Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, terbaca kisah bagaimana orang melayu perlu ada disiplin untuk berjaya dlm ekonomi yang dikongsikan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia yang sangat terkenal di seluruh dunia yang telah membawa Malaysia ke tahap yang jauh berbeza berbanding dengan negara-negara jiran.
Hayati kata-kata beliau :
Masyarakat Melayu perlu mempunyai budaya dan nilai hidup yang baik serta berdisiplin jika ingin berjaya dalam bidang ekonomi. Bekas Perdana Menteri malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata dengan memiliki cara hidup seperti itu, barulah orang Melayu mampu berjaya menguasai bidang tersebut. Beliau berkata melalui aspek disiplin seseorang itu akan dapat memgawal diri bukan sahaja dalam ekonomi, malah bidang lain juga.
“Selain memiliki ilmu yang baik dalam ekonomi, sifat rajin berusaha juga perlu diutamakan agar mampu mengurus sesuatu perbelanjaan. “Kita jaga banyak mana boleh belanja, banyak mana peroleh, banyak mana boleh guna, banyak mana nak labur lagi, kalau kita sabar, tidak tamak, tidak cepat sangat belanja macam orang kaya, saya ingat kita boleh berjaya” katanya.
Sebagai seorang usahawan kecil-kecilan aku memang tertarik dengan nasihat Tun Dr. Mahathir ini kerana kebanyakan kegagalan orang Melayu untuk menjadi usahawan yang berjaya adalah kerana kurang disiplin dan tidak mahir menguruskan perbelanjaan. Semua usahawan yang berjaya tak kira apa bangsa pasti mempunyai DISIPLIN DIRI yang sangat tinggi. Tanpa disiplin jangan harap akan berjaya dalam kerjaya atau bisnis. Jadi pengajaran yang boleh diambil untuk berjaya menjadi Blogger yang berjaya juga mesti ada disiplin diri yang tinggi selain pandai SEO.
Aku juga tertarik dengan nasihat beliau “tidak cepat sangat belanja macam orang kaya“. Ini juga penyakit yang selalu melanda ramai orang Melayu yang menyebabkan kegagalan dalam bisnis. Berbelanja lebih daripada keperluan dan berbelanja lebih daripada kemampuan hanya kerana nak menjadi macam orang kaya. Aku sangat berterima kasih kepada tuan guru yang dari awal telah mengingatkan aku untuk tidak menukarkan kereta Wira yang ketika itu aku gunakan walaupun ketika itu bisnis sangat baik. Majoriti kawan-kawan yang berbelanja melebihi daripada keperluan dan kemampuan seperti berkereta jenama mahal dan berbelanja barangan berjenama mahal berakhir dengan kegagalan dan terpaksa mencari kerja kembali dan takut untuk berbisnis lagi. Bukan bisnis itu yang salah tetapi diri sendiri yang tiada disiplin itu yang salah.
Aku melihat sendiri di depan mata bagaimana ramai sahabat yang dahulu orang biasa tapi dengan usaha yang bersungguh-sungguh berjaya menjadi Jutawan tetapi akhirnya jadi semula orang biasa kerana kurang disiplin diri dan gagal menguruskan perbelanjaan dengan cara yang bijak.
Kepada rakan-rakan yang sedang membina kejayaan hayatilah nasihat Tun Dr. Mahathir dan jadikan sebagai panduan untuk menjadi ushawan yang berjaya dan paling penting dapat membantu orang lain tak kira apa bangsa juga berjaya seperti kejayaan yang telah kita kecapi. Kita mengambil masa bertahun-tahun membina kejayaan tetapi boleh runtuh sekelip mata kerana selagi duit dalam kocek dan akaun bank walaupun atas nama kita itu masih bukan hak kita. Pelik tapi benar, wang hanya milik kita apabila kita infaq dan sedekahkan kepada yang memerlukan dan inilah kunci yang akan menjaga kejayaan kita.
108 Comments
Skrang dah banyak sgt.. ade duit sikit nak menunjuk, beli brg tu berli brg ni, bila dah kering baru terhegeh2 nak cari kt..
Curahan rasa ciksiezuka @ ..iPhone 5 gadget impian
susah2 dahulu senang2 kemudian …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Teknologi Agro – Emas Hitam
saya amat bersetuju. org melayu biasanya kalau ada duit sikit mesti nak pakai keta besar. kalau mampu ok. ni tidak
Curahan rasa sohoque @ ..Kekal Fokus Dan Jangan Berputus Asa
Hemat, tekun dan disiplin itulah modal untuk sukses bagi para pemain bisnis 🙂
Curahan rasa pusat obat herbal alami @ ..Obat Herbal Penyakit Jantung Koroner
antara insan yang hebat di malaysia yang masih ada …
Curahan rasa puteraduyong @ ..SAFEE SALI HADIAH TUNKU MAHKOTA JOHOR PADA RAKYAT JOHOR
Sememangnya dia adalah idola aku dlm pemikiran atau vision dan missionnya kpd negara..Salute Tun
Curahan rasa Alju @ ..Safee…mungkin terima RM100,000 sebulan.!!
Ada juga pepatah yang mengatakan “hemat pangkal kaya”
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Kejang Demam
tetapi hemat di sini bukan berarti Pelit atau Kikir
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Kejang Demam
Semoga bisa mengamalkan ilmu dan nasehat dari Tun Dr. Mahathir
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Kejang Demam
selalunya gitulah org kita pantang dpt lebih sikit, lupa dunia lagaknya…
Curahan rasa auc @ ..iPhone 5 Gadget Impian: Cara Mudah Klik G+ untuk Semua Peserta
Terima kasih atas info budayanya, yang terpenting adalah adalah janganlah suatu daerah melupakan budayanya. karena budaya merupakan martabat suatu bangsa.
Curahan rasa azmi @ ..Obat Penyakit Polip Alami
nasihatnya memang benar, jika kita ingin menjadi lebih sukses, kita harus menjaga kedisiplinan diri.
nasihat tun dr mahathir nih memang sempoi. saya suka sangat.
Pemikiran Dr Mahathir, memakmurkan jiran perlu dihayati oleh para usahawan. Prinsip inilah yang telah menyemarakkan nama malaysai di persada dunia negara-negara membangun. Untuk lebih menyelami hati beliau, bacalah buku beliau Doktor Umum.
Curahan rasa ismailrich @ ..Merdeka Plaza – Satu Lagi Mercu Tanda Bandaraya Kuching
suatu motivasi yang sungguh bagus untuk yang mahu berjaya macam HP. Best info dari Tuan DH.
betullah…. org melayu ni biasanya dah maju sikit, mulelaaa nk pakai kereta besar, rumah besar…. bini je x nak besar…. hahaha :p
mmg susah nk disiplin diri supaya tidak boros… nafsu berbelanja tu tinggi, dan nak merasa bergaya mcm org lain… jgn amalkn kosep “biar papa asal bergaya”…
Curahan rasa agen ibcbet @ ..Agen Sbobet – Fabregas Ingin Melawan Arsenal di Babak 16 besar
rata2nya guna moto “biar papa asal bergaya”…..huhuhuhu
Curahan rasa syamila @ ..Diari Adik Husna
Comments are closed.