Cerita kembara dakwah ke negara-negara di Afrika

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Kembara Denaihati ke merata dunia”. Kali ini nak kongsi pengalaman Tuan Hj Mohd Amin mengembara ke Afrika. Abang pun pernah juga ke Afrika Selatan jom baca entri “Kembara ke Afrika Selatan“. Tuan Hj Amin pernah kongsikan gambar pokok yang Rasulullah SAW berteduh ketika beliau ziarah Jordan dalam entri “Gambar pokok Rasulullah SAW berteduh” yang dapat lebih 180 ribu share.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Alhamdulilah perjalanan ke Afrika ini satu pengalaman yang tak boleh di beli dengan duit berapa juta pun..ni aku belanja lah sikit foto-foto yang sempat snap di sana..

Sekarang aku di Tanzania..ni bukan le negara pertama yang aku masuk meeh aku cerita sikit perjalanan aku ke Afrika.. memula aku ke South Afrika transit di Mauritius memang cantik pulau nya…di Afrika Selatan kita lalu jalan darat dari Durban ke Johannesburg. Pemandangan hamparan bumi yang luas 500km yang tidak membosankan.

Lepas tu aku ke Botswana pulak ..dari Gabrone ibu negara Botswana kami lalu jalan darat ke Kasane kira-kira jarak 1200km melalui gurun Kalahari yang korang selalu tengok dalam film (god must be crazy) tengok le macamana rupanya gajah afrika yg besar zirafah antelop dan lain-lain binatang yang korang tengok dalam kartun madagascar tu.

Singgah le kat Mowana resort.. mowana adalah poko besar yang dalam kartun madagscar tu lastik kapal terbang.. pokok besar yang boleh berusia ratusan tahun.. singgah di Chobe River tengok bintang liar macam buaya dan hypo yang berlambak-lambak dalam sungai kalau berani letak le tangan..

Sungai Chobe ni sempadan dengan Namibia… esok tu masuk Namibia dan terus ke Zimbabwe tengok Air Terjun Victoria yang memang cantik..sempat aku ride helicopter untuk melihat pemandangan air terjun ciptaan Allah yg menakjubkan…turun dari heli jalan-jalan sekitar air terjun yang panjangnya sekitar 2 – 3 km dan kedalamannya 150-200m

Panjang le aku nak cerita ..yang pasti ini semu berkat buat dakwah… kalau tak buat dakwah aku akan jadi orang biasa yang cuma bergerak rumah ke pejabat ke tandas ke pasar dan ke masjid sesekali lepas tu mati… hidup tak trill best lagi jadi ayam.. mati jadi tanah..sedangkan manusia mati Allah akan tanya semua nikmat yang Allah bagi… bukan je berjalan tu yang penting tapi kita fikir macamana nak jumpa saudara saudara Islam kita kerana Allah.. bawak kalimah ke seluruh dunia… baru lah kita mati penuh bergaya dan ada seni..

Doakan le aku Allah bagi taufik dan hidayat untuk terus dengan kerja ni sampai nafas terakhir…

Setelah selesai Mozambique, South Afrika, Botswana, Namibia dan Zimbabwe sekarang aku berpeluang ke Uganda, Kenya dan Tanzania.. syukur aku kepada Allah ni semua berkah doa mak abah, kiyai-kiyai, ulama dan ustaz dan tak lupa doa dari isteri yang solehah…

Bye c u in klia esok…insyallah kalau umur panjang
Bye the way aku cerita ni bukan ada niat nak riak ke apa cuma aku nak cerita beruntungnya orang yang libatkan diri dengan dakwah… jom keluar 3 hari

Hj Mohd Amin Hassan (jom follow FB)
Pendakwah Dunia


Spread the love

16 Comments

  1. Bwtul tu tuan, Jejak iman dan dakwah…jejak itu nanti dapat membantu kita di akhirat nanti. Jejak dosa dan maksiat…jejak itu nanti akan menghumban kita ke neraka..semoga kita seua dijauhi perkara tidak elok

  2. Walaupun nampak seperti tiada pembangunan di situ, tapi serius cantik dan tenang berada di tempat sebegitu. Jauh perjalanan, luas pengalaman

  3. Niat baik berdakwah dijalan Allah semoga senantiasi mendapat kemudahan dari Allah. Mendapat limpahan rahmat dan hidayah-Nya

  4. Selatan Afrika sungguh menarik pemandangannya, walaupun agak berbeza dengan utara Afrika yang jauh lebih kering kontang. Bila bercerita tentang kembara dakwah ini, teringat pula kisah pengembara Islam terkemuka dunia – Ibnu Batutah (keluar mengembara dan pulang semula ke kampung halaman selepas 30 tahun).
    Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Al-Hawa AmeerMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!