerita yang panas. Apa di sebalik semua ini. Apa kesudahan cerita yang dpt kita ketahui. Adakah tidak ada kesudahannya?
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pertama Kali Buat Tutorial
teringin nak tau cerita off record hehe
Curahan rasa azam @ ..Minit pertama 2013
cerita politik2 ni koz malas nk ambil tahu hihii
Curahan rasa Budak Nakal @ ..Jadual Piala FA 2013
Cerita politik mmg koz x layan^^…
Berita politik perlu juga kita mbil tahu.. tapi sampai satu tahap tak tahu sapa yang benar, sapa yang bohong..
Terkadang politik bisa membuat seseorang melakukan apa saja terlepas hal tersebut benar atau tidak
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Penyebab Kematian Ibu
macam-macam cerita yg ada dalam politik ni. sampaikan tak tahu nak percaya yg mana satu.
Curahan rasa khairil @ ..10 Uncang Teh Dengan Rekabentuk Yang Sangat Kreatif dan Lawak
Takpernah pulak dengar kisah ni.. tapi politik malaysia memang pelik2.. hehehe
Curahan rasa Myvitrd @ ..5 Signal Kematian Blog
senario politik malaysia ni macam-macam. hmmmm
Curahan rasa arelan @ ..BYe 2012 Hai 2013
Senario politik masa tu menengelamkan segala-gala isu-isu yang lain. Malangnya orang-orang Melayu….
Curahan rasa Syarih @ ..5 Tips Menggunakan Google Chrome Lebih Berkesan.
Apakah kerana ini DS semakin senyap ?
saye x minta politik
xpenah dgr pon psl nie..
Curahan rasa syu90 @ ..Menang 26th Birthday Giveaway by ShidaR
macam mana tiba2 boleh keluar ceria Arsenik ni ..bukan Arsenal ke ? memang DH kreatif buat gempak, patutla jadi calon “Most Creative Blog”
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Singapore’s betrayal of non Chinese citizens, ethnic cleansing
bila cerita politik ni ..kesian dgn akar umbi yg tak tau seni politik ..sampai sanggup macam2 …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Singapore’s betrayal of non Chinese citizens, ethnic cleansing
yeaaaa laaaa kan… cerita politik ni macam2 kisah nya…
Curahan rasa KiD @ ..PROMOSI UNIFI FREE SEBULAN SUBSCRIPTION FEE
Comments are closed.