Bloggers Malaysia VS Menteri?

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, berita panas dalam dunia blogger Malaysia. Banyak juga blog yang hebat memberi komen tentang isu terpanas apabila DS Dr Rais Yatim membuat lapuran polis ke atas tulisan yang dibuat oleh Rocky’s Bru yang mempersoalkan tentang kontrak yang bakal diberi kepada beberapa syarikat telekom tertentu. Kepada yang masih belum baca kenapa berlaku begitiu sila baca special entri ni “TERKINI! JUSTICE FOR ROCKY BRU! RAIS YATIM“.

Majoriti blog mempersoalkan kenapa Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia begitu cepat membuat laporan polis sedangkan banyak kes lain yang melibatkan kementerian beliau tidak diambil tindakan sewajarnya seperti kes Namewee yang pernah mempelekehkan lagu Negara Ku ditukar kepada rentak rap dan dinamakan ‘Negarakuku’. Namewee dalam klip video berbeza juga pernah memaki hamun Tenaga Nasional Berhad, TNB. Apa katanya? Fuck TNB! Eat Shit TNB. Mengikut tulisan Mazidulakmal pemberita TV3 bertajuk Menteri vs Blogger Rocky’sBru, Namewee masih bebas membuat konsert walaupun berbagai lapuran polis telah dibuat ke atas beliau.

Semuga apa yang berlaku ini bukanlah permulaan Bloggers Malaysia vs Menteri.

[ad#advertlets336]


Spread the love

83 Comments

  1. ada juga tengok diaorang bincang topix ni di selamat pagi beberapa hari yg lalu..blogger hena hati2 bila buat spekulasi

  2. Assalaamu`alaikum saudara
    saya pernah ditawarkan untuk menjadi penulis blog berbau politik tapi telah saya tolak secara baik. Pada saya tak salah menulis mengenai salahlaku Menteri atau penjawat awam, tapi biarlah ianya nanti dibuat atas tiket kebenaran dan bukannya ikut sedap mulut atau khabar angin sahaja. (Rujuk Perlembagaan Malaysia Fasal 10 untuk keterangan lanjut). Dalam hal ini, pak menteri yang dimaksudkan seharusnya duduk berbincang dengan penulis blog itu terlebih dahulu seblum mengambil apa-apa tindakan terhadapnya. Dengan cara itu orang akan lebih menghormatinya.
    Curahan rasa Mama Murai @ ..Bijak Sang Kancil- bijak tidak bertempatMy Profile

  3. kenapa tak ambil tindakan ke atas namawee?
    sebab namawee tak usik hidup siapa-siapa.. suke hati lah namawee nak buat pe pun. tak kacau banglo dan kereta mewah siapa-siapa.. cuma kacau sensitiviti masyarakat je.. ape de hal.. (baca dalam nada sarkas)

    kenapa isu rockys bru jadi besar?
    sebab… ini melibatkan poket tebal dan wang lebat.. (kot).. aku tak tuduh.. aku agak je.. jangan buat repot terhadap aku pulak..
    Curahan rasa shira ayumi @ ..semangat Teja aku cicirMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!