Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada pertengahan 2012 tabloid Charlie Hebdo telah menerbitkan karikator bogel Nabi Muhammad yang telah mendapat tentangan seluruh umat Islam dunia. Berbagai peringatan telah diberi kepada ketua editor Charlie Hebdo dan kepimpinan Perancis tetapi atas prinsip “kebebasan bersuara” tiada tindakan telah dilakukan sehingga berlaku tragedi serangan pejabat Charlie Hebdo.
12 orang termasuk ketua editor dan kertunis telah terkorban apabila pejabat Charlie Hebdo diserang oleh Cherif Kouachi dan abangnya Said Kouachi. Tragedi ini telah membunuh total 17 orang apabila polis Paris bertindak balas termasuk Cherif dan Said Kouachi. Serangan ini tidak akan berlaku sekiranya majalah tabloid tidak memprovokasi Islam dengan melukis kartun Rasulullah.
Dunia sengaja melupakan sebab utama mengapa serangan berlaku dengan mengutuk penyerang Islam sebagai extrimis dan mengangkat Charlie Hebdo sebagai hero dunia. Maka berlakulah perhimpunan solidariti Perancis yang menghimpunkan lebih satu juta manusia dengan dihadiri oleh berbagai Ketua Negara tanda sokongan kepada Charlie Hebdo termasuk Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Mereka sengaja lupa bahawa Netanyahu telah membunuh dengan kejam lebih ramai Rakyat Palestine. Mereka semua bersatu menentang Islam atas tiket demokrasi sementara Islam terus berpecah dan dipecahkan.
Dengan sokongan dunia Charlie Hebdo telah menerbitkan tabloid baru dengan karikator Rasulullah bersedih menghiasai muka depan. Satu tindakan provokasi yang memang disengajakan dilakukan dengan harapan Islam akan bertindak balas. Tapi kali ini aku sangat berharap perjuang Islam tidak masuk perangkap dengan menyerang balas kerana itulah yang diharapkan oleh musuh-mush Islam.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia Yakjuj Makjuj sudah terbongkar! Klik Sini
Rahsia magnet rezeki bukan lagi rahsia! Klik Sini
Sedekah pembuka pintu rezeki. Ramai yang masih tidak tahu rahsianya! Klik Sini[/box]
Musuh Islam terlalu takut dengan perkembangan Islam yang sangat pesat sehingga ada statistik mengatakan dalam tempoh 30 tahun Perancis akan menjadi negara Islam. Bukan sahaja Perancis malah seluruh dunia pertambahan penganut Islam bertambah dengan banyak sekali.
Sebagai umat Islam mari kita terus berdoa dan tunjukkan akhlak yang baik kerana tidak mustahil kartunis Charlie Hebdo ini akan menjadi seperti Greet Wilders penghina Islam tegar yang kini sudah mendapat hidayah mengucap dua kalimah syahadah. Biarkan Charlie Hebdo melukis lagi dan lagi kartun Nabi Muhammad sehingga akhirnya hidayah masuk di dalam hati mereka kerana mereka jahil bahawa Rasulullah adalah pembawa rahmat keseluruh alam.
111 Comments
Mungkin sudah rancangan mereka hendak burukkan imej agama Islam. Sebab itu mereka berani buat begitu.
Curahan rasa Kyrul Nizam @ ..Terima Kasih Benarkan Aku Peluk
Mereka sengaja membuat provokasi supaya ada umat islam yang membalas , satu lagi taktik kotor mereka
Curahan rasa onlajer @ ..Blogger Suka Mencuri Entri Orang Lain
tak serik2 musuh islam ni. nak kene tutup company hebdo ni. aku doa ada multimillionaire beli company hebdo dan hentikan cetakan hina nabi sekaligus berdakwah melalui company tu..
Senjata paling kuat bagi umat islam ialah menadah tangan dengan berdoa kepada sang Pencipta dan tuhan yang boleh memberi hidayah kepada makhluk di seluruh alam… Marilah sama-sama kita berdoa semoga lebig ramai musuh Islam beroleh hidayah, seperti mana yang berlaku kepada Saidina Umar Al-Khatab…
Curahan rasa Anuar @ ..10 Program Affiliate Tempatan Terbaik Bagi Tahun 2014
memang suka cari pasal diorang nih.
gua tengok aje perangai diorang. siap la nanti.
Curahan rasa titan @ ..Bonus dan Duit BRIM sudah dapat.
