Domain Blog mahal betul ke?

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, berdasar komen dalam entri “Beli Domain dan Hosting” masih ramai Rakan Blogger menolak membeli domain kerana mahal. Domain blog mahal betul ke atau hanya sangkaan kerana tidak pernah buat kajian. Blog Denaihati bermula dengan blog percuma denaihati.blogspot.com untuk setahun lebih kemudian berhijrah ke domain Denaihati.com dengan basic hosting Serverfreak dengan harga RM60 setahun. Selepas setahun trafik meningkat package hosting ditingkatkan mengikut keperluan dan beli domain Denaihati.net dan Denaihati.biz dengan harga RM40 setiap satu. April 2012 beli domain Denaihati.my dengan harga RM120 dan domain Denaihati.com.my dengan harga RM80.

Seperti perbincangan dalam Group Denaihati Network (dah join ke?) ramai Rakan Blogger tidak dapat membezakan Domain dengan Hosting. Sebenarnya kita boleh membeli Domain berasingan daripada hosting. Domain Denaihati.net, .biz, .my dan com.my dibeli daripada Serverfreak tanpa hosting dan buat masa ini semuanya di redirect ke Denaihati.com. Purata harga domain blog adalah antara RM40 – RM50 tetapi kalau rajin mencari seperti di GoDaddy.com dan NameCheap.com pasti boleh dapat murah kerana selalu sahaja ada diskaun. Kalau ada rezeki kekadang boleh dapat domain serendah USD2 sahaja.

Apa domain pilihan hati

Kisah Domain dan Hosting berbayar dan free ibarat kisah telur dengan ayam yang tidak pernah akan tamat. Ada yang kata telur dulu keluar dan ada yang kata ayam dulu. Dalam dunia blogging pulak ada Blogger kata blog belum terkenal macam mana nak beli domain dan hosting dan ada pulak kata belilah domain dan hosting barulah bertambah yakin dan pasti blog akan jadi terkenal.

Bagi aku semuanya bermula daripada kita sendiri. Setiap apa yang kita lakukan walaupun sekecil masa mesti ada matlamat bukan sekadar membuang masa. Bukan semua berblogging untuk mencari duit tetapi itu bukan bermakna kita tidak perlu domain dan hosting. Walaupun berblogging hanya hobi hanya post sekali seminggu tetapi pastikan blog kita berkualiti. Kualiti perlu ada harganya dengan hanya mengeluarkan RM80 untuk basic hosting dan 1 domain percuma untuk satu tahun bukanlah satu harga yang terlalu mahal. Selitkan iklan Nuffnang dalam blog insyallah dalam tempoh setahun boleh dapat semula RM80 tu.

Dengan domain dan hosting berbayar maka kita meletakan blog kita ada nilai. Nilai tersebut akan meningkat dengan peningkatan trafik, pengikut dan kualiti penulisan. Percayalah suatu hari akan ada syarikat besar yang akan melihat nilai blog kita dan tanpa diminta mereka akan sendiri datang tanpa dijemput dan bersedia membayar mahal untuk bekerjasama dengan blog kita.

Semuanya tidak datang sekelip mata tetapi mesti bermula dari langkah pertama … jangan bertangguh mulakan dari sekarang.


Spread the love

340 Comments

  1. dulu rasa mahal juga tapi bila dah pakai domain sendiri dan dah mula blogging agak lama taklah mahal sangat sebenarnya. tapi make sure beli dengan pihak yang beri servis terbaik. kalau provider tu bermasalah, memang domain/hosting tu sangat mahal
    Curahan rasa Amirez @ ..Rumah BaruMy Profile

  2. salam DH…. domain tak mahal sebenarnya…. nak beritahu DH terlebih bank in RM100 pada account saya (papankekunci.com). Mohon DH beri no account untuk saya transfer semula pada DH. Saya dah email dua kali tapi DH tak respon….saya nak pulangkan hak orang ni
    Curahan rasa azura @ ..Memori Melaka BersejarahMy Profile

  3. Betul tu. Kadang-kadang benda yang berbentuk motivasi secara tidak langsung amat penting terutamanya bila kita hilang semangat nak buat kerja tu. Bila dah kena bayar ni, mmg kena usahakan juga utk buat yg terbaik. Tips yang baik.
    Curahan rasa Ar-Razi @ ..Kontroversi Euro 2012My Profile

    1. 1 domain RM50. Package hosting Serverfreak-Denaihati hanya RM80 termasuk 1 domain free utk setahun rasanya tak lah terlalu mahal. Kalau nak murah ada lagi syarikat hosting lain yg boleh bagi harga lebih murah. Adakah hosting ni mahal? satu lagi persoalan yg nak dibetulkan.
      Curahan rasa denaihati @ ..Beli Domain dan HostingMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!