Assalamualaikum dan salam 1Dunia, di persidangan Malaysia World Bloggers and Social Media Weeks 2012 isu perdebatan Khairy Jamaluddin vs Rafizi Ramli banyak diperkatakan. Kepada penyokong Pakatan Rakyat, Rafizi adalah pemenang dan kepada penyokong Barisan Nasional, Khairy adalah pemenang tetapi seperti kata Khairy apabila debat tersebut tersebar di Youtube pemenangnya bukan Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional tetapi kepada Demokrasi Malaysia.
Selama ini rakyat Malaysia dihidangkan dengan politik emosi samada dari Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional. Banyak isu peribadi di paparkan dalam ceramah-ceramah kepada rakyat melebihi daripada perancangan membina negara yang lebih berjaya.
5.00 pm, 18/2/12 akan menjadi satu lagi sejarah apabila Dr Chua Soi Lek dari Barisan Nasional akan berdebat menentang Lim Guan Eng dari Pakatan Rakyat. Debat Chua Soi Lek vs Lim Guan Eng jangan di pandang siapa menang siapa kalah kerana pasti setiap penyokong akan katakan merekalah pemenang. Info dari blog Zulkbo : Debat Chua vs Lim yang dijadualkan bermula pada jam 5 petang itu akan turut disiarkan secara langsung menerusi siaran Astro AEC (301), akan diulang tayang pada jam 11 malam hari yang sama dan Astro Awani (501) dengan alih bahasa. Moderator debat ini ialah Ketua Pegawai Operasi Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Tan Ah Chai.
Pandangan peribadi aku apa yang nak ditunjukkan adalah kematangan ahli politik Cina berpolitik. Apa pula pandangan Rakyat Malaysia yang lain?
Kepada yang belum mengundi sila buat pilihan anda di Ramalan Pilihan Raya Umum 13 di side bar kanan. Berdasarkan keputusan terkini pengundi Atas Pagar bakal menentukan masa depan Malaysia.
Antara perkataan yang menarik dipetik dari Malaysiakini : “DAP tidak mengiktiraf ketuanan Melayu. Kami mengiktiraf ketuanan rakyat,” kata Lim.
Debat ke dua Chua Soi Lek vs Lim Guan Eng
Debat ke dua Chua Soi Lek vs Lim Guan Eng dianggap gagal apabila debat tidak berlansung secara sihat. Platform debat lebih banyak digunakan untuk menerangkan perjuangan parti daripada menjawab soalan dan berdebat secara lansung menjawab isu semasa. Presiden MCA, Chua Soi Lek menolak untuk debat ke tiga kerana debat tidak membawa kesan positif.
Video Debat Chua Soi Lek vs Lim Guan Eng (dalam bahasa Cina)
Video Debat Khairy Jamaluddin vs Rafizi Ramli
77 Comments
Debat dah berlangsung. Menang kalah bukan tujuannya. Takkan kita nak jadi pemerhati je? Tengok, dengar, fikir dan fahami.. Bila-bila masa je pilihanraya akan diumumkan.
Curahan rasa Cikgu Hairul @ ..Mohon Pandangan : Perlukah Komen Berbalas?
pilihanraya rasa – rasanya bulan 3 nih la kan?
Curahan rasa Hans @ ..Apa Celop Ajak Couple
biar pembangkang atau kerajaan, harap debat tidak ada isu peribadi. dan harap untuk kebaikan Malaysia yang tercinta.
Curahan rasa KiD @ ..Rehat
yups..kalau isu peribadi tersasar la tujuan debat tu 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Apa Celop Ajak Couple
Salam..
saya setuju dengan anda..kematangan mereka berpolitik agak kehadapan dari kaum kita bila bercakap soal bangsa..mengenepikan dulu ketepi soal pangkat atau fahaman politik..cuba kita cari penyelesaian dengan berdebat sebegini..apa yang di mahukan pihak lawan kalau kita rasa betul..tegakkan! biar rakyat yang mengadili..sudahlah umat islam sedunia tidak bersatu dan masih bertelagah isu saudara kita di bumi Palestin..sedangkan islam yang lain masih mengiktiraf Israel secara diam (berurusniaga)..antara rakan niaga ke-15 terbesar membuatkan saya kerdedu sekejap..masih menantikan jawapan pihak atasan isu ini..tapi seolah cuba di sembunyikan??
