Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ketika di kampus dahulu aku adalah salah seorang pemimpin pelajar dan menang dalam pemilihan wakil pelajar seawal tahun pertama. Bermula dari saat inilah aku mula mengenal sepak terajang berpolitik. Berpolitik di kampus adalah modal kepada sistem politik negara. Setelah tamat pengajian dan bekerja aku telah ditawarkan jawatan politik tetapi menolak dengan alasan ingin fokus kepada pekerjaan. Lagi pun ketika itu majoriti parti politik diperingkat akar umbi tidak begitu mengalu-alukan ahli yang berkelulusan tinggi kerana dikhuatiri akan mengambil alih kepimpinan yang biasanya dikuasai oleh pemimpin yang bukan berkelulusan tinggi.
Walaupun aku tidak aktif berpolitik dan lebih fokus kepada bisnis tetapi aku mengikuti rapat perkembangan politik Malaysia. Secara keseluruhan pentadbiran Malaysia tidaklah seteruk Mesir sehingga rakyatnya melakukan protes besar-besaran atau Tunisia sehingga rakyatnya berjaya melakukan revolusi. Ini bukanlah bermakna tiada kelemahan kerana masih banyak lagi tambahbaik yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk memberi manafaat kepada rakyat Malaysia.
Kegagalan kerajaan Barisan Nasional mendapat majoriti 2/3 dalam PRU12 merupakan rahmat besar kepada rakyat. Kerajaan tersedar dari mimpi indah dari mendewakan pemimpin politik sekarang rakyat lebih diutamakan. Pada peringkat awal gabungan Pakatan kelihatan sangat semakin hampir mengambilalih Putrajaya dari kepimpinan Barisan Nasional. Pergolakan yang berlaku dalam Pakatan terutama Parti Keadilan tanpa ada kesudahan menyebabkan majoriti rakyat atas pagar sudah semakin beralih pandang. Anggota PAS pula terus membenci dan menjauhkan diri dengan masyarakat yang tidak sehaluan dengan mereka. Secara peribadi aku tidak yakin Pakatan akan dapat mengambil alih Putrajaya pada PRU13 akibat daripada kelemahan dalaman yang tidak dapat diselesaikan.
Pilihanraya kecil yang bakal diadakan di TENANG dan MERLIMAU sudah pasti akan menjadi indikator penting dalam menentukan sokongan rakyat samada masih kepada Barisan Nasional atau kepada pembangkang, Pakatan. Dari TENANG ke MERLIMAU mungkinkah cita-cita Pakatan yang ingin menakluki Putrajaya akan berjaya. Bagi aku tiada salahnya kalau Pakatan dapat memerintah Malaysia tetapi strategi politik yang ditunjukkan oleh Pakatan dibawah kepimpinan DS Anwar Ibrahim tidak meyakinkan aku bahawa mereka mampu menang dalam PRU13 akan datang.
21 Comments
menarik!
Curahan rasa wansiti @ ..Tips Merawat Demam Kuning Pada Bayi- Tips untuk contes qalishcom
Saya mengharap keamanan dan keharmonian antara kaum kenapa perlu ada prasangka semasa kita satu bangsa Malaysia yang lahir selepas Merdeka. Jika sebelum Merdeka kita boleh barsatu menentang penjajah kenapa tidak sekarang?
Adakah kita sudah lupa harapan generasi terdahulu berapa bersyukur menikmati setiap laungan Merdeka. Janganlah kita mudah lupa
Curahan rasa akubiomed @ ..Minggu ini cerita Asia sahaja
Semoga rahmat dan kejayaan kepada Negara Kita
Curahan rasa Berpikir Positif @ ..Ayam Kampung- Kota bunyi Kuntilanak
Panas dalam banjir di tenang…. merlimau bagaimana?
Curahan rasa muss @ ..Tahun Baru Cina &8211 Gong Xi Fa Chai
Patut la ada aura politik, rupanya bekas Majlis Perwakilan Pelajar.. Kalau bab politik ni memang tak masuk sangat dengan saya..
Curahan rasa Steward John @ ..Wa… saya menang Apple Macbook & Nokia N8!
semoga pihak yg menang dpt memenuhi permintaan daripada rakyat.. jgn ckp tak serupa bikin.. tunaikan janji2 yg dibuat sebelum mng pilihanraya..
Curahan rasa Ezany-Kun @ ..Farid Kamil Lelaki Psiko
Saya setuju sangat dengan bro tu… nak cakap, tapi susah pulak kalau kita cakap.. benda politik agak sensitif juga.
Curahan rasa Steward John @ ..Wa… saya menang Apple Macbook & Nokia N8!
memang tak yakin dengan anuar..nampak merepek je..
Kat Merlimau pastinya den pun akan terlibat kena kerah nanti walaupun bukan ahli politik…
politik2.. sampai bila2 pun tak abis diceritakan.. kalahmenang, lawanlawan semua masa pilihanraya aje.. dah abis tu kerjakerjakerja la..
