Non muslim tak boleh masuk MAKKAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Kembara tempat menarik di Amsterdam 2018”. Kali ini nak kongsi tulisan ustaz Lutfi Lokman. Abang kenal beliau secara online masa beliau belajar di Makkah. Pernah sekali buat temu janji nak jumpa di Madinah tetapi tak ada rezeki nak jumpa akhirnya jumpa kat Malaysia setelah ustaz tamat belajar,

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Ketika mengunjungi Kota Makkah, pasti anda akan terlihat papan tanda seperti yang ada di dalam gambar tersebut kan?

MUSLIMS ONLY‘ 
للمسلمين فقط

Kecuali kau tidur dalam bas atau kau khusyuk baca buku doa. Biasa yang pertama je.

Papan tanda ini diletakkan beberapa kilometer sebelum check point polis sempadan yang mengawal Kota Makkah. Ia terletak di As-Syumaisy (22km dari Masjidilharam) atau sempadan lain yang menuju ke Makkah.

Ia memberi maksud hanya Muslim sahaja yang dibenarkan masuk ke Kota Makkah. Selain daripada Muslim dipersilakan membuat pusingan U-Turn kembali ke Jeddah atau tempat di mana anda datang.

Ada beberapa pendapat yang boleh kita gunakan untuk memberikan justifikasi tentang larangan ini.

Pertamanya, ini berdasarkan firman Allah SWT,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلَا يَقْرَبُوا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَٰذَا

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjidilharam sesudah tahun ini (iaitu tahun penaklukan Kota Makkah)” At-Taubah :28

Maksudnya masjid haram di sini adalah Masjidil haram dan juga Tanah Haram.

Pendapat kedua di dalam tafsir Fathul Qadir karya Imam Syaukani dikatakan:
والمراد بالمسجد الحرام جميع الحرم

Yang dimaksudkan dengan masjid haram adalah semua tanah haram.

Dalam tafsir tersebut juga dikatakan:

وذهب غيره من أهل العلم إلى أن المراد المسجد الحرام نفسه فلا يمنع المشرك من دخول سائر الحرم .

Ada juga yang berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan Masjidil haram adalah masjid haram itu sendiri. Jadi orang musyrik boleh masuk ke Tanah Haram yang lainnya (selain masjid)

Namun, para ulama dan Kerajaan Arab Saudi memilih pendapat pertama yang dimaksudkan dengan Masjidilharam adalah Tanah Haram keseluruhannya. Mereka juga menjaga dengan ketat kemasukan non-muslim ke dalam Kota Makkah. Ada yang dapat masuk dengan kelulusan tertentu dan dengan sebab tertentu sahaja.

Beruntunglah kita dapat masuk ke Kota Makkah. Jangan siakan peluang ini.

Eh? Belum pernah pergi?

Lutfi Lokman
Bekas pelajar Umm Al Qura University, Makkah dan pernah bermastautin di sana selama 9 tahun.
Klik link nama beliau untuk follow FB beliau. Banyak info Mekah dan Madinah yg ustaz kongsikan.

42 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!