Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, terbaca banyak status di Facebook mana boleh duduk diam dapat duit. Ramai yang komem sebab keluar kes Penaung Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia dihadapkan ke makamah kerana memperdaya 101 pelabur bernilai 4 juta. Ramai yang kata mana boleh duduk diam boleh dapat duit. Tak salah komen tersebut kerana majoriti manusia memang berfikiran begiti dan hanya minoriti sahaja yang berfikirana sebaliknya.
Kebetulan baru-baru ini dalam pertemuan komuniti bisnis asean jemaah Denaihati kami ada membincangkan hal ni. Jadi jom kita main kira-kira.
- Katalah kita melabur duit RM1 juta di Tabung Haji. Aku memilih Tabung Haji kerana simpanan di Tabung haji tak ada had tidak seperti ASB maksima pelaburan hanya RM200 ribu.
- Katakan Tabung Haji bayar dividen 7% setahun. Purata 7% diambil mengambil kita purata dividen Tabung haji dari tahun 1994 – 2014.
- Jumlah dividen yang diterima setahun adalah RM1 juta x 7% = RM70,000
- Jumlah dividen RM70,000 di bahagi dengan 12 bulan makna purata sebulan adalah RM5,8333.
- Kita akan mendapat pendapatan purata RM5,8333 setiap bulan selama mana pelaburan RM1 juta tidak dikeluarkan daripada Tabung haji. Jumlah ini akan berubah dengan berubahnya dividen Tabung Haji setiap tahun.
Ini yg dikatakan duduk diam dapat duit atau kalau komuniti investment sebut duit bekerja untuk mereka bukan kita bekerja siang malam sampai pencen mencari duit seperti majoriti manusia lain lakukan. Kelihatan sangat mustahil tetapi kalau kawan pembaca ada kawan di HQ Tabung Haji tanyakan berapa ramai yang sedang menikmati duit bekerja untuk mereka untuk sekian tahunnya. Bukan sekadar RM5,833 sebulan malahan ada yang mendapat sehingga puluhan ribu sebulan kerana mereka melabur lebih banyak.
- Pelaburan RM2 juta pendapatan bulanan purata RM11,666
- Pelaburan RM3 juta pendapatan bulanan purata RM17,500
- Pelaburan RM4 juta pendapatan bulanan purata RM23,333
Soalnya boleh tak kita mengumpul RM1 juta untuk dilaburkan dalam Tabung Haji. Bagi orang biasa memang mustahil. Bagi orang yang luar biasa mereka cari jalan dan bila sudah jumpa mereka akan bekerja sungguh-sungguh tiga empat tahun untuk kumpul RM1 juta kemudian boleh fokus tahun selebihnya hidup mendidik keluarga, mengembara dan buat kerja kebajikan di seluruh dunia. Aku sudah berjumpa dengan ramai sahabat-sahabat yang mempunyai kebebasan kewangan dan kebebasan masa apabila duit bekerja untuk mereka.
Tulisan ini hanya memberi satu contoh bagaimana duit boleh berkerja untuk kita iaitu pelaburan di Tabung Haji. Pelabur juga boleh melabur di hartanah, saham-saham amanah yang lain, pelaburan emas, pelaburan BSKL dan pelaburan pada bisnis tertentu. Paling penting setiap sumber mesti halal dan digunakan pada tempat yang halal kerana semuanya kelak bakal ditanya ALLAL di negeri akhirat.
Kepada yang kreatif nak mengumpul RM1 juta pertama, ada yang belajar cara buat duit secara online, nak tahu cara download je buku Sifu Online Irfan Khairi. Ada yang berniaga di Facebook kepada yang belum pernah buat boleh download buku cara mudah berniaga di Facebook. Jangan sayang nak keluar sedikit modal untuk belajar kerana bagi yang tak percaya diri akan terus bekerja seperti biasa sampai bersara dan sambung bekerja lain selepas bersara. Kepada yang suka bisnis networking global boleh bersama Jemaah Bisnis Denaihati. Nak berjaya mesti bekerja dalam jemaah jangan sedirian memang sukar untuk mencapai misi RM1 juta, tak kisahlah apa pilihan anda yang penting BERTINDAK.
Ada yg sudah berjaya melakukan, sebahagian kecil sedang berusaha mencapai impian simpanan RM1 juta dan majoriti tak pernah mimpi. Anda yang mana??
469 Comments
RM 1 JUTA melabur di Tabung Haji. 1 Target yang bagus. Akan diusahakan. Tq DH 🙂
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..LANGKAH AWAL BILA ANDA MEMILIH PENYUSUAN SUSU IBU SEPENUHNYA KEPADA ANAK ANDA
Rasanya amat sukar nak kumpul dana 1 Juta dalam waktu terdekat, melainkan kita dah dilahirkan kaya-raya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Target dan usaha kena seiring. Insyallah nak akan dapat sikit-sikit ke arah tersebut walaupun ambil masa.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat 2 Tugasan Dengan AdvertorialMY November
Bertuah la kalau lahir ja dah memang keturunan kaya raya kan..
Bagi yang kahwin dengan orang kaya pun senang la buat bisnes
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Vitamin C Kurangkan Hormon Stress yang Menyebabkan Sakit Kepala dan Migrain
Bukan semua dilahirkan, ibubapa dah kaya -raya tetapi yang mulanya miskin kemudian dia berusaha ketika muda dan bila dah peringkat berumur, duit mereka pula bekerja untuk mereka.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Haha..betul juga tu. Lahir dah jadi kaya. Tapi tak ramai macam tu. Insyallah boleh usaha. Sebab dunia ni darul asbab. Usaha insyallah akan ada hasilnya.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat 2 Tugasan Dengan AdvertorialMY November
Sekarang ni semua bisnes kena ada link dengan media sosial..
sebab mudah untuk dipromosikan dan mendatangkan pulangan yang agak baik
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Pengambilan Vitamin E, Zink dan Multivitamin diambil Serentak?