Curahan rasa zulkbo @ ..Siaran Langsung Debat Politik Lim Guan Eng Dan Chua Soi Lek
seperti isu sblum ni..kite pon x selidik ape yg diperdagangkan dengan israel..
Curahan rasa Jebeng Otai @ ..Cara Untuk Menang Nombor Ekor 4D
sangat sokong apa yang bro Zulkbo katakan nih
Curahan rasa Hans @ ..Apa Celop Ajak Couple
singgah bentar ms bro,, bagus benar ni blog, salam kenal ya..
blog nih memang bagus..rajin2 la singgah 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Apa Celop Ajak Couple
Dalam perdebatan akan timbul isu yg terjadi pada Chua Soi Lek pada suatu ketika dahulu, kalau perdebatan ini semakin hangat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
yups…mesti timbul kan…
Curahan rasa Hans @ ..Apa Celop Ajak Couple
Sebenarnya dlm masa yg sama mereka sependapat dlm hal ehwal kaum mereka sendiri tidak seperti Melayu yg asyik bergaduh tenyang isu agama, byk pandangan dan selalunya berbeza.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
Tapi penting juga dua org aum menoriti berdebat, mesti hangat isu yg mereka bangkitkan. Selalunya menghentam corak pemerintahan masing2.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
Mereka ni macam menegak benang yg basah, walhal sama ada kelebihan dan kekurangannya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
Kita akan lihat perdebatan kaum cina pula. Apa isu yg mereka bangkitkan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
Berdebat ni tidak ada yg menang tiada yg kalah, sama2 rasa merekalah yg menang.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
Semoga dengan perdebatan ,,timbul terobosan baru untuk malaysia yang lebih berkembang lagi
Curahan rasa download buku @ ..Download Software WinZip Pro v.11.1 plus Keygen
politik malaysia menuju area kematangan…
Curahan rasa Adib @ ..Topup RM 5 Dari Kementerian Belia Dan Sukan
yups..dah nampak menuju ke arah itu 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Apa Celop Ajak Couple
haha.. politik zaman la ni mcm2 cara pon boleh…
Curahan rasa Nizam Ijam @ ..Beza Mahasiswi dan Mahasiswa Di Universiti…Bila Bab Jodoh…
yups…macam2 cara dah sekarang
Curahan rasa Hans @ ..Apa Celop Ajak Couple
Dunia politik malaysia masa kini..huhu
Curahan rasa UpProfits @ ..Populariti dan Networking Besar beri Kelebihan
nampak menarik juga bila ada debat2 nih
Curahan rasa Hans @ ..Apa Celop Ajak Couple
Mohon maaf kalau postingan ini saya jadi No Comment..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Daftar Lengkap Pemenang Grammy Awards 2012
Bang Iwan entri ini khas untuk politik Malaysia
Curahan rasa denaihati @ ..Rezeki hari Jumaat
Oh iya… jadi yang ini semacam debat calon yah?
Curahan rasa Bang Iwan @ ..KEUMALA
Debat di antara dua ketua Parti Cina paling besar di Malaysia
Curahan rasa denaihati @ ..Perniagaan Forex Online Haram dah Confirm
Maksudnya debat untuk menjadi ketua kah..?
Curahan rasa Dadan @ ..Info Lowongan Kerja PT INTI – Februari 2012
Dr Chua dari barisan pemerintah manakala Lim guan Eng dari kolisi pembangkang. Debat pesediaan untuk pemilihan umum yang bila-bila akan diumumkan
Curahan rasa denaihati @ ..Top 20 Orang Paling Kaya di Malaysia 2012
ooh…debat untuk pemilu, sama waktu Indonesia mau memilih Presiden…
Curahan rasa Dadan @ ..Info Lowongan Kerja PT INTI – Februari 2012
Sama bang, saya juga no comment, ini soalan politik di Malaysia
Curahan rasa Dadan @ ..Info Lowongan Kerja PT INTI – Februari 2012
takper Bang Iwan.. 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Apa Celop Ajak Couple
Comments are closed.