Charlie Hebdo lukis lagi kartun Rasulullah

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada pertengahan 2012 tabloid Charlie Hebdo telah menerbitkan karikator bogel Nabi Muhammad yang telah mendapat tentangan seluruh umat Islam dunia. Berbagai peringatan telah diberi kepada ketua editor Charlie Hebdo dan kepimpinan Perancis tetapi atas prinsip “kebebasan bersuara” tiada tindakan telah dilakukan sehingga berlaku tragedi serangan pejabat Charlie Hebdo.

12 orang termasuk ketua editor dan kertunis telah terkorban apabila pejabat Charlie Hebdo diserang oleh Cherif Kouachi dan abangnya Said Kouachi. Tragedi ini telah membunuh total 17 orang apabila polis Paris bertindak balas termasuk Cherif dan Said Kouachi. Serangan ini tidak akan berlaku sekiranya majalah tabloid tidak memprovokasi Islam dengan melukis kartun Rasulullah.

perhimpunan solidariti Perancis

Dunia sengaja melupakan sebab utama mengapa serangan berlaku dengan mengutuk penyerang Islam sebagai extrimis dan mengangkat Charlie Hebdo sebagai hero dunia. Maka berlakulah perhimpunan solidariti Perancis yang menghimpunkan lebih satu juta manusia dengan dihadiri oleh berbagai Ketua Negara tanda sokongan kepada Charlie Hebdo termasuk Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Mereka sengaja lupa bahawa Netanyahu telah membunuh dengan kejam lebih ramai Rakyat Palestine. Mereka semua bersatu menentang Islam atas tiket demokrasi sementara Islam terus berpecah dan dipecahkan.

penyokong Charlie Hebdo

Dengan sokongan dunia Charlie Hebdo telah menerbitkan tabloid baru dengan karikator Rasulullah bersedih menghiasai muka depan. Satu tindakan provokasi yang memang disengajakan dilakukan dengan harapan Islam akan bertindak balas. Tapi kali ini aku sangat berharap perjuang Islam tidak masuk perangkap dengan menyerang balas kerana itulah yang diharapkan oleh musuh-mush Islam.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Rahsia Yakjuj Makjuj sudah terbongkar! Klik Sini

Rahsia magnet rezeki bukan lagi rahsia! Klik Sini

Sedekah pembuka pintu rezeki. Ramai yang masih tidak tahu rahsianya! Klik Sini[/box]

Musuh Islam terlalu takut dengan perkembangan Islam yang sangat pesat sehingga ada statistik mengatakan dalam tempoh 30 tahun Perancis akan menjadi negara Islam. Bukan sahaja Perancis malah seluruh dunia pertambahan penganut Islam bertambah dengan banyak sekali.

muka depan tabloid Charlie Hebdo kartun Rasulullah

Sebagai umat Islam mari kita terus berdoa dan tunjukkan akhlak yang baik kerana tidak mustahil kartunis Charlie Hebdo ini akan menjadi seperti Greet Wilders penghina Islam tegar yang kini sudah mendapat hidayah mengucap dua kalimah syahadah. Biarkan Charlie Hebdo melukis lagi dan lagi kartun Nabi Muhammad sehingga akhirnya hidayah masuk di dalam hati mereka kerana mereka jahil bahawa Rasulullah adalah pembawa rahmat keseluruh alam.


Spread the love

111 Comments

  1. Sebagai umat Islam, kita perlu renungkan juga hadis Rasulullah yang menerangkan bahawa pada akhir zaman sememangnya musuh Islam akan mengerumuni umat Islam seperti serigala mengerumuni makanan, hinggakan sahabat baginda terkejut dan merasakan mungkin kerana umat Islam akhir zaman sedikit bilangannya.

    Tetapi Rasulullah menafikan bahkan menjelaskan bilangan umat Islam terlalu ramai, tetapi umat Islam yang ramai itu mempunyai penyakit, iaitu Al-Wahan. Yakni cinta dunia dan takutkan mati.
    Curahan rasa Abdullah Idris @ ..3 Strategi Untuk Memukau Prospek Dengan Emel “Selamat Datang”My Profile

  2. Kreativiti apapun pastinya ada sempadan yang mesti dipatuhi. Jangan sampai melanggar hak-hak orang lain yang akan menimbulkan kemarahan dan seterusnya mendapat cacian. Bukan sahaja di akhirat sana bahkan di dunia ini hidupnya tidakkan selamat.
    Curahan rasa yangbaik @ ..Bilik tengah sudah kosongMy Profile

  3. Ingatlah “What you give give, you get back”. Apapun niatnya untuk menjatuhkan atau memecah-belahkan umat Islam, kesannya akan kembali kepadanya semula. Semoga Allah kurniakan balasan yang setimpal di atas niat dan perbuatannya. Allahhu Akbar!
    Curahan rasa yangbaik @ ..Bilik tengah sudah kosongMy Profile

  4. jom sama-sama kita mendoakan lebih banyak negara akan menjadi negara Islam. Saya cadangkan dalam setiap artikel tentang penindasan terhadap Islam, biarlah dalam masa yang sama kita akhirkan artikel tu dengan up date tentang semakin ramai sekarang ni yang masuk Islam.. macam artikel DH ni menunjukkan statistik tentang bilangan orang yang masuk Islam semakin ramai.. dalam berita sedih ada gembiranya.. memang betul sekarang ni semakin ramai manusia yang masuk Islam.. salah satu sebab ialah masyarakat dunia pelik..kenapa dalam banyak-banyak agama orang sangat skeptikal dengan Islam. tentu ada yang menarik tentang Islam lalu mereka mula mengkaji, mencari keistimewaan Islam… Wallahu a’lam..
    Curahan rasa Cahaya Diana @ ..7 Gambar Kanak-Kanak Perempuan Paling ComelMy Profile

  5. Kau sure ke Islam extrimist yang buat??? bukan dari anti Islam yang merancang atau menindak? Apatah lagi kebetulan France dah nak declare Palestin sebagai negara merdeka dan kebetulan juga Zionist mengugat France.. Last time kartoon dilukis dah 4 tahun dhulu.. tiba2 dan time macam nie pulak benda ni berlaku. Aku tak rasa orang Islam yang buat. SO jgnlah jadi lurus bendul.

  6. Charlie Hebdo dan negara kafir tidak pernah serik malahan semakin menjadi-jadi. Perbanyakkan doa agar Allah membuka hati mereka supaya menerima Islam dengan seikhlas hati. Kita hanya mampu berdoa itu selemah-lemah kita sebagai sebuah negara kecil.
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..Jom Aktifkan MykadMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!