Curahan rasa eiman @ ..Gelanggang Raja Lawak 5 Minggu 4 Persembahan 3 Terbaik
Seharusnya dah abis pilihanraya lansung berkhidmat utk rakyat dan kurangkan politiking.
Mantab neh postingannya…
Terimakasih sudah Berbagi…
Ditunggu Postingan yang Bermanfaat Selanjutnya Ya…
Ijin Follow dan Salam Kenal Dari Cerita dewasa, Kalo berkenan follow balik ya… 🙂
Curahan rasa Cerita Dewasa @ ..Cerita Dewasa Ng-upload Gambar Cewek Berjilbab
BN yang telah memerintahkan Malaysia khususnya, ada kewibawaan sebagai parti pemerintah yang telah lebih 4 dekad berkuasa.Keadaan semakin kacau disebabkan bukan saja fitnah politik yang pada mula menghantui parti politik Malaysia tetapi jelas dan tak payah bersuluh ialah pemimpin dalam BN yang banyak melakukan kesilapan besar.pertama kes rasuah yang berleluasa dan tidak boleh dibendungkan lagi.rakyat telah dapat menghidukan kejahatan pemimpin melalui pembacaan dan penelitian.sekarang bagaimanalah bangkai gajah boleh ditutup dengan nyiru, setelah sekian lama bau busuk telah menerkam ke hidung rakyat. Misalnya di sarawak cukup menjadi contoh yang paling nyata,satu blog iaitu sarawak report wal hasil penyelidikan yang cukup berani telah mendedahkan perihal tingkah laku pesalah pemimpin politik yang telah memerintah negeri sarawak lebih 30 tahun.benda benda salah dan jelek inilah yang menjadi titik tolaknya kekacauan bergelodak dalam BN.sarawak sebagai deposit tetap BN dimana kemenangan besar rakyat sarawak sumbangkan selama ini, kini rakyat sarawak telah berani bersuara melalui blog dan sebagainya dalam siber.alam siber tanpa sempadan telah digunakan sepenuhnya jari jemari untuk bukan lagi menegur kepemimpinan yang salah tetapi mahukan pemimpin tersebut segera turun. kalau tidak betul betul bertindak tidak heranlah segala akan terjawab menjelang pilihanraya nanti.kalau dilihat dari senario sekarang bahang kemarahan tidak heran akan berubah menjadi api ganas bila suara lantang rakyat tidak didengar.jikalau bukan kerana hal yang jelek2 berlaku keadaan BN memerintah akan terus terjamin pada beberapa penggal lagi.semua rakyat malaysia yang celik huruf dan mengikut perkembangan tahu apa yang melanda negeri sarawak.banyak contoh yang telah menyakitkan hati rakyat sarawak terutama pengambilan tanah untuk bertanam dan sebagainya diambil dan diubahkan untuk menanam kelapa sawit secara komersial. sementara bayaran pampasan yang diterima rakyat terbabit tidak seimbang dengan tututan yang mereka telah berpuluh tahun mengusahakan tanah itu.sebaliknya diserahkan kepada syarikat2 besar atas nama ahli keluarga pemimpin terbabit.rakyat yang tidak terlibat pula telah mendapat tempias kesusahan kerana kenaikan minyak yang membawa kepada kenaikan barang keperluan lain dan banyak menyusahkan kerana tiada kenaikan gaji yang boleh menyeimbangkan hidup.banyak pula kes kes rasuah yang membabitkan pemimpin menjadi pertikaian rakyat dan tidak diberi jawaban konkrit.tiada penyelesaian mudah kepada kes kes berat itu dan rakyat selaku pengundi sudah bijak menggunakan hak mereka bila tiba masanya.rakyat tidak boleh dihasut lagi dan naluri mereka bisa memberi jawaban yang tepat.maju mundur parti pemerintah adalah terserah kepada para pemimpin yang berwibawa untuk menangani semuanya dengan kebijaksanaan dan keikhlasan.pemimpin yang dihormati ialah pemimpin yang benar benar berjiwa rakyat, adil saksama serta bertaqwa kepada Tuhan.
wahhh politik pula ni, x tau la kalau ade kejutan dalam PRU kali ni
Terkini : Trend Gigi Bercahaya di Jepun
Curahan rasa suffer8zine @ ..Trend Gigi Bercahaya di Jepun
saya setuju dengan teori politik kampung tu. yg berkelulusan tinggi mudah dicantas oleh yang lama. tapi sekarang dah makin kurang.
tapi bab menggadai masa depan negara dengan bagi kat pembangkang. tak akan saya lakukan
Mampir pertama disaat pagi utnuk menyapa sahabat semuanya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Arrival Dwi Sentosa Pencipta Artav AntiVirus
ternyata Bro DH juga seorang pengamat politik yang handal.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Arrival Dwi Sentosa Pencipta Artav AntiVirus
Comments are closed.