Assalamualaikum dan salam 1Dunia, di persidangan Malaysia World Bloggers and Social Media Weeks 2012 isu perdebatan Khairy Jamaluddin vs Rafizi Ramli banyak diperkatakan. Kepada penyokong Pakatan Rakyat, Rafizi adalah pemenang dan kepada penyokong Barisan Nasional, Khairy adalah pemenang tetapi seperti kata Khairy apabila debat tersebut tersebar di Youtube pemenangnya bukan Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional tetapi kepada Demokrasi Malaysia.
Selama ini rakyat Malaysia dihidangkan dengan politik emosi samada dari Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional. Banyak isu peribadi di paparkan dalam ceramah-ceramah kepada rakyat melebihi daripada perancangan membina negara yang lebih berjaya.
5.00 pm, 18/2/12 akan menjadi satu lagi sejarah apabila Dr Chua Soi Lek dari Barisan Nasional akan berdebat menentang Lim Guan Eng dari Pakatan Rakyat. Debat Chua Soi Lek vs Lim Guan Eng jangan di pandang siapa menang siapa kalah kerana pasti setiap penyokong akan katakan merekalah pemenang. Info dari blog Zulkbo : Debat Chua vs Lim yang dijadualkan bermula pada jam 5 petang itu akan turut disiarkan secara langsung menerusi siaran Astro AEC (301), akan diulang tayang pada jam 11 malam hari yang sama dan Astro Awani (501) dengan alih bahasa. Moderator debat ini ialah Ketua Pegawai Operasi Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Tan Ah Chai.
Pandangan peribadi aku apa yang nak ditunjukkan adalah kematangan ahli politik Cina berpolitik. Apa pula pandangan Rakyat Malaysia yang lain?
Kepada yang belum mengundi sila buat pilihan anda di Ramalan Pilihan Raya Umum 13 di side bar kanan. Berdasarkan keputusan terkini pengundi Atas Pagar bakal menentukan masa depan Malaysia.
Antara perkataan yang menarik dipetik dari Malaysiakini : “DAP tidak mengiktiraf ketuanan Melayu. Kami mengiktiraf ketuanan rakyat,” kata Lim.
Debat ke dua Chua Soi Lek vs Lim Guan Eng
Debat ke dua Chua Soi Lek vs Lim Guan Eng dianggap gagal apabila debat tidak berlansung secara sihat. Platform debat lebih banyak digunakan untuk menerangkan perjuangan parti daripada menjawab soalan dan berdebat secara lansung menjawab isu semasa. Presiden MCA, Chua Soi Lek menolak untuk debat ke tiga kerana debat tidak membawa kesan positif.
Video Debat Chua Soi Lek vs Lim Guan Eng (dalam bahasa Cina)
Video Debat Khairy Jamaluddin vs Rafizi Ramli
77 Comments
Kena tengok melalui youtube sbb tak de astro. Itu pun kalau ada sesapa yg download.
Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..Happy Birthday Mum
rumah tak ada astro…xdapat nak tgok
Curahan rasa Hans @ ..Apa Celop Ajak Couple
Sebagai rakyat kita kena juga ambil tahu dengan melihat dan mendengar perihal politik , sbb kita harus mengundi dan memilih kerajaan yg kita rasa layak, dah cukup umur tunaikanlah tanggungjawap anda sebagai pemilih..
yups…paling penting kena daftar mengundi..tanggungjawab tu 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Apa Celop Ajak Couple
setuju3x… memang kena amik tahu… bukan selalu ada peluang utk dengar debat mcm ni kan..
Curahan rasa kakyong @ ..Contest Malaysia Top Blogger | Meh le kome support kakyong[dot]com©
Harap kedua-duanya ikhlas bekerja untuk rakyat
Curahan rasa Norasikin @ ..Resepi Tauhu Telur Dengan Sos Tiram
yups…harap2nya begitu lah
Curahan rasa Hans @ ..Apa Celop Ajak Couple
Saya dah daftar, anda bila lagi ? 😀
Curahan rasa Terbaik.my @ ..Perayaan potong babi hidup-hidup
saya dah daftar..xsabo nak mengundi 1st time 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Apa Celop Ajak Couple
bagus hans.. kakyong Insya Allah bakal mengundi utk kali ke 4… yessss..
