Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Kembara tempat menarik di Amsterdam 2018”. Kali ini nak kongsi catatan Saudara Mohd Amin pendakwah yang sudah pergi berpuluh buah negara antaranya dakwah di benua Afrika. Catatan pengalaman formula untuk satukan umat Islam Malaysia yang kian berpecah kerana keyakinan politik berbeza.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Cara untuk kembalikan umat Melayu Islam ini untuk kembali bersatu mudah je, semua lelaki akil baligh solat 5 waktu di masjid dalam satu barisan saf yang rapat dan lurus.
Kalau nak harap politik demokrasi kita bersatu sampai kiamat pun tak boleh sebab politik demokrasi yang diamalkan oleh Yahudi ini memang nak suruh orang Islam berpecah belah.
Mudah je dulu ada 2 parti Melayu Islam sekarang ada berapa pun aku tak reti kira dah itu kalau orang Islam tak terlibat dengan parti negara akan di kuasai oleh orang kafir dan akan bunuh orang Islam, hak Melayu Islam akan dinafikan, ini kata-kata orang yang cuma duduk kat Malaysia tak pernah berjalan ke luar negara.
Kawan-kawan pergi kat negara kafir Australia cuba pergi kat sekolah atau madrasah islam, pergi jumpa dengan tukang sapu sampah dia tanya dia gaji dia sapa yang bayar nanti dia cakap gaji aku kerajaan bayar dan sekarang jom kita tanya Mudir Madrasah kat malaysia bukan tukang sapu sampah yea tanya dengan mudir madrasah itu siapa bayar gaji dia? Setakat aku dah terlibat dengan pembangunan madrasah ni kadang-kadang kita terpaksa ikat perut nak bayar gaji madrasah dan nak bagi makan kat pelajar pelajar-pelajar madrasah.
Pegilah ke Thailand di seluruh pelosok negara ada masjid yang besar sama di India jumlah orang solat Suboh sama dengan orang solat Jumaat. Kes Islam kena bunuh di Myanmar, di Bosnia, Palastine dan lain lain negara bukan sebab kerajaan zalim tetapi yang zalim adalah umat islam sendiri yang telah tinggalkan perintah Allah. Jemaah dakwah kadang-kadang di larang masuk masjid dan kampung atau taman, sunah nabi mereka tinggalkan, masjid-masjid kosong dari amal, amalan kurafat hidup kembali. Kalau pun Allah tak bangkitkan kerajaan yang zalim untuk bunuh mereka kadang-kadang Allah hantar bencana tsunami, ribut taufan, gempa dan lain-lain bencana utk hancurkan mereka.
Sekarang jom kita kembalikan sunah nabi dalam seluruh kehidupan kita kerana dengan hidup kan sunah umat Islam akan dapat bantuan Allah.
Mohd Amin Hassan
Pendakwah
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. – Surah Al-Imran, 118.
39 Comments
mcm mana lah melayu islam nak maju kalau sesama sendiri pun tak sehaluan kan?
bersatu kita teguh bercerai kita roboh. itu lah yang sering kita laung kan tapi tak buat pun
ada betul nya juga. jmlah org ke masjid pada solat subuh mmg sedikit.. kat mana mana sama je
umat melayu islam sendiri yang berpecah belah.. cemburu lihat bangsa lain yang bersatu
Bangsa melayu kalau nak bersatu tolong lah jgn merendahkan bangsa lain di negara ini
Kalau tak ada hasa dengki dan busuk hati boleh je bersatu.. lagi satu jgn lah kutuk bangsa lain
Sedi tengok umat Melayu Islam di Malaysia. Berpuak puak kepada 3,4 kumpulan. Kenapa tidak dijadikan satu sahaja?
masing masing ada pandangan berbeza dan ada rasa ego. mungkin itulah punca utama
Setuju.. Cara satukan umat Melayu ialah dengan solat berjemaah dan hidupkan aktiviti di masjid-masjid dan surau-surau..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Setuju sangat dengan cara ini- semua lelaki akil baligh solat 5 waktu di masjid dalam satu barisan saf yang rapat dan lurus..nak nak berjemaah waktu Subuh..kalau ini berjaya, insyaAllah bersatulah kita semua..
Curahan rasa JMR @ ..Tips Pilih Pusat Jagaan Untuk Anak
Waktu solat subuh lah boleh tengok kemenjadian orang itu. Kalau subuh dia senang datang ke masjid maka mudah hidup dia
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Solat adalah kunci utk segala nya. Kalau solat pun jarang dan tak khusyuk macam mana nak buat benda lain
jaga adab dan kelakuan, dan paling penting sentiasa ikut suruhan allah. pasti kita umat melayu akan aman.