Apa perancangannya tu, semangat memang mantaplah, Buat masa ni doa kita sangat diperlukan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tragedi Charlie Hebdo kerana menghina Rasulullah
semoga hidayah milik mereka..hanya itu sahaja penyelamat kepada hati yang bongkak
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..Memulihkan Nipple Crack Bagi Ibu Menyusu
Tak serik2x lagi mereka yang mengtuk secara melampau. Kebebasan ada batasnya
Curahan rasa adarain @ ..Musim Persekolahan Dah Bermula
Mereka memang dah melampau sangat.. Setiap masa nak tunjuk mereka jadi Hero jer… Kalah pun mereka kata mereka Hero.. Kalau menang dah tentu mereka bangga jadi Hero… Sedangkan masyarakat Islam terus dipersalahkan untuk setiap tragedi yang berlaku… Dunia akhir zaman…
Curahan rasa Anuar @ ..10 Program Affiliate Tempatan Terbaik Bagi Tahun 2014
Harap2 mereka ini mendapat hukuman yg setimpal sebelum ajal ditarik drp tubuh..
Curahan rasa nadri @ ..MENDAPAT SERUAN UNTUK MENGERJAKAN UMRAH
Mereka tu sebenarnya jeles tengok penganut agama Islam semakin berkembang.. Mereka takut anak cucu mereka nanti turut menganut agama Islam… Tapi, tanpa mereka sedar.. Semakin mereka memburukkan imej Islam, semakin ramai orang berminat nak mengkaji tentang Islam.. Kesudahannya semakin ramai yang akan memeluk agama Islam..
Curahan rasa Anuar @ ..10 Program Affiliate Tempatan Terbaik Bagi Tahun 2014
Hukuman didunia tak dapat pastikan, yang pasti hukuman disana nanti….
Curahan rasa Denaihati @ ..Charlie Hebdo lukis lagi kartun Rasulullah
Sesuatu yg betul betul keterlaluan dan biadab apabila ia membabitkan penghinaan agama,charlie hebdo sy doakan agar kalian semua ..tidak senang hidup atas perbuatan ini yang menghina ..
Sorry to say mreka ini bngsa xde hati dan otak sbnrnya
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Charlie Hebdo Tidak Pernah Serik!
Charlie Hebdo ni dah kira biadap.. Merela provoke lepastu claim sebagai joke.. hak kebebasan bersuara katanya..
Curahan rasa Zehn Ali @ ..Cara Buat Logo Percuma (Mudah je)
Sengaja nak menyemarakan api-api yang mahu padam ni. Adakah akan ada lagi insiden yang tak sepatutnya berlaku?
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Top 20 Affiliate Ashadee.com 2014
Btl tuu..umpama menjolok sarang tebuan…saya pasti kejadian seperti ini pasti tak ada kesudahannya..
Curahan rasa nadri @ ..WARUNG POKOK CHERRY @ CERI
tak serik serik lagi, lepas satu masalah, buat lagi masalah yang lain…
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Komisyen Affiliate Rendah Apa Masalahnya
Serangan takkan berhenti sampai bila2. Musuh Islam takkan berhenti buat serangan cara ni.
Curahan rasa Denaihati @ ..Fenomena artis K-Pop perangkap remaja Islam
Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Itu lumrah alam. Allah itu maha adil.
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Selamat kembali ke sekolah dan selamat bertukar wahai guru
Semoga mereka yang terlibat buat onar ini diberikan hidayah dari Allah S.W.T
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Top 20 Affiliate Ashadee.com 2014
mereka jahil..sebab itu jadi macam tu!..semoga dengan isu ini kita semakin kuat berpegang kepada ajaran Islam..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kisah Pahit Rusuhan Natrah 1950 (1)
Betul tu..mereka jahil sgt jahil sbb itu lah semua perkara bodoh mereka lakukan..
Curahan rasa ohpilihanku @ ..OhPilihanku Masih Tetap Setia Bersama Hotlink/Maxis
Semoga mereka ini diberi hidayah oleh Allah swt…bila mereka sdh tahu akan kebenaran agama islam pasti mereka menyesal dgn perbuatan hina yg telah mereka lakukan
Curahan rasa nadri @ ..PUTU PIRING LARKIN
lakukan sesuatu perkara dengan berhemah tinggi. jangan terpedaya dengan tipu muslihat mereka.
Curahan rasa Blog Kreatif @ ..Fenomena Sejuk Luar Biasa Bakal Berulang.
itulah sebenarnya yang dikehendaki musuh islam.
mereka hanya melukis menghina Rasulullah dgn senjata mereka utk menjatuhkan islam. dan umat islam marah.
Jika Rasulullah SAW masih ada.. Baginda tidak akan melenting dan marah pd si pelukis. Itulah cara Baginda sehingga musuh2 yang membenci memeluk islam.
Curahan rasa nurmisnan @ ..Cara memutihkan gigi paling murah mudah selamat
Senjatanya provokasi. Senjata hebat Islam doa. Sejarah cara baginda berdakwah sangat luarbiasa penuh kesabaran walaupun ditentang secara yg sangat zalim.
Curahan rasa Denaihati @ ..2014 yang indah dalam kenangan
Comments are closed.