Soal jawab solat jamak dan qasar

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “soal jawab solat jamak yang ramai keliru“. Kali ini Abang nak sambung lagi soal jawab solat jamak dan qasar yang masih ramai keliru.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Dalam perjalanan musafir dari Madinah ke Jeddah untuk pulang dari mengerjakan umrah akhir Ramadan kami sekeluarga singgah di sebuah surau di R&R untuk solat jamak takdim maghrib dan isyak.

Ketika kami masuk ke dalam surau ada satu jemaah sedang solat. Sedap bacaan imamnya seperti imam masjidil haram, Sheikh Maher. Ketika Abang menghampiri jemaah yang sedang solat ada seorang pak cik Arab menegur kami dan memberitahu bahawa jemaah tersebut sedang solat jamak isyak tu. Gaya cakapnya seperti melarang kami ikut jemaah tersebut.

Soalannya boleh tak Abang yang nak solat jamak maghrib ikut jemaah solat jamak qasar isyak?

Sebab apa Abang tanya soalan ini kerana selalu jumpa individu dan group di R&R highway di Malaysia yang tak nak join sebab alasannya mereka nak jamak sehingga kekadang ada 3 – 4 group solat jemaah berbeza dalam satu masa.

Berikut antara jawaban yang di terima :

Lyna Noh : Solat tamam tak boleh berimamkan solat jamak.

Naim Shauqy : Silap tu. Boleh. Bismillah Niat dan join Solat. Niat berJamaah itu lebih utama. Islam itu Mudah

Lyna Noh : Oh ya ka. Masa tamrin ritu yang solat tamam tak ikut jemaah dgn yang jamak, mungkin salah faham di situ. TQ tuan.

Zahari Unc : Saya nak ikut berjemaah dan tanya lelaki yang nak jadi imam, tamam ke. Dia jawab jamak kemudian menyambung, “tak apa, pakcik tambah bagi cukup rakaat” . Jadi jemaah tamam boleh ikut Imam Jama’. Kalau jemaah Jama’ tentu tak boleh ikut imam tamam. Wallahualam.

Zaieddi Shahadan : Terbalik kenyataan tu, yang Qasar solat tak boleh ikut yang tamam, yang jamak boleh ikut yang tamam kalau tidak Qasar solat.

Faisal Amirul Othman : Boleh. Solat tamam boleh berimamkan solat sunat atau solat jamak. Solat jamak boleh berimamkan solat sunat. Janji imam, rakaat lebih pendek dari solat jamak. Yang tak boleh, solat jamak atau sunat berimamkan solat tamam. Mohon tegur jika ada salah. Solat kelompok yang banyak itu tanda sombong. Kalau Nabi SAW masih ada, pasti baginda murka. Usaha untuk jemaah kecuali imam beri isyarat tidak boleh (isyarat ni pun ramai yang tak tahu). Wallahu a’lam bissawab.

Encik Pipoq : Tak boleh kalau niat qasar je bila nak ikut imam solat tamam.

solat di new zealand

Mengikut ilmu yang Abang belajar dari ustaz-ustaz.

  1. Jemaah maghrib boleh ikut imam isyak jamak qasar
  2. Jemaah isyak jamak qasar tidak boleh ikut imam jamak maghrib
  3. Jemaah isyak jamak tamam boleh ikut imam jamak atau tamam maghrib, bila selesai imam solat maghrib kita bagun tambah satu rakaat.
  4. Solat berjemaah lebih baik daripada solat sendirian jadi apabila kita sampai di surau atau masjid kelihatan seseorang sedang solat tak kisah solat apa kita boleh ikut melainkan dia jatuhkan tangan tanda tidak mahu berimam.
  5. Di larang dalam satu surau atau masjid mempunyai lebih daripada satu jemaah, teringat ketika Abang solat di Masjid terapung di Jeddah memang ada papan tanda yang menhalang solat lebih daripada satu imam. Berlaku beberapa kejadian apabila ada jemaah yang cuba buat dua jemaah dalam satu waktu telah dilarang oleh penjaga masjid. Di surau R&R Malaysia selalu berlaku sembahyang serentak sehingga tiga empat jemaah. Semua ini berlaku kerana kurang ilmu.

Semuga memberi manafaat dengan mejelasan ini. Kalau kurang faham boleh tanya diruangan komen untuk dirujuk kepada yang pakar.

Amir Denaihati
Founder Denaihati Network

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.

36 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!