Curahan rasa kakyong @ ..Contest Malaysia Top Blogger | Meh le kome support kakyong[dot]com©
pelik tul lah zaman sekarang nie… perkara macam nie pun leh bergaduh dalam parti.. apa nak jadi lah nie…
Curahan rasa Ariff @ ..Saiful Apek Gitu Gitu Mungkin Akan Dipenjara positif Dadah
nama tak nampak yek commenluve website aku nie?
Curahan rasa Ariff @ ..Saiful Apek Gitu Gitu Mungkin Akan Dipenjara positif Dadah
Tu ada tu commentluve nye 😀
Curahan rasa Terbaik.my @ ..Perayaan potong babi hidup-hidup
Mereka dah berdebat,harap ada perubahan dari ke2 belah pihak.
Curahan rasa azman @ ..Ragam Kaki Nombor
yups..dua2 pihak harus berubah ke arah positif 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Apa Celop Ajak Couple
Untuk yang satu ini hanya menyimak saja, semoga apa pun hasilnya dapat mengedepankan kepentingan masyarkat dan negara.
Sukses selalu
Salam
Ejawantah’s Blog
betul tu…harap dapat membantu
Curahan rasa Hans @ ..Apa Celop Ajak Couple
susah jugak nk komen klu bab2 politik ni..:)
heehe..tu la pasal…nanti ramai pihak terasa kan dengan komen kita 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Apa Celop Ajak Couple
takut jadi, “kecek sajo buat dok ” [cakap lebih buat tak]..(bhasa kelate)
Curahan rasa faizfakhirin @ ..Inflasi : Apa yang Kita tahu ?
selalu macam tu la juga…cakap senang buat tu susah tapi harap2 apa dikata itulah dikota 😉
Curahan rasa Hans @ ..Apa Celop Ajak Couple
video dh kluar utube belum ek?..dh nama malaysia, xpayahlah berangan nk buat cam singapore..itu jer….yang penting, martabatkan islam..xkiralah siapa naik, bila berlandaskan islam..betul lah perjuangannya untuk seluruh manusia.
Curahan rasa faizfakhirin @ ..Inflasi : Apa yang Kita tahu ?
yups..berlandas islam pasti semua selamat 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Apa Celop Ajak Couple
perdebatannya semoga menghasilkan yang terbaik bukan hanya debat tanpa realisasi
Curahan rasa pembalut anion @ ..Mengobati Keputihan Wanita Hamil
harap2 pun macam tu lah
Curahan rasa Hans @ ..Apa Celop Ajak Couple
huhu..kena tonton dulu, baru leh komen panjang-panjang..
Curahan rasa titan @ ..Komisen ke 8 dari Triond
dah keluar dekat youtube tak lagi?
Curahan rasa Hans @ ..Apa Celop Ajak Couple
berdebat hebat xguna kalau penyelesaian atau jawapan kpd isu2 yg diketengahkan tidak diterjemahkan dalam debat tersebut. isu peribadi perkara kedua. masalah rakyat perlu diutamakan.
Curahan rasa Ekspresi Ruang @ ..The Face Shelving: Tips Rak DIY Ilham Alexi Mccarthy
betul tu..masalah rakyat harus jadi keutamaan dalam debat nih
Curahan rasa Hans @ ..Apa Celop Ajak Couple
debat2 tu
dah habis pastikan apa yg diperdebat tu terus jalan
x kiralah pembangkang atau kerajaan
menang debat je x guna
jika x de jalan penyelesaian 🙂
Curahan rasa auc dot com @ ..Sunderland vs Arsenal | England FA CUP 2011/ 2012 | Live and Results
betul tu..semoga diorang melakukan apa diorang cakap 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Apa Celop Ajak Couple
Comments are closed.