Wajarkah Anwar Ibrahim iktiraf Isr4el

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ini bukan entri politik untuk mencari sokongan tetapi entri untuk dibahaskan berdasarkan prinsip sebuah perjuangan yang tiada noktah. Malaysia dan banyak negara di dunia tidak mengiktiraf Isr4el sebagai sebuah kerana telah merampas tanah Palestine sejak berpuluh tahun lalu dan semakin membesar kerana merampas tanah Palestine yang sekangkang kera. Is4el akan menyerang Palestine bila-bila masa bila perlu dan tiada satu kuasa besar pun yang berani menghalang. Atas apa yang berlaku adakah Isr4el mempunyai hak di atas bumi Palestine?

mayat palestine Gaza yang dikeluarkan dari runtuhan

Petikan ulasan DS Anwar Ibrahim dibawah ini diambil dari Malaysiakini bukan dari Utusan Malaysia atau ahli PAKATAN gelar Utusan Meloya yang tidak ada ditokok tambah untuk kita fikir-fikirkan.

Dalam wawancaranya dengan media antarabangsa Wall Street Journal Khamis lalu, beliau menegaskan kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan jika syarat itu dipenuhi maka wajar hak rakyat Isr4el juga dihormati. Anwar juga berkata, pandangannya sejajar dengan prinsip PKR yang menjunjung keadilan sejagat dan tegas membela hak yang dizalimi, serta selari dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab berteraskan “Penyelesaian Dua Negara” Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi,” katanya.

Ayat di atas tidak ubah seperti ayat semua calon Presiden Amerika yang mesti mengampu Is4el untuk menang pilihan raya. Adakah ini bermakna suatu hari nanti Malaysia di bawah pemerintahan DS Anwar Ibrahim seandainya beliau berjaya menjadi Perdana Menteri akan mengiktiraf Is4el seandainya Isr4el ingin berdamai dengan Palestine setelah mengambil hampir semua bumi Palestine.

Mohd Zulkhairi Ab Aziz komen dalam isu ini di Facebook : Dlm politik atas pentas sebenar/praktikal, mnunjukkan sikap kompromi adlah bjiwa besar dan dihormati…semangat seerah pjanjian hudaibiyyah. Pertanyaan aku adakah Is4el selama sudi berkompromi dengan Palestine dan apa gunanya kompromi sekiranya hampir semua bumi Palestine dirampas oleh Isr4el.

Syaffiq Ubaidillah komen untuk isu ini : hehe. kita amal demokrasi. bukan sistem khalifah atau pun monarki islam. key point sy adalah bentuk pentadbiran sesuatu negara itu. federal constitution adalah undang2 tertinggi di Malaysia. bkn Al-Quran atau hadith. kalau UMNO perintah pun, x mustahil kita akn ad hubungan diplomatik dengan israel kalau mereka berbaik2 dengan Palestin. sama seperti Serbia dan Afrika Selatan. Komen aku demokrasi dan keadilan sejagat tidak boleh mengatasi Al Quran yang telah dengan jelas mengatakan y4hud1 adalah musuh Islam. Kalau UMNO iktiraf Isr4el (Kalau) mungkin tidak pelik kerana sejak dulu lagi pembangkang kata ini parti asabiyah tetapi PKR yang bekerjasama dengan PAS pasti sangat menjunjung perjuangan Islam.

Pandangan peribadi aku tidak wajar mengiktiraf Isr4el dalam apa juga keadaan setelah apa yang mereka lakukan kepada Palestine selama ini. Ini pandangan peribadi aku yang tidak perlu dipersetujui demi menyokong perjuangan Palestine yang berpanjangan yang entahkan bila akan tamatnya.

Sebelum komen sila tonton video ini (maaflah kalau jiwa aku selalu terusik bila menonton dan mana mungkin aku mengiktiraf Isr4el) :


Spread the love

183 Comments

  1. saya suka dgn ketegasan Dr M & kelantangan DSAI. Tapi Israel akan tetap Israel.. walauapapun perjanjian yg dibuat, semanis manapun janji yg ditabur.. tapi penderitaan & perjuangan palestine masih belum berakhir…

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!