Betul juga tu. Sebab hari ni ramai yang cari info di media sosialkan. Boleh cuba cara tu.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat 2 Tugasan Dengan AdvertorialMY November
Pelaburan saham atau apa-apa jenis pelaburan memang akan mendatangkan pulangan yang lumayan…tapi kena pastikan ianya patuh syariat
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Makanan Terbaik Untuk Tingkatkan Kecerdasan Otak
Kalau dalam masa 4 tahun boleh buat simpanan 1 juta memang sangat impressive
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Kelebihan Pengambilan Vitamin C dan E Secara Serentak
Memang ramai yang tidak pernah bermimpi mendapat pendapatan 1 juta.,..
namun, ianya bukan sesuatu yang mustahil untuk digapai
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Makanan Terbaik Untuk Tingkatkan Kecerdasan Otak
Modal ni memang kena keluarkan walaupun sedikit..
nak berniaga mesti ada modal,tak kira la dalam bentuk apa pun
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Adakah Vitamin C Bantu Kurangkan Lemak Perut?
Betul tu. Kena ada modal. lepas tu kena pandai pusing modal juga. kalau tak berhenti tengah jalan nanti.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat 2 Tugasan Dengan AdvertorialMY November
Baru tahu tabung haji tiada had pelaburan…
ASB memang hadkan 200k sahaja…
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Makanan Terbaik Untuk Tingkatkan Kecerdasan Otak
Rezeki mesti diusahakan agar dapat menampung perbelanjaan keluarga. Jika ada duit banyak duit pula yang usahakan untuk kita.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Jika duit banyak pastinya ‘duit’ akan bekerja untuk kita..
Tapi pastikan pilihan yang dibuat tu menepati syariat la kan…
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Makanan Terbaik Untuk Tingkatkan Kecerdasan Otak
Duit ini kflau tak pandai guna boleh hanis dan jika tak pandai cari ia tak datang, lebih lagi jika malas pula.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Kalau duduk goyang kaki tanpa melakukan apa-apa memang takkan mendatangkan apa-apa hasil pun
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Makanan Terbaik Untuk Tingkatkan Kecerdasan Otak
Bekerja sehingga berjaya. Jika tak boleh usaha lagi. Bagus tips menabung yang tuan DH ceritakan. Boleh usaha ke arah ini.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat 2 Tugasan Dengan AdvertorialMY November
Menabung ni sikit-sikit tak nampak tapi kalau istiqamah dibuat memang akan nampak hasil yang besar dikemudian hari
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Vitamin C Kurangkan Hormon Stress yang Menyebabkan Sakit Kepala dan Migrain
How to make money work for us. That is a brilliant idea,but remember, before achieve that goal, we must work first. So, about the money thing there is always “work” followed.
Curahan rasa john @ ..5 Tips on Increasing Your Chance for Business Success
Betul tu john. Lagkah pertama kena kerja ke arah itu dan insyallah dengan usaha yang berterusan. Akan datang hasilnya.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat 2 Tugasan Dengan AdvertorialMY November
Langkah pertama pastinya kena berusaha kan..
Then kalau dah flow tu cantik pastinya duit tu akan bertambah
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Makanan Terbaik Untuk Tingkatkan Kecerdasan Otak
Bagus artikel ni. Saya pun sedang berusaha ke arah tu jugak!
Bagus tu Mira. Tingkatkan usaha dan Insyallah berjaya. Perlukan kesungguhan + kerajinan.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat 2 Tugasan Dengan AdvertorialMY November
Saya sedang berusaha untuk mencapai impian Jutawan Dermawan menjelang 2016. Moga saya antara di kalangan yang berjaya. Aamiin… Ya Ribbal ‘Alamiin…
Curahan rasa ieta mat saad @ ..Jatuhkah talak ke atas saya?
Amin. semoga tercapai cita-citanya. Langkah perlu bermula untuk menjadi jutawan
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat 2 Tugasan Dengan AdvertorialMY November
Insha Allah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Usaha lif kejayaan. Wawasan dan matlamat perlu betul.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Nak tak nak memang kena bersusah-susah dulu barulah boleh duit bekerja untuk kita. Kecuali lahir sebagai anak orang kaya atau kawin dengan orang kaya..
Curahan rasa Fyda Noh @ ..Kembali Bertenaga Selepas 3 Hari Bersalin Secara Caeserean
Betul tu. Kena usaha untuk berjaya jika kita bukan dari orang yang berada. Usaha tangga kejayaan kan akak.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat 2 Tugasan Dengan AdvertorialMY November
Banyak dah jutawan internet yang mencapai impian dengan bisnes melalui medai sosial kan…
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Makanan Terbaik Untuk Tingkatkan Kecerdasan Otak
Bisnes online jika kena dengan matlamatnya boleh dapat 1 Juta. Sebelum itu perlu bersusah-susah dahulu untuk dicapai target 1 Juta dalam simpanan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Media sosial dah jadi satu kewajipn jika buat bisnes internet. Tapi rasanya ada juga yang tak guna cara ni. Siapa jumpa boleh cerita..hehe.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat 2 Tugasan Dengan AdvertorialMY November
Comments are closed.