Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sejak kebelakangan ini semakin banyak pembaca yang mencari kata kunci Denaihati. Ini dapat dibuktikan dengan pertambahan peratusan pencarian kata kunci Denaihati di Google Analaytics. Adakah mungkin 2013 kata kunci Denaihati akan dapat menduduki antara top 10 keywords Google Malaysia sebaris dengan kata kunci Fatin Liyana yang telah menjadi google top 10 blog search 2011.
Blogger INI (setakat kopi secawan manalah nak dapat rahsia) sudah beberapa kali cuba mencungkil rahsia bagaimana jenama Denaihati boleh menyerap menguasai ruang angkasa Nusantara secara perlahan-lahan sedangkan blog Denaihati bukanlah popular seperti top blogger INI yang selalu sahaja bertahta di ruang majalah dan media Malaysia. Adakah semua itu nasib?
Kali ini aku nak buka sikit rahsia bagaimana jenama blog Denaihati dibina tetapi tak bolehlah banyak-banyak sangat takut nanti Blogger INI tak boleh cari makan.
Pemilihan nama dalam membina jenama adalah sangat penting. Nama mesti pendek, mudah disebut dan unik serta mungkin misteri. Lihat saja nama-nama domain terkenal seperti GOOGLE, YAHOO, FACEBOOK, AMAZON bukankah pendek, mudah disebut, mudah diingat, unik dan misteri.
DENAIHATI terILHAM setelah difikir berminggu-minggu daripada berpuluh-puluh senarai nama yang lain. Nama DENAIHATI mengikut ciri-ciri pemilihan domain terkenal itu pendek, mudah disebut, mudah diingat, unik dan misteri. MISTERI menjadikan DENAIHATI lebih unik. Bertahun-tahun pembaca mencari apa itu DENAIHATI dan sehingga sekarang masih ramai lagi pembaca yang masih tercari-cari apa itu DENAIHATI. Semua ini tidak berlaku dengan sengaja tetapi dirancang sebagai satu strategi membina jenama DENAIHATI yang suatu hari nanti akan menjadi satu nama besar di dunia maya.
Nama sangat penting dalam proses membina jenama terkenal jadi kepada Blogger baru yang sedang terfikir-fikir mencari nama untuk blog pastikan pencarian nama mesti dalam radar ciri-ciri pemilihan jenama terkenal seperti yang telah dijelaskan di atas. Kepada Blogger lama tapi masih tersangkut tak naik-naik tak ada salahnya kalau nak buat menjenamaan baru seperti Blogger INI (mungkin kah?), in shaa Allah dengan penjenamaan baru akan mencetus motivasi baru dan rezeki baru.
Pasti Rakan Blogger masih ingat dengan entri bertajuk “Penjanaan Trafik berdasarkan kata kunci“, Eizil menulis bahawa blogger boleh membina nama dari kata kunci yang tidak popular untuk jadi popular sebagaimana YAHOO, GOOGLE dan FACEBOOK pasti bukan kata kunci yang popular pada mulanya.
In sha Allah di lain kesempatan aku akan kongsikan lebih banyak strategi yang telah digunakan oleh blog DENAIHATI untuk membina jenama sehingga menjadi pilihan banyak syarikat pengiklanan besar. Kalau buat eBook pun bagus ni.
Tiada yang mustahil sekiranya semua dirancang dengan baik berserta doa dan tawakal. Kejayaan tidak datang sekelip mata.
169 Comments
yup,nama blog amat penting…myself, sudah terlekat dengan nama ini sejak zaman uni lagi…huhuhu..no turning back walaupun susah eja, susah diingat..
Curahan rasa eyriqazz @ ..Durian Crepe – Pengalaman Pertama
Nama domain bro dah ok pendek, unik, misteri dan bila melekat kat hati pasti tak susah nak ingat.
agaknya nama doamain hatiputera nie sesuai tak DH.
Curahan rasa hatiputera @ ..Jadual Penuh Perlawanan AFF Suzuki Cup 2012
hmm denaihati memang dah terkenal pun..kemungkinan mengatasi fatin liyana tu tetap ada
Curahan rasa Weschairs @ ..iPhone 5 gadget impian
TQ sharing, MJ masih mencari nama yang sesuai sebelum bertukar ke domain..
Ada cadangan? hehee
Curahan rasa Myra Jay @ ..Portable Power Bank 13800mAh untuk dijual
betul lah tuh pemilihan nama sangat penting supaya mudah di ingat …. dan apa yang di lakukan memerlukan perancangan agar matlamat tercapai …. good luck DH
Curahan rasa namiacinta @ ..Iphone 5 Gadget Impian
emm ada perancangan yer..ingtkan saje2 jer..emm mesti ada kesan jugak kan dari segi penurunan traffic kalau kita buat nama blog yang baru..pondok kecil rasanya ok dah..nama tak lah susah sangat..emm entri yang berguna untuk sy sebagai blogger baru..hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..Tempias Daripada Contest SEO
terima kasih atas motivasinya (y)
Curahan rasa school-boy @ ..Koda yang bersedih
selamat maju jaya denaihati….saya mmg dh bookmark blog denaihati…senang nk lawat bila ada free… 🙂
Curahan rasa syamila @ ..Mother’s Room at Hewlett Packet
walaupun jenama saya tidak sehebat tuan.. tapi tetap ada juga.. mungkin tak mampu mencapai seperti tuan tapi insyallah akan cuba mengukuhkannya
Curahan rasa zool @ ..Adakah terlalu lambat untuk berjaya ?
Jenama itu penting dan org akan ingat kita..
Curahan rasa zool @ ..Terseksanya penumpang basikal ni
Betul tu Tuan. Pemilihan nama domain sangat penting. Ianya bukan sekadar nama, tetapi ia adalah jenama.
Curahan rasa Arrazi @ ..7 Teknik Kekalkan Keterujaan Berblog (Part 2)
Untuk mencipta kejayaan tiada jalan pintas…
Curahan rasa Orang Kampung @ ..Mana Pilihan Anda ?
perlu juga kesabaran dalam mencipta jenama…
Curahan rasa yangbaik @ ..Asyura datang lagi
memang unik dan mudah terkenal…keep it up!.. 😉
Curahan rasa dzuandiey @ ..CPUV Nuffnang Bulan November
Denaihati mmg unik dan misteri…AriffShah pun pendek jugak hahaha
Curahan rasa Shahrul @ ..Perlahan adalah lebih Selamat – Facebook
nama denaihati memang senang nak diingat
Curahan rasa beckhrooy @ ..Senarai Penuh Pemain Malaysia Ke Piala AFF Suzuki 2012
Comments are closed.