Setuju tu. Ikut semua suruhan Allah, bukannya ambil separuh, tinggal setengah. Huru hara hidup kita semua nanti.
Suruhan Allah ni kena buat dan tinggalkan yang dilarang-Nya. Baru hidup aman damai
Umat Melayu Islam terutama di Malaysia ni suka sangat berpolitikkan semua benda. Tu yang berpecah belah semua.
Ikut suruhan Allah dan Sunnah Rasulullah, pasti kita semua akan bersatu padu dan menjauhi perkara yang dilarang.
Ikot apa yang di suruh, tinggalkan apa yang di larang pasti kita semua akan hidup dalam aman dan bahagia
Supernifz: Betul tu. Tinggalkan apa yang Allah larang. Ikut contoh adab dan tertib Rasulullah, pasti selamat hidup
Mmg itu juga penting. Simple je sebenrnya. Tapi kita selalu nak buat ape yg allah larang
Benda yang di larang ni memang kita suka buat. Iblis sangat suka dengan menghasut manusia
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Betul tu, ikut sahja suruhan drp Allat swt. nescaya selamat dunia akhirat kan. Tapi tu la..
Sama sama lah kita menyatukan umat islam dengan berlandaskan al quran & hadis. tiada guna bertelagah sesama sendiri
Kalau semua ikut cara pemerintahan Nabi dan para Sahabat pastinya hidup bermuafakat.
Betul. tiada guna pun kita bertelagah sesam sendiri Bukan ap, lebih kepada asbab EGO yang ada dalm diri
Sistem demokrasi dah lama diperkenalkan oleh orang Arab satu masa dahulu, yang pasti ia bukan hukum Allah.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Servis Cuci Karpet Kajang, Bangi, Putrajaya, Serdang, Shah Alam, Puncak Alam, Balakong, Bandar Tun Hussein Onn Dan Bukit Mahkota
owh dah lama ye sistem demokrasi ni.. tapi skang ni nama je sistem demokrasi, tpi macam tak mencapi sangat
Alhamdulillah, Islam datang ke Tanah Melayu sebelum wujudnya parti-parti. Islam tidak membezakan keturunan, bangsa dan warna kulit. Cara satukan umat Melayu Islam Malaysia ialah meluaskan kajian Fiqh Malizi, bukan fiqh padang pasir. Sudah tiba masanya Malaysia perlu ada fiqh tersendiri dengan mengambil kira Maqasid Syariah.
Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Chia Seeds Organik Ameer
Iye Tak ye juga. Islam datang ke Tanah Melayu sebelum wujudnya parti-parti. Islam tidak membezakan keturunan, bangsa dan warna kulit. Kenapa sekarang ni berbeza ye?
Cantik dan bernas cadangan tuan ini. Cuma, siapa yang bakal melaksanakan cadangan ini ye.
Sistem demokrasi ni cuma nak bagi org islam bertelagah sesama sendiri je. Bercakap tentang politik penuh mulut org melayu, tapi masjid pon susah nak singgah.
Curahan rasa Kauthar mohd @ ..Zat Besi Terbaik Untuk Ibu Hamil
ya. melayu memang hebat bab politik. mereka sibuk mempertahankan melayu tetapi menolak bangsa lain yang kononnya penjajah.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai SEO Company di Malaysia
Rasanya bukan Melayu sahja. Selain Melayu pun hebat, cuma kita yang tak perasan. Bukan nak racist, tapi itulah realiti
Elok juga ada Melayu macam ni. At least, tak de Melayu terus dipijak kepala tanpa sedar
win komen ni..setuju sangat lah tu..tang politik berbuih mulut, tap nak tengok hadir ke mssjid untuk 5 waktu, sangat payah.
Curahan rasa JMR @ ..Tips Kumpul Simpanan Kecemasan Sebanyak 3 Bulan Gaji.
sistem demokrasi tak salah. Manusia yang ada dalam sistem yang buat onar. Masing masing bersikap tamak
ye. masing masing tak nak klah dan ada rasa ego yg tebal.. maka mereka akan berpecah belah
Betul tu. Baru terfikir yang sistem demokrasi ni cuma nak bagi org islam bertelagah sesama sendiri je.. hmm
Comments are closed.