Assalamualikum dan Salam 1Dunia, antara produk Denaihati yang sudah lama ada online adalah Denaihati Network Top Stories. Kalau Rakan Blogger tak pernah tahu boleh klik link tersebut dah subscribe. Berbagai berita terbaru dari gadget sehingga travel akan dikongsikan mengikut trending terkini.
Hari ini dalam banyak-banyak topik yang keluar di Denaihati Network Top Stories aku tertarikh dengan topik “The journey in life is never a straight line (part 20)“. Kisah yang berlaku pada September 1999 bagaimana Hj Hamid dan Penulis, Raja Petra Kamarudin menyeludup sample tisu badan DS Anwar Ibrahim ke Australia ketika Malaysia dihebohkan dengan kes Anwar keracunan Arsenik.
Pasti Rakan Pembaca tertanya-tanya kenapa aku sangat berminat dengan artikel ini? Agak-agak kenapa??
Aku adalah salah seorang yang terlibat secara lansung ketika DS Anwar Ibrahim (DSAI) dimasukan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Bandar Tun Razak untuk pemeriksaan keracunan Arsenik. Sebagai seorang Pengurus Penyediaan Makanan untuk pesakit aku antara orang pertama yang dapat berjumpa dengan DSAI dan keluarga beliau sebab kes ini sangat berkaitan dengan sumber makanan yang telah dan bakal diambil oleh DSAI.
Masih ingat kali pertama berjumpa beliau di Bahagian Kecemasan HUKM sebelum sembahyang Jumaat. Memang jadi kelam kabut satu hospital ketika itu mengalahkan ketika menerima pesakit no satu Malaysia, Tun Dr Mahathir yang juga masuk di hospital yang sama beberapa bulan sebelum itu.
Tugas aku setiap hari adalah merancang menu dan menyediakan makanan untuk DSAI. Tidak ada outsite food dibenarkan untuk DSAI sepanjang tempoh pemeriksaan tersebut. Setiap makan yang dihidangkan akan diperiksa oleh pihak berkuasa sebelum dihidangkan dan akan direkodkan. Tugasan aku bukan hanya terhad di hospital tetapi juga perlu ikut bersama membawa makanan ke Makamah Tinggi untuk sebutan kes. Sempatlah masuk foto aku dalam beberapa media masa ketika aku berjalan keluar bersama Dr Wan Azizah dan DSAI dari Makamah Tinggi, Kuala Lumpur.
Lebih kurang seminggu aku menguruskan makan minum DSAI sepanjang beliau berada di HUKM. Berbagai drama dan kejadian yang aku lihat depan mata yang tetap segar dalam ingat. Berbagai kisah dari Pegawai Penjara dan Pegawai Polis yang aku dapat dengar sendiri tanpa tapisan. Keputusan perubatan juga aku ketahui melalui rakan-rakan perubatan yang sama-sama menjaga DSAI.
Aku tertunggu-tunggu sambungan entri “The journey in life is never a straight line (part 20)” untuk mengetahui apa kesudahan sebenarnya yang berlaku dipihak DSAI dalam kes Arsenik yang dikatakan Kerajaan cuba meracun beliau.
Politik ini memang licik dan penuh strategi kekadang kesian melihat kawan-kawan yang terlalu fanatik tanpa dapat membezakan garis hitam dan putih.
70 Comments
Kes ni tergantung macam tu jer kan…Allah maha tahu apa yang berlaku – politik sangat licik baik dari kerajaan mahu pun pembangkang.
Curahan rasa azman @ ..Mengaji Quran Dulu Dan Kini
Tak juga tergantung Kerajaan dah umumkan keputusan sekarang nak dengar pulak cerita sebelah sana dari Raja Petra.
Curahan rasa denaihati @ ..Top 10 Entri Denaihati 2012
RPK skarang kat mana ya?? media dah dapat hubungi kan..?
Curahan rasa KiD @ ..PROMOSI UNIFI FREE SEBULAN SUBSCRIPTION FEE
setuju dengan azman.. orang yang dalam politik pun ada yang berpura-pura..
Jika tidak licik tidak namanya politik kan bro 🙂
politik memang kadang-kadang membingungkan dan boleh memecah belah rakyat…
Curahan rasa yangbaik @ ..Persoalan Berkaitan Cuti Lagi
Ya, masih terngiang-ngiang kisah ‘off-record’ yang Tuan ceritakan kepada saya sebelum ini dan biar Allah sahajalah yang mengadilinya nanti.
Curahan rasa abangensem @ ..Dulu & Kini : Mini Seminar AE
Arsenik! perkataan yang hampir sudah lupa setelah membacanya di dada akhbar beberapa tahun lepas.. Kadangkala ada yang menjadikannya sebagai isu dan kadangkala ada yang sengaja diada-adakan.. walau bagaimanapun, hanya Allah SWT sahaja yang tahu kebenarannya..
Kurang ambil tahu kes-kes kontroversi politik macam ini. Kalau ada ceritanya secara penuh tentu membantu kami anak muda yang mungkin terlepas pandang isu ini.
Mohon Tuan Denaihati kongsikan. Ramai juga yang hendak tahu.
Curahan rasa Arrazi @ ..7 Kesalahan Dalam Artikel Yang Perlu Diperbetulkan Oleh Blogger
Tentu Tuan Denaihati mempunyai banyak pengalaman bersua muka dengan ahli-ahli politik… Sebenarnya saya juga nak tahu cerita sebenar tentang DS ANwar Ibrahim… Kalau ada cerita sebenar, boleh share…. TQ
Curahan rasa Anuar @ ..Tahniah!, Tahniah!, Tahniah! dan Tahniah!
apa kesudahan kes tu skrg ye?
Curahan rasa Shahrul @ ..Jom Undi Rakan Blogger di Social Media Awards 2013
Kita tunggu apa yg Raja Petra akan tulis utk sambungan kisah ini.
Curahan rasa denaihati @ ..Social Media Awards 2013 pengundian bermula
Sempat mendengar dan membaca kasus tersebut, rupanya bro Denaihati ikut terlibat juga dalam perawatan beliau
Curahan rasa Dawaihati @ ..Tebak Foto
Waduh komen saya yang serupa, dua-duanya tampil. Tadi sempat error, saya kira komen pertama tak masuk. Maaf ya bro Denaihati 🙂
Kes yg anat menggemparkan satu tika dulu…
Hairan juga, cerita arsenik hilang bak angin busuk berlalu… 🙂
perlu menilai dari setiap aspek utk kita menilai sewajarnya. Barulah keputusan boleh diputuskan. tu pun kalau kalau ada yang menerimanya. adatlah itu kehidupan memang sebegini. ada menerima atau sebaliknya….
Curahan rasa auc @ ..Ubuntu Linux Untuk Smartphone
hmmmm, first time dengar cerita ni
Curahan rasa azrijohan @ ..Cuti Semester 4 Bulan Hei
macam macam kan
Curahan rasa sweetkurma @ ..rancak berbiznes tudung
mesti laaa macam2 kan kak.. blogger pun macam2.. inikan pula politik yang membingungkan sesetengah orang..
Curahan rasa KiD @ ..PROMOSI UNIFI FREE SEBULAN SUBSCRIPTION FEE
menarik entry ni. boleh baca kisah disebalik tabir. saya juga ada kisah politik yg pernah berlaku depan mata tanpa tapisan. tapi belum ada keberanian untuk publish di blog. 🙂
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5 Gadget Impian
Suka dengan ayat ini
“Politik ini memang licik dan penuh strategi kekadang kesian melihat kawan-kawan yang terlalu fanatik tanpa dapat membezakan garis hitam dan putih.”
wowww!! Isu menarik ni..
Sebab DH tau kisah disebalik
Curahan rasa Myra Jay @ ..Kereta Tertimbus Tanah Runtuh Di Putra Heights
Comments are closed.