Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, terbaca kisah bagaimana orang melayu perlu ada disiplin untuk berjaya dlm ekonomi yang dikongsikan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia yang sangat terkenal di seluruh dunia yang telah membawa Malaysia ke tahap yang jauh berbeza berbanding dengan negara-negara jiran.
Hayati kata-kata beliau :
Masyarakat Melayu perlu mempunyai budaya dan nilai hidup yang baik serta berdisiplin jika ingin berjaya dalam bidang ekonomi. Bekas Perdana Menteri malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata dengan memiliki cara hidup seperti itu, barulah orang Melayu mampu berjaya menguasai bidang tersebut. Beliau berkata melalui aspek disiplin seseorang itu akan dapat memgawal diri bukan sahaja dalam ekonomi, malah bidang lain juga.
“Selain memiliki ilmu yang baik dalam ekonomi, sifat rajin berusaha juga perlu diutamakan agar mampu mengurus sesuatu perbelanjaan. “Kita jaga banyak mana boleh belanja, banyak mana peroleh, banyak mana boleh guna, banyak mana nak labur lagi, kalau kita sabar, tidak tamak, tidak cepat sangat belanja macam orang kaya, saya ingat kita boleh berjaya” katanya.
Sebagai seorang usahawan kecil-kecilan aku memang tertarik dengan nasihat Tun Dr. Mahathir ini kerana kebanyakan kegagalan orang Melayu untuk menjadi usahawan yang berjaya adalah kerana kurang disiplin dan tidak mahir menguruskan perbelanjaan. Semua usahawan yang berjaya tak kira apa bangsa pasti mempunyai DISIPLIN DIRI yang sangat tinggi. Tanpa disiplin jangan harap akan berjaya dalam kerjaya atau bisnis. Jadi pengajaran yang boleh diambil untuk berjaya menjadi Blogger yang berjaya juga mesti ada disiplin diri yang tinggi selain pandai SEO.
Aku juga tertarik dengan nasihat beliau “tidak cepat sangat belanja macam orang kaya“. Ini juga penyakit yang selalu melanda ramai orang Melayu yang menyebabkan kegagalan dalam bisnis. Berbelanja lebih daripada keperluan dan berbelanja lebih daripada kemampuan hanya kerana nak menjadi macam orang kaya. Aku sangat berterima kasih kepada tuan guru yang dari awal telah mengingatkan aku untuk tidak menukarkan kereta Wira yang ketika itu aku gunakan walaupun ketika itu bisnis sangat baik. Majoriti kawan-kawan yang berbelanja melebihi daripada keperluan dan kemampuan seperti berkereta jenama mahal dan berbelanja barangan berjenama mahal berakhir dengan kegagalan dan terpaksa mencari kerja kembali dan takut untuk berbisnis lagi. Bukan bisnis itu yang salah tetapi diri sendiri yang tiada disiplin itu yang salah.
Aku melihat sendiri di depan mata bagaimana ramai sahabat yang dahulu orang biasa tapi dengan usaha yang bersungguh-sungguh berjaya menjadi Jutawan tetapi akhirnya jadi semula orang biasa kerana kurang disiplin diri dan gagal menguruskan perbelanjaan dengan cara yang bijak.
Kepada rakan-rakan yang sedang membina kejayaan hayatilah nasihat Tun Dr. Mahathir dan jadikan sebagai panduan untuk menjadi ushawan yang berjaya dan paling penting dapat membantu orang lain tak kira apa bangsa juga berjaya seperti kejayaan yang telah kita kecapi. Kita mengambil masa bertahun-tahun membina kejayaan tetapi boleh runtuh sekelip mata kerana selagi duit dalam kocek dan akaun bank walaupun atas nama kita itu masih bukan hak kita. Pelik tapi benar, wang hanya milik kita apabila kita infaq dan sedekahkan kepada yang memerlukan dan inilah kunci yang akan menjaga kejayaan kita.
108 Comments
kena ubah cara hidup bro.. buang prinsip biar papa asal bergaya.. hidup bersederhana dan jgn cepat lupa diri.. kena ingat time susah kalau dah senang.. kenang kembali time duit takda nak makan.. korek2 duit tabung huhuhu..
Curahan rasa Myvitrd @ ..Gambar Kebakaran Ehsan Ria Condominium Petaling Jaya
berbelanja, hiduplah secara bersederhana 🙂
Curahan rasa nazra @ ..Mana cincin di jari manis mu?
memang nasihat Tun M amat berguna.
Curahan rasa hairulafiz @ ..3 Blog Pilihan Terbaik
bagi aku tak salah pun kalau berbelanja besar. tapi pastikan dulu income pun double triple besar dan konsisten.
masalah yang selalu orang melayu suka buat, tak berdisiplin. salah ke pakai kereta besar, rumah besar? kalau mampu tak salah pun. titik pangkal disiplin. mau yang besar, kerja pun kena kasi usaha ‘besar’ lagi. itu je.
Curahan rasa booBlogs @ ..3 Fakta Jenis, Cara Jumper dan Penjagaan Bateri Kereta
mmg jadi habit kot, bila de duit lebih, terus berbelanja.. huhu.. susah juga nak cari yg suka menabung ni. nasib baik de jugak menabung sikit2..
tapi cuba tgk org cina, disiplin mmg tinggi, sbb tu ramai yg berjaya dlm bidang ekonomi kot..
Curahan rasa fiezaradzi @ ..Sesak
kita kebanyakkan belajar dari pemimpin dan tv. asal kaya atau duit banyak je mesti berlagak..tu yg silap..patut tgk bagaimana Nabi Muhammad SAW dalam beradab..tu yg sebenarnya patut dicontohi
Curahan rasa wanmus @ ..Bisnes Kerajaan Bukan Untuk Semua Orang
setuju dengan Tun Mahathir. kadang2 kita kena terima hakikat n move for a betterment
Curahan rasa halif @ ..Urusan Jual Beli Rumah – Part 2
betullah…. org melayu ni biasanya dah maju sikit, mulelaaa nk pakai kereta besar, rumah besar…. bini je x nak besar…. hahaha :p
mmg susah nk disiplin diri supaya tidak boros… nafsu berbelanja tu tinggi, dan nak merasa bergaya mcm org lain… jgn amalkn kosep “biar papa asal bergaya”…
Info yang sangat berguna.. melayu mudah lupa …
Curahan rasa fandyzblog @ ..Perlu atau tidak antivirus untuk android phone?
seorang yg amat hebat ! http://www.pioneer4u.com/andyborhan
betul, kejayaan atau kekayaan yang didapatkan dari hasil usaha keras berasal dari orang lain sudah sepatutnya kejayaan atau kekayaan dari rezki yang didapatkan berbagi kepada mereka yang memburuhkan tanpa memandang suku, ras, atau kedudukan sosialnya.
Curahan rasa Blog Pendidikan @ ..Contoh Judul PTK Untuk SMP
pengurusan kewangan adalah salah satu modul bila kita menghadiri kursus perniagaan …cuma samada kita nak ikut atau tak yg penting …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Pesanan terakhir Rasulullah SAW untuk umat akhir zaman
orang melayu kita ada duit lebih sket, shopping sakan. memang sket sangat la yang menyimpan kan.hmmm..nasihat yang cukup bagus dari ex kita.
Curahan rasa arelan @ ..WoRDLess WeDNesDaY : DuRiaN Crepe
setuju sedekah tidak mengurangkan rezeki malah ada keberkatan di dalamnya dan kita semakin murah rezeki..
Curahan rasa pinkbubblegumprincess @ ..Samsung Galaxy Camera: so tempting!
Saya setuju dengan konsep sedekah itu. Ramai insan-insan hebat yang saya kenal, mereka suka menderma.
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..Infografik: Trend Online Shopping Rakyat Malaysia
Comments